Motor Takaful

Kejayaan milik anda jika FOKUS.

Objectif 2

Apabila anda ingin membakar objek dibawah kanta pembesar, anda perlu fukuskan cahaya matahari dan haba kepada objek tersebut.

Anda perlu jelas impian anda, jelas strategi dan inisiatif yang anda perlu lakukan secara berterusan sehingga impian anda menjadi kenyataan. Tanpa impian, matlamat, halatuju anda ibarat berada di dalam bilik gelap dan teraba-raba mencari jalan keluar. Minda dan perasaan anda akan berada ditahap yang lemah untuk melakukan tindakan yang boleh menjayakan anda keluar daripada kemelut kegelapan.

Impian hidup yang besar, jelas stategi dan cara mencapai matlamat adalah cahaya petunjuk yang membantu minda dan perasaan anda untuk berjuang dan berusaha mencapai apa yang anda impikan. Kegagalan hidup bukan disebabkan gagal mencapai impian tetapi tidak ada impian hidup itulah kegagalan.

Kejayaan bermula dengan mencipta impian, visi dan misi perjuangan dalam hidup.

Visi, misi, objektif, target, goal, tujuan dan impian adalah istilah-istilah yang berkait. Segala-galanya perlu memiliki ciri-ciri SMART. ( specific measurable, motivated, attainable, reasonable, time bound )

Visi, misi, objektif yang `specifik’ dan boleh diukur, yang `motivated’ mendorong anda bekerja keras dan menggunakan masa dengan maksima untuk mencapai impian anda pada masa yang ditentukan. Objektif yang secara logiknya boleh dicapai (attainable)  dan mempunyai reasonable sebab munasabah dan mempunyai  tarikh akhir perlu dicapai (time bound).

Visi adalah gambaran pencapaian akhir perjuangan anda dalam tempoh 5 tahun daripada tarikh anda memulakan langkah dan perancangan anda. Bayangkan bagaimanakah kehidupan anda dan keluarga anda 5 tahun akan datang. Rasakan kebahagiaan ketika itu. Bayangkan keriangan anak-anak dan yang tersayang menikmati hidup yang lebih baik, selesa dan bahagia.

Lukiskan satu gambarajah kehidupan anda pada 5 tahun akan datang. Itulah gambaran realiti yang bakal anda lalui ketika itu. Dengan kejelasan itu minda bawah sedar anda akan memfokuskan anggota anda untuk melakukan inisiatif yang boleh mencapai impian anda itu.

Untuk mencapai impian itu anda perlu mempunyai satu kedudukan strategik dalam kerjaya anda yang menjamin pendapatan begi merealisasikan impian anda.

Contoh Pernyataan Visi : ” Saya menjadi ‘Agency Director Etiqa (AD) ” pada tahun Jan 2017 dengan pendapatan bulanan RM10,000 dan “Group Agency Director” pada Jan 2020 dengan pendapatan bulanan RM50,000.

Visi ini mungkin boleh menjadi misi kepada wawasan anda yang lebih besar.

Contohnya : ” saya menjadi pakar Industri perancangan kewangan Islam pada 2025 dengan mempunyai 10 AD”

Specifik : Agency Director dan pendaptan RM10,000 sebulan.

Motivated: RM10,000 adalah angka yang mencabar anda dan peningkatan yang bermadai daripada pendapatan anda sekarang.

2015-2017 adalah perancangan 2 tahun ( Attainable, dan ada Time bound).

Reasonable atau sebab munasabah

Kejayaan anda menjadi AD dan memiliki pendapatan RM10,000 adalah bertujuan agar anda mampu menyediakan impian hidup yang diinginkan untuk keluarga anda; seperti menaja pakej haji untuk kedua ibu-bapa anda, menyediakan sebuah rumah yang selesa untuk anak dan keluarga, memiliki kenderaan yang selesa dan mampu menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Misi adalah : Mencapai syrata2 menjadi AD (syarat2 mencapai Visi)

Setiap visi perlu disokong oleh objektif strategik yang memungkinkan anda mencapai impian anda. Objektif strategik ini adalah penyetaan misi yang perlu ditulis dan diikrarkan untuk dicapai.

Bagi mencapai visi 2016 anda, maka anda perlu mencapai objektif strategik atau misi-misi berikut yang menjadi tunggak visi anda.

  1. Mempunyai FYCC persendirian sebanyak RM80,000 dalam satu tahun kewangan.
  2. Mempunyai FYCC kumpulan sebanyak RM120,000 dalam satu tahun kewangan.
  3. Mempunyai minima 10 orang wakil yang diperkenalkan dan 3 wakil yang yang aktif (fycc 8000 dan 12 kes)
  4. Menjadi Assistant Sales Manager dalam masa 6 bulan (50,000 FYCC) dan merekruit 3 Advisor

4 syarat diatas menjadi misi gerak kerja anda untuk mencapai wawasan atau visi 2017.

Maka dalam kenyataan Misi 2016-2017 anda anda perlu meletakkan keempat-empat syarat tersebut sebagai misi atau objektif tahunan anda bagi tahun kewangan 2016.

Seterusnya tuliskan objektif, target , goal atau sasaran jualan anda tahun 2016.

  1. Merekruit 3 orang advisor fulltime. ( mula Oktober 2015 hingga Disember 2015).
  2. Merekruit 10 Advisor Dis 2016.
  3. Membuat personal FYCC Disember 2016 ( 80,000)
  4. Memastikan Group FYCC Disember 2016 (120,000)
  5. Mendapat Komisyen bulanan (RM7000) pada Jan 2017
  6. Menjadi AD Jan 2017.

Langkah seterusnya anda perlu membuat swot analysis untuk menentukan objektif, sasaran, target, goal dan plan aktiviti atau inisiatif yang perlu anda lakukan pada tahun kewangan 2016 dan 2017.

Menganalisa kekuatan, kelemahan, cabaran dan peluang diri anda sendiri adalah asas untuk anda membuat perancangan yang betul bersesuaian dengan kemampuan diri anda sendiri. Anda perlu melakukannya dengan jujur supaya anda mampu menentukan inisiatif yang betul untuk menjayakan impian anda.

Contohnya analisa SWOT.

  1. Senaraikan 5 kekuatan anda yang berkaitan dengan industri takaful.
    1. Kekuatan akademik
    2. Pengalaman dalam hubungan awam.
    3. Jaringan kenalan
    4. Sikap positif anda
    5. Skill2 sedia ada yang boleh digunakan.

2.  Senaraikan 5 kelemahan yang perlu diperbaiki

  1. Aktiviti tidak tersusun
  2. Masa terbuang dalam perkara tidak produktif
  3. Cepat ‘give up’ apabila ada objection
  4. Tidak menguasai ‘sales cycle’
  5. Malu, takut, berat hati hendak jumpa orang.

3. Senaraikan 5 cabaran industri anda.

  1. Banyak pesaing dalam industri.
  2. Mempunyai kerja tetap dan melakukan jualan takaful secara ‘part time’
  3. Kurang ilmu berkaitan industri, skill dan produk.
  4. Bersendirian dan tiada teman sepasukan.
  5. Tiada tempat kerja yang tetap

4. Senaraikan 5 Peluang yang boleh membantu anda.

  1. Kursus-kursus Akademi Etiqa.
  2. Gaya hidup masyarakat yang berhutang.
  3. Ramai masyarakat ditimpa penyakit kritikal diusia muda
  4. Produk-produk Etiqa yang kompetitif dan sesuai dengan keperluan.
  5. Kelahiran baru melebi 600,000 bayi setahun.
  6. Ramai pasangan baru berumah tangga.
  7. Ramai graduan-graduan baru yang berniaga.
  8. Banyak bantuan dan bimbingan keusahawanan yang memberi peluang perniagaan kepada masyarakat.
  9. Pembukaan hospital, sekolah, industri baru yang menyediakan peluang pekerjaan.
  10. Networking yang ramai dan mudah melalui media baru.

Setelah anda menyenaraikan analisa SWOT buatlah satu matrik strategik bagi menggunakan kekuatan dan peluang yang ada untuk mengatasi kelemahan dan cabaran yang anda hadapi.

Contohnya:

Jika anda kurang mempunyai keyakinan diri ‘cepat give up’ .

Ia adalah berpunca daripada kurang ilmu mengenai industri, skill2, produk, cara menghadapi ‘objection’ dan tiada inisiatif yang boleh membakar semangat anda.

Maka untuk mengatasinya anda perlu menggunakan kekuatan networking, hubungan baik dengan leader, kebijaksanaan anda menggunakan teknologi maklumat hujung jari dan peluang yang ditawarkan oleh akaedmi etiqa untuk mengatasi kelemahan anda.

Maka tuliskan objektif strategik anda pada 2016.

  1. Meningkatkan keyakinan diri melalui menguasai maklumat mengenai industri inisiatif berikut:
    1. Menghadiri kursus-kursus anjuran akademi.
    2. Mencari maklumat dalam internate
    3. Menghubungi leader setiap minggu.
    4. Mewujudkan teamwork dengan merekruit 3 orang advisor.

Jika kelemahan anda ialah kerana aktiviti anda tidak tersusun dan banyak masa terbuang terhadap aktiviti yang tidak produktif .

Maka objektif strategik ke 2 adalah.

Memastikan aktiviti dilakukan secara tersusun.

Untuk itu anda perlu melakukan inisiatif berikut.

  1. Melengkapkan penyataan visi, misi dan objektif tahunan dengan jelas.
  2. Menyusun jadual kerja yang terperinci berdasarkan sasaran 2016.
    1. Memperuntukkan 2 jam sehari untuk kerja-kerja pejavat dan 2 jam sehari kerja-kerja menemui bakal pelanggan.
    2. Susun jadual2 meeting dengan advisor anda, jadual training, jadual membuat prospecting, calling, appointment, kerja pejabat dan submission .

Jika anda tidak mempunyai pejabat untuk beroperasi.

Maka objektif ke 3. Memiliki pejabat operasi bermula 1 Jan 2016.

Inisiatifnya:

  1. Anda boleh menjadikan pejabat cawangan etiqa sebagai pejabat operasi.
  2. Menyediakan satu ruang dirumah anda sebagai ruang pejabat.

Jika kelemahan anda, anda melakukan aktiviti yang tidak produktif.

Maka objektif strategik ke 4. Memastikan setiap masa digunakan untuk aktiviti yang produktif.

Inisiatifnya:

  1. Anda memiliki buku log aktiviti
  2. Anda merekodkan objektif bulanan
  3. Anda merekodkan aktiviti mingguan dan harian.
  4. Buat jadual tugasan harian anda dan mulakan hari anda dengan menyenaraikan “what to do today”
  5. Membuat semakan aktiviti setiap hari.

Setelah anda jelas objektif strategik anda maka pecahkan objektif-objektif tersebut kepada plan tindakan.

Plan tindakan juga perlu ditulis sasaran tahunan, bulanan, mingguan dan harian.

Langkah seterusnya: Tentukan Objektif Tahunan dan target bulanan.

Contohnya:

  1. Mencapai sasaran peribadi 80,000 FYCC pada Disember 2016
    1. Target bulanan: 80,000/78 = RM1025. penambahan fycc bulanan selama 12 bulan.
      1. inisiatif : close 10 polisi bernilai RM103.
      2. inisiatif 2: presentation kepada 50 orang prospek berkualiti.
      3. inisiatif 3: membuat panggilan temujanji dengan 30 prospek setiap hari
      4. inisiatif 4: membuat 5 temujanji sehari
      5. inisiatif 5: membuat 3 presentation sehari
      6. inisiatif 6: membuat 1 cubaan closing setiap hari.
  2. Mencapai sasaran peribadi 50,000 FYCC 30 Jun 2016.
    1. Target bulanan selama 6 bulan : 50,000/21 = RM2381.
      1. inisiatif 6 bulan pertama :close 10 polisi bernilai 238.1 setiap bulan
  3. Mencapai sasaran 40,000 fycc melalui teamwork.
  4. Membentuk teamwork dengan merekruit 3 advisor fulltime.
    1. Inisiatif merekruit seorang sebulan sebelum bulan Jan 2016.
    2. Membantu setiap  advisor  mencapai 14,000 FYCC  2016.

Seterusnya buatlah jadual aktiviti mingguan bagi mencapai target bulanan anda.

Tentukan hari2 berkursus, waktu2 membuat prospecting, membuat panggilan telefon, waktu temu janji dan hari untuk kerja2 pejabat.

Guna planner dan tentukan  secara specifik aktiviti yang menyokong anda mencapai sasran bulanan.

Bagaimana anda menghancurkan apa yang anda impikan?

Di bawah ini beberapa tip untuk mengelakkan anda menghancurkan impian anda.

  1. Kecelaruan aktiviti pada waktu melakukan perniagaan.

Untuk mengatasinya: Gunalah waktu kerja dengan maksima. Susunlah aktiviti yang boleh mencapai target harian anda.

2. Gagal mengurus pelanggan.

Oleh itu buat persediaan lengkap sebelum menemui pelanggan, cari fakta-fakta yang munasabah seperti umur, pekerjaan, pendapatan, tanggungan dan sediakan plan takaful yang sesuai sebagai cadangan permulaan untuk dibincangkan.

Buatlah ‘roalplay” sebelum anda bertemu prospek, bayangkan apa soalan-soalannya dan bagaimana anda menanganinya.

3. Penjelasan yang terlalu detail.

Penjelasan terlalu detail akan menjadikan pelanggan tidak fokus kepada sebab kenapa beliau perlu mengambil plan yang dicadangkan. Terlalu banyak maklumat menjadikannya terkeliru dan hilang selera untuk menyertai takaful.

Maka jangan terlalu banyak cakap dan  banyak penerangan tetapi jelaskan polisi sekadar perlu untuk close.

4- Oleh itu jadilah seorang yang pakar

Serahkan kepada orang lain tugas-tugas yang tidak perlu, fokus tugas anda untuk bertemu prospek dan membuat ‘closing ‘ .

5.Sentiasa bertemu pelanggan secara bersemuka.

Anda akan gagal sekiranya anda malas bertemu bakal pelanggan anda.

Semua cadangan ini adalah perkara yang perlu anda lakukan bagi menyempurnakan maksud FOKUS dalam kerjaya anda dibidang perunding takaful.

Perubahan Keyakinan

Allah mengkhabarkan bahawa untuk mengubah kelemahan manusia adalah dengan mengubah “dalaman” mereka. Manusia ada unsur luaran dan ada unsur dalaman. Unsur luaran yang boleh disentuh adalah unsur bumi. Unsur bumi hanyalah kerangka yang menjadi tempat tumpangan diri manusia. Diri manusia bersifat spritual, kerohanian tidak akan mati sejak ia diciptakan sehinggalah kiamat.

Sejak Allah menciptakan jasad Adam dan ditiupkan ke dalan jasad Adam ruhnya, semua identiti kerohanian manusia telah di ciptakan Allah dan telah melakukan aku janji di sisi Allah dan mengiktiraf Allah sebagai tuhan.

Diri rohani adalah identiti sebenar seorang manusia. Rohanilah yang merasa nikmat, seronok, gembira, bahagia, sakit, demam, sedih, tertekan, celaru, ragu-ragu dan sebagainya. Anggota badan hanya bergerak mengikut kehendak kerohanian manusia.

Sebab itu Allah tegaskan bahawa perubahan luaran manusia bermula dengan mengubah dalaman mereka. Allah mengubah masyarakt Quraisy dengan mengubah kepercayaan mereka, mengubah cara fikir mereka, mengubah neraca timbangan mereka, mengubah nilaian mereka, mengubah akhlak mereka, mengubah sikap mereka dan mengubah tabiat hidup mereka.

Perubahan manusia kepada kebaikan bermula dengan perubahan kefahaman dan keyakinan, perubahan kemahuan dan kehendak, perubahan sikap dan tabiat hidup barulah berubah keadaan luaran manusia dan tamaddunnya.

Cuma hidup ini satu ujian, akan ada pertembungan antara kehendak Allah dan kehendak Iblis. Masing-masing mempunyai tenteranya di kalangan manusia.

 

 

Cara hidup berubah berfikir cara lama?

Generasi lampau hidup berdikari sama ada menjadi pedagang, petani, nelayan atau pemburu. Hidup tanpa hutang berjadual seperti hari ini.

Sekarang sejak memasuki pusat pengajian tinggi majoriti masyarakat mula berhutang, seterusnya apabila tamat pengajian mereka menambahkan hutang untuk membeli kenderaan, hutang belanja perkahwinan, hutang rumah dan hutang perniagaan.

Hutang tidak akan terlepas walaupun sesudah meninggal dunia.

Gaya hidup juga tidak mampu menjamin kualiti kesihatan yang baik. Kerja ditempat berhawa dingin, kurang aktiviti bersukan dan mengeluarkan peluh. Makan makanan segera yang tinggi kolestrol dan minumam bergas yang tinggi paras gula.

Ini menjadikan masyarakat terkena pembagai jenis penyakit kritikal.

Kemalangan jalanraya juga merupakan faktur tertinggi menyumbang kecelakaan kepada penduduk yang membawa kepada hilang upaya kerja dan kematian sebelum usia matang.

Walaupun begitu banyak punca-punca risiko masyarakat tidak menjadikan mengambil polisi takaful yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

Realiti dihadapam masyarakat terdapat beberapa keadaan:

1. Kematian atau lumpuh pada usia sebelum matang, di mana hutang masih belum habis dilangsaikan, anak-anak masih kecil dan memerlukan tanggungan ibu bapa.

2. Ditimpa penyakit kritikal diusia pertengahan mengakibatkan rumah digadai, wang simpanan untuk masa bersara terpaksa digunakan untuk membiayai kos perubatan.

3. Usia terlalu panjang yang menjadikan duit simpanan persaraan tidak cukup dan terpaksa mengharapkan bantuan anak-anak.

Sebaliknya jika seseorang berfikir 40 tahun kehadapan dan membuat persediaan dari sekarang beliau akan menghadapi 3 kemungkinan di atas dengan tenang. Antara yang terbaiknya anak dan isterinya tidak perlu menunggu lama untuk wang-wag dan sahamanya dilunaskan.

Beliau hanya perlu bertemu perunding kewangan komprehensif bagi menasihatinya.

Jangan memilih pekerjaan

Sekarang terlalu ramai jumlah penganggur. Ramai graduan institusi pendidikan gagal mendapat pekerjaan walaupun puas menghantar permohonan dan resume. Tidak kurang juga yang telah menghadiri pelbagai temuduga tetapi belum ditawarkan apa-apa jawatan. Sebaliknya rakyat warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Pakistan dan sebagainya apabila berjaya memasuki Malaysia mereka tidak akan pulang lagi ke negara mereka. Malaysia adalah ibarat lubuk emas kepada mereka.

Ada yang bermula sebagai buruh ditapak pembianaan, diladang dan sebagainya tetapi kini ada yang memiliki pelbagai perniagaan dan memperolehi pendapatan ribuan ringgit sehari. Mereka tidak memilih pekerjaan, rajin dan berjimat cermat.

Benarlah firman Allah : ” Bukankan bumi Allah ini luas, maka berhijrahlah”.

Rakyat Malaysia tidak perlu berhijrah ke mana-mana kerana pelaung pekerjaan masih lumayan sekiranya mereka sanggup melakukannya. Bidang pemakanan, pakaian, kecantikan, kesihatan, perkhidmatan, pengangkutan dan sebagainya adalah bidang yang sentiasa diperlukan orang ramai dalam keadaan gawat mahaupun sebaliknya.

Ada orang hanya membekalkan kuah karipap sahaja telah berjaya mengaut pendapatan seribu ringgit sebulan. Ada yang membekalkan kuih lapis, ada yang membekalkan pulut panggang, ada yang membekalkan nasi lemak malah ada yang membekalkan pengat pisang. Belum lagi yang menjual mee goreng, burger dipasar-pasar malam. Ikan, daging dan ayam.

Perniagaan tidak akan menghampakan sesiapa yang menceburkan dirinya di dalam bidang ini. Apabila rakyat Malaysia meninggalkan bidang-bidang ini, golongan yang mendatang mengisi kekosongannya.

Punca sebenarnya bangsa Melayu menjauhi perniagaan adalah kerana tidak pernah mencuba, tidak berpengalaman, tidak tahu dimana hendak bermula, tiada modal ditambah dengan perasaan malu yang tidak bertempat.

Mungkin sejak menduduki pusat pengajian telah terpahat di dalam minda niat dan hasrat untuk makan gaji apabila tamat pengajian. Mungkin juga itulah yang di dondangkan oleh ibu bapa sejak kecil.

Apapun sebabnya kita perlu berubah. Kita perlu memilih kerjaya perniagaan sebagai pilihan utama dan mula menjinak-jinakkan diri dengan alam perniagaan sejak kecil.

Perancangan kewangan, wakil takaful dan pelaburan adalah sebuah perniagaan. Keusahawan yang memerlukan perubahan minda, perubahan sikap, perubahan tabiat hidup dan kemahuan yang membakar. Kejayaan akan diperolehi apabila anda memiliki ilmu dan maklumat yang betul, membina kemahiran-kemahiran jualan tertentu dan bertindak dengan efisyen.

Tidak semua kejayaan datang bergolek tetapi sudah menjadi lumrah hidup setiap kejayaan memerlukan usaha gigih, pengorbanan dan mengambil masa untuk berjaya. Bezanya di dalam industri takaful anta tidak perlu bimbang kerugian modal kerana tiada modal yang diperlukan.

Bantulah Anak-Anak Anda

20 eksekutif kaya

Zaman dahulu nenek moyang kita akan memugar tanah seluas-luas yang termampu dan mendaftarkannya. Kemudian tanah-tanah itu menjadi harta pusaka yang diwariskan kepada anak-anak mereka. Ibu bapa kita selalu menasihatkan kita agar menuntut ilmu supaya dengan ilmu kita akan berupaya mendapat peluang pekerjaan yang terbaik.

Zaman kita akan berlalu, cabaran semakin hebat dan masa akan datang ilmu yang cukup tidak bermadai. Anak-anak kita akan bersaing dalam mencari peluang meneruskan hidup. Mereka tidak lagi boleh berharap kepada kecemerlangan akademik semata-mata. Ramai majikan mengutamakan calun-calun yang bersesuaian dengan strategik planning syarikat. Mereka memerlukan pegawai yang mempunyai kemahiran dan keterampilan.

Cabaran ini menjadikan peluang pekerjaan semakin sempit kepada graduan-graduan yang kurang kemahiran dan jatidiri. Namun mereka perlu meneruskan kehidupan, perlu memiliki kenderaan, rumahtangga dan sara hidup.

Ibu bapa yang prihatin akan memikirkan keadaan ini dan mula melakukan sesuatu sebagai persediaan. Antara yang boleh dilakukan adalah menggalakkan anak-anak menimba kemahiran-kemahiran keusahawan semasa alam universiti lagi.

Selain daripada itu ibubapa perlu menggalakkan anak-anak mereka melabur atau berusaha menjana pendapatan kecil-kecilan sebagai latihan dan menimba pengalaman. Menjadi penasihat kewangan takaful secara sambilan adalah antara pilihan terbaik.

Ibu bapa juga perlu menabung dan mengambil dana persaraan yang lebih untuk dijadikan harta pusaka kepada anak-anak atau tabungan untuk keperluan mereka. Anak-anak kita memerlukan dana untuk pelajaran tinggi, modal memulakan perniagaan dan kos perkahwinan.

Keperihatinan ibubapa menabung untuk anak-anak mereka boleh menyediakan asas kepada anak-anak memulakan kehidupan baru diatas asas yang kukuh bukan memulakan daripada kosong.

Ambillah plan persaraan yang ada unsur pelaburan hari ini.

Annuar Salleh 019380053

perunding kewangan anda.

Financial Freedom

IMG-20141015-WA0010

Kebabasan kewangan tercapai apabila anda bebas untuk berbelanja tanpa terikat dengan bebanan hutang. Fenomena hidup dibelengu hutang bukanlah carahidup terbaik. Malah rasulullah s.a.w. menganjurkan umatnya agar bebas daripada hutang dan bebas daripada dikuasai oleh pemberi hutang. Namun zaman ini amat sukar kepada setiap kita untuk bebas daripada hutang kecuali setelah mencapai status ” financial freedom”, bebas daripada hutang dan memiliki harta yang menjana pendapatan dengan sendirinya.

Bermula daripada hutang pendidikan tinggi, hutang kenderaan, hutang kos perkahwinan, hutang rumah, hutang pembiayaan perniagaan hinggalah hutang peribadi bagi membuat ubahsuai rumah, kos rawatan penaykit kritikal dan sebagainya.

Sebagai seorang Islam kita diajar bahawa seorang yang mati syahid juga tidak akan terlepas dengan bebanan hutang pada hari kiamat kelak.

Bermula berumur 25 tahun kebanyakan graduan akan mula melunaskan hutang-hutang mereka secara berjadual, kemudian akan berhutang bagi membeli kenderaan, rumah dan sebagainya. Apabila berkahwin kaum lelaki perlu menyediakan nafkah sarahidup, rumah, kenderaan, bil-bil, anak-anak dan juga membayar hutang.

Sekiranya kos sarahidup berjumlah RM2000 sebulan maka beliau perlu menyediakan sebanyak RM24,000 setahun. Jika tempoh pembangunan harta memerlukan 20 tahun untuk memiliki status ” Financial freedom” maka beliau memerlukan RM480,000 untuk kos sarahidup dalam tempoh tersebut.

Bagaimana sekiranya beliau ditimpa kemalangan, membawa kepada maut, hilang upaya kekal atau ditimpa penyakit kritikal, siapakah yang akan diharapkan menyumbang RM2000 sebulan kepada anak dan isterinya. Siapa pula yang akan melunaskan kesemua hutang-hutangnya?

Antara harta yang boleh menjana pendapatan ialah harta yang berupa rumah atau kedai yang sudah 100% dibayar dan menjadi punca pendapatan melalui sewa, perniagaan yang boleh diwariskan kepada waris dan saham jutaan ringgit yang menjana dividen tinggi yang dapat menanggung  segala kos yang diperlukan. Namun setiap kita mungkin memerlukan antara 10 hingga 30 tahun bagi memiliki kebebasan kewangan.

Sebab itulah sistem perlindungan takaful diwujudkan supaya menjadi peluang kepada masyarakat bertolong menolong sesama mereka bagi membantu kewangan peserta yang ditimpa musibah.

Sekiranya seseorang peserta mengambil perlindungan berjumlah RM1,000,000 dan dengan sebab beliau ditimpa musibah membawa kepada lumpuh seluruh anggota maka keluarganya akan mendapat pampasan sebanyak RM1,000,000 dan mencapai kedudukan Financial Freedom.

Masa ini masyarakat jarang menawarkan diri untuk menyertai takaful tetapi menunggu-nunggu wakil takaful menemui mereka. Namun ajal maut tidak menunggu mereka.

 

 

 

 

Tahukah Anda?

Bidang penasihat kewangan atau ‘ konsultansi pengurusan aset’ adalah bidang professional yang mendapat pendapatan tertinggi di dunia.

Tanpa modal dan pengalaman ramai menjadi jutawan dalam masa 5 tahun.

Pendapatan tertinggi dalam industri ini di Malaysia adalah RM2 juta sebulan.

 

Adakah anda ingin menjadi sebahagian daripada mereka?

Hubungi Kami Segera!

Kerjaya Mudah Pendapatan Lumayan

Industri perancangan kewangan adalah industri professional yang disalah tafsirkan oleh majoriti masyarakat Malaysia. Kejahilan mengenai sektor ekonomi dan kewangan menjadikan masyarakat menganggap memilih kerjaya sebagai penasihat kewangan bukan satu pilihan utama. Zaman telah lama berubah.

Sistem kewangan yang menguasai kehidupan manusia hari ini sukar dielak oleh semua masyarakat Islam mahupun bukan Islam. Namun dengan wujudnya sistem kewangan Islam masyarakat Islam mempunyai pilihan dalam menguruskan kewangan mereka dengan mengambil peluang sistem kewangan Islam sedia ada.

Zaman ini masyarakat memilih untuk menyimpan wang mereka di institusi kewangan dan menjadikan bank sebagai institusi pilihan dalam membiayai hampir seluruh dana kehidupan mereka. Bermula daripada kos untuk belajar, berkahwin, membeli kenderaan, rumah, perabut dan sebagainya masyarakat akan menjadikan hutang atau pembelian secara bayaran bertangguh sebagai pilihan.

Bagi mengelakkan risiko pembeli gagal membayar balik hutang belian secara bertangguh pihak bank mewajibkan pembeli membayar sejumlah wang untuk kos perlindungan takaful. Namun masyarakat merasai ianya satu bebanan yang perlu ditanggung sedangkan mereka tidak mendapat apa-apa faedah daripada tanggungjawab tersebut. Persepsi ini menjadikan mereka mengambil sikap negatif terhadap aspek-aspek perlindungan aset yang lain terutama aset-aset diri mereka sebagai penjana pendapatan keluarga.star

Sehubungan dengan itu pihak industri menyediakan bayaran yang tinggi kepada penasihat kewangan yang berjaya membawa pelanggan menyertai industri ini.

Tanpa kesedaran perancangan kewangan dan sikap proaktif masyarakat menyertai plan-plan takaful keluarga kerajaan perlu menyediakan kos-kos perubatan rakyat dan pendidikan rakyat. Sebuah keluarga yang dahulunya senang akan bertukar menjadi miskin apabila pembiaya kehidupan meninggal dunia, ditimpa penyakit kritikal atau lumpuh yang menghalang mereka menjana pendapatan keluarga.

Hutang isi rumah akan meningkat kerana masyarakat akan sentiasa berhutang dalam seluruh aspek kewangan mereka bermula daripada pendidikan universiti, kos perkahwinan, membeli rumah dan kenderaan.

Sejak zaman dahulu masyarakat manusia memerlukan sikap tolong menolong sesama mereka. Industri tolong menolong ini telah wujud sejak sejarah kemanusiaan lagi. Namun manusia perlu disedarkan dan diterangkan manfaat dan kebaikan menyertai industri ini kerana wujud perbezaan keperluan manusia dan skim yang terbaik untuk mereka.

Setiap orang berbeza keperluan dan sudah tentu berbeza cara penyelesaiannya. Satu analisa keperluan yang menyeluruh perlu dilakukan oleh seorang penasihat kewangan sebelum mencadangkan plan kewangan yang sesuai.

Sales Cycle

Dalam industri ini seorang penasihat kewangan adalah bertindak sebagai wakil kepada syarikat yang menawarkan produk-produk perlindungan dan pelaburan.

Pendapatan seorang wakil syarikat adalah berasaskan upah dengan peratus yang dipersetujui. Seorang wakil bertanggungjawab mencari peserta, membuat temujanji dengan mereka, membuat kajiselidik kewangan, menganalisa kedudukan kewangan dan matlamat kewangan bakal pelanggan serta membuat cadangan plan yang sesuai untuk setiap pelanggannya.

Tugas ini disimpulkan sebagai kitaran jualan. Tugas seorang wakil hanyalah melaksanakan kitaran jualan secara tertib. Dalam industri ini telah ada formula kejayaan yang telah dilaksanakan oleh mereka yang telah berjaya dalam industri ini. Kitaran jualan ini perlu didikasi sebagai tabiat hidupnya setiap hari.

Terdapat 5 langkah tugas yang perlu di laksanakan secara dedikasi setiap hari. Sekiranya seorang perunding, penasihat atau wakil mampu melaksanakan kelima-lima langkah ini mengikut piawaian yang ditentukan beliau akan bejaya mencapai impiannya dalam industri ini.

Seorang yang berjaya mencapai pangkat MDRT ( Million Dolar Round Table) dengan pendapatan tahunan lebih RM170,000 telah menjadikan kitaran jualan ini sebagai habit jualan mereka.

1.” Prospecting”.

Menyenaraikan 300 nama prospek yang berkualiti adalah “habit” pertama. 300 nama akan sentiasa ada dalam buku prospeknya. Ia ibarat modal atau tanah pertanian yang akan diteroka. Nama ini akan dipindahkan kesenarai temujanji apabila telah boleh dilakukan temu janji. Apabila nama ini telah masuk kedalam senarai temujanji ia akan dipotong daripada senarai prospek dan nama perospek baru akan digantikan segera supaya jumlah 300 nama dalam data prospek sentiasa penuh.

2.”Appointment”

Membuat 5 temujanji sehari adalah “habit” yang kedua. Seorang yang berjaya dalam industri ini telah menyediakan 5 masa sehari dalam jadual hariannya. Beliau akan memastikan setiap masa yang ditetapkan itu ada temujanji yang akan dibuat pada hari itu. Tugasnya adalah mendapatkan 5 temujanji sehari sama ada melalui panggilan tetefon, “sms” atau pertemuan bersemuka sebelumnya. Lima temujanji sehari adalah jumlah mukatamad telah menjadi tabiat seorang yang berjaya dalam industri ini.

Temujanji ini biasanya diperuntukkan untuk 3 pertemuan soalselidik dan 2 pertemuan pembentangan solution.

3. “Presentation”

Setelah melakukan soalselidik kewangan pelanggan, seorang “advisor” akan meminta temujanji berikutnya bagi membentangkan “proposer” terhadap penyelesaian kewangan yang ingin dicadangkan kepada prospeknya. Sebelum membuat pembentangan “solution” yang tepat satu kajian “SWOT” kewangan akan dilakukan. Setelah membuat analisa dan kiraan berasaskan “present value”, inflasi dan “future value” satu plan komprehensif akan dicadangkan sesuai dengan matlamat dan kemampuan kewangan pelanggan.

4. ” Closing”

Pelanggan yang memahami matlamat kewangan yang betul, menyedari kelemahan kewangannya dan berkemungkinan menempuh pelabagai risiko kewangan yang mempunyai kebarangkalian tertentu, akan setuju mengambil strategi kewangan yang betul. Selain daripada untuk menabung dan melabur untuk tujuan hari persaraan beliau juga akan membuat “backup” kewangan yang mencukupi sekiranya strategi pelaburannya tidak boleh dilaksanakan.

Mempunyai plan A, B dan C kewangan adalah strategi yang bijak dalam mengharungi tempoh kehidupan yang panjang bermula diusia 25 hingga usia 75.

Tempoh 50 tahun hidup untuk melaksanakan amanah Allah sebagai khalifah dan hamba adalah tempoh yang panjang.

Menyertai masyarakat perihatin dan saling tolong menolong dalam aspek kewangan yang telus, adil dan sitematik adalam sikap proaktif yang tepat untuk masa ini.

Tidak merancang sebelum menghadapi musibah adalah satu musibah.

5. Service.

Tugas perunding kewangan adalah sentiasa berkhidmat kepada pelanggannya. Antaranya sentiasa memantau polisi pelanggannya supaya hidup dan berbayar. Membuat semakan polisi setiap tahun bagi menyempurnakan keperluan pelanggan setelah berlaku perubahan status kewangan kenaikan kadar inflasi dan sebagainya.

Pelanggan perlu diberitahu mengenai kekuatan polisinya dan kemungkinan untuk membantu menambah perlindungan, pelaburan, membuat tuntutan dan membuat pengeluaran.

Sekiranya seorang penasihat kewangan melakukan kelima-lima tugas ini secara tertib setiap hari beliau kan mendapat sekurang-kurangnya 10 orang pelanggan sebulan. Dan dalam bulan pertama beliau sebenarnya sudah mampu menjana pendapatannya sebanyak RM20,000 sebulan yang dibayar kepadanya dalam tempoh enam tahun mengikut sesetengah syarikat kewangan takaful.

Rekod tertinggi bayaran bulanan yang diterima oleh seorang penasihat kewangan dalam industri ini di Malaysia adalah sekitar RM2 juta sebulan. Ia satu angka lumayan yang tidak pernah terbayang dalam lain-lain industri. Jika anda berkerja keras untuk menambahkan pendapatan majikan anda tetapi anda hanya dibayar kurang daripada RM10,000  sebulan maka industri ini sepatutnya menjadi pilihan anda.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai peluang kerjaya dalam industri ini hantarkan permohonan kepada saya di alitqanwealth11@gmail.com atau 0193800543.

Pengurus Jualan Di Perlukan

PENGURUS DIPERLUKAN

30 sehingga 80 tahun yang lalu ketika insurance hayat diperkenalkan ia tidak menjadi pilihan umat Islam kerana insuran hayat adalah haram menurut fatwa ulama sama seperti riba bank yang lain. Kesannya hanya 10 % daripada manfaat kewangan insuranc dan takaful dituntut oleh bangsa Melayu mengikut data tuntutan tahun lalu. Dengan kata lain keluarga bangsa Cina dan India lebih mampu bersaing dengan bangsa Melayu akibat musibah yang menimpa penaggung kewangan keluarga mereka.

Sejak akta takaful diwujudkan pada 1984 hingga hari ini kesedaran masyarakat Islam khususnya bangsa Melayu mengenai perancangan kewangan Islam yang lengkap dan menyeluruh masih rendah.

Data juga menunjukkan hanya 7% daripada 30 juta rakyat Malaysia memiliki plan takaful atau insurance manakala bakinya berjumlah 93% lagi belum memiliki plan takaful dan insuran. Dengan kadar kelahiran tahunan melebihi 600,000 kelahiran setahun menjadikan industri ini cukup berdaya saing dan mampu menjana pendapatan tinggi kepada pengusahanya.

Walaupun Malaysia memiliki lebih 20 syarikat insuran dan takaful dengan jumlah penasihat kewangan melebihi 20,000 orang masih belum mampu menguasai pasaran masyarakat yang luas. Negara memerlukan nisbah 1:500 atau seorang penasihat kewangan sepenuh masa untuk 500 orang dewasa di Malaysia bagi menjadikan Malaysia mampu memastikan rakyat memiliki pemikiran kelas pertama dalam pengurusan kewangan dalam menghadapi cabaran negara maju berpendapatan tinggi.

Kerajaan mensasarkan menjadi negara maju berpendapatan tinggi tahun 2020 dan ini memerlukan anjakan paradigma dalam kepada cara masyarakat menguruskan kewangan mereka. 20 tahun akan datang kemungkinan untuk mendapat pinjaman pendidikan tinggi semakin mencabar dan kos rawatan perubatan semakin tinggi yang kemungkinan subsidi perubatan terpaksa ditarik balik.

Penubuhan hospital-hospital dan pusat pendidkan swasta sebagai sumber pendapatan dalam sektor perlancungan negara akan memberi kesan kepada masyarakat yang tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk kos pendidikan dan kesihatan mereka. Realiti ini menuntut masayarakat bersedia dengan plan pendidikan dan perubatan yang mencukupi.

Seorang penasihat kewangan adalah seorang usahawan yang mengurus sendiri perniagaan dan jualannya secara independent.

DAILY JOB SCOPE & KPI

Tugas harian seorang pegurus jualan dalam industri kewangan, 80% masanya adalah kerja-kerja pejabat dan 20% kerja bertemu bakal pelanggan.

Dalam bidang jualan anda perlu melakukan 5 perkara secara tertib untuk melayakkan anda mencapai “goal” yang anda sasarkan. “Close deal” adalah sasaran yang anda tentukan. Sekiranya anda memerlukan satu jualan sehari anda perlu memulakan hari anda dengan membuat 30 panggilan telefon daripada 300 nama prospek yang berkualiti yang telah anda senaraikan.

Daripada 30 panggilan telefon anda akan mendapat 5 temujanji sehari dalam kalendar harian anda. Tentukan masa dan tempat yang ingin anda lakukan temu janji dengan prospek anda. Cari prospek-prospek yang boleh anda temui di masa dan tempat yang anda telah tentukan.

Setelah siap temujanji buatlah persediaan untuk bertemu dengan prospek anda sama untuk membuat kajian keperluan pelanggan atau untuk membuat pembentangan cadangan yang telah anda sediakan untuk bakal prospek anda.

Sekiranya anda berja membuat pembentangan idea anda kepada 3 orang prospek setiap hari anda berkemungkinan besar mendapat antara 1 hingga 5 jualan sehari.

Ini bermakna anda mampu menjana pelanggan baru kepada syarikat seramai 20 orang sebulan dan 240 orang setahun.

Minima pendapatan bulanan anda akan mencecah RM6000 sebulan pada bulan ke 13 anda menyertai industri ini atau dengan kadar kenaikan pendapatan RM500 sebulan.

Jika anda seorang yang berwawasan tinggi, sanggup belajar, berdisiplin dan bekerja kuat sila hubungi kami. 0193800543.