
Apabila anda ingin membakar objek dibawah kanta pembesar, anda perlu fukuskan cahaya matahari dan haba kepada objek tersebut.
Anda perlu jelas impian anda, jelas strategi dan inisiatif yang anda perlu lakukan secara berterusan sehingga impian anda menjadi kenyataan. Tanpa impian, matlamat, halatuju anda ibarat berada di dalam bilik gelap dan teraba-raba mencari jalan keluar. Minda dan perasaan anda akan berada ditahap yang lemah untuk melakukan tindakan yang boleh menjayakan anda keluar daripada kemelut kegelapan.
Impian hidup yang besar, jelas stategi dan cara mencapai matlamat adalah cahaya petunjuk yang membantu minda dan perasaan anda untuk berjuang dan berusaha mencapai apa yang anda impikan. Kegagalan hidup bukan disebabkan gagal mencapai impian tetapi tidak ada impian hidup itulah kegagalan.
Kejayaan bermula dengan mencipta impian, visi dan misi perjuangan dalam hidup.
Visi, misi, objektif, target, goal, tujuan dan impian adalah istilah-istilah yang berkait. Segala-galanya perlu memiliki ciri-ciri SMART. ( specific measurable, motivated, attainable, reasonable, time bound )
Visi, misi, objektif yang `specifik’ dan boleh diukur, yang `motivated’ mendorong anda bekerja keras dan menggunakan masa dengan maksima untuk mencapai impian anda pada masa yang ditentukan. Objektif yang secara logiknya boleh dicapai (attainable) dan mempunyai reasonable sebab munasabah dan mempunyai tarikh akhir perlu dicapai (time bound).
Visi adalah gambaran pencapaian akhir perjuangan anda dalam tempoh 5 tahun daripada tarikh anda memulakan langkah dan perancangan anda. Bayangkan bagaimanakah kehidupan anda dan keluarga anda 5 tahun akan datang. Rasakan kebahagiaan ketika itu. Bayangkan keriangan anak-anak dan yang tersayang menikmati hidup yang lebih baik, selesa dan bahagia.
Lukiskan satu gambarajah kehidupan anda pada 5 tahun akan datang. Itulah gambaran realiti yang bakal anda lalui ketika itu. Dengan kejelasan itu minda bawah sedar anda akan memfokuskan anggota anda untuk melakukan inisiatif yang boleh mencapai impian anda itu.
Untuk mencapai impian itu anda perlu mempunyai satu kedudukan strategik dalam kerjaya anda yang menjamin pendapatan begi merealisasikan impian anda.
Contoh Pernyataan Visi : ” Saya menjadi ‘Agency Director Etiqa (AD) ” pada tahun Jan 2017 dengan pendapatan bulanan RM10,000 dan “Group Agency Director” pada Jan 2020 dengan pendapatan bulanan RM50,000.
Visi ini mungkin boleh menjadi misi kepada wawasan anda yang lebih besar.
Contohnya : ” saya menjadi pakar Industri perancangan kewangan Islam pada 2025 dengan mempunyai 10 AD”
Specifik : Agency Director dan pendaptan RM10,000 sebulan.
Motivated: RM10,000 adalah angka yang mencabar anda dan peningkatan yang bermadai daripada pendapatan anda sekarang.
2015-2017 adalah perancangan 2 tahun ( Attainable, dan ada Time bound).
Reasonable atau sebab munasabah
Kejayaan anda menjadi AD dan memiliki pendapatan RM10,000 adalah bertujuan agar anda mampu menyediakan impian hidup yang diinginkan untuk keluarga anda; seperti menaja pakej haji untuk kedua ibu-bapa anda, menyediakan sebuah rumah yang selesa untuk anak dan keluarga, memiliki kenderaan yang selesa dan mampu menyumbang kepada mereka yang memerlukan.
Misi adalah : Mencapai syrata2 menjadi AD (syarat2 mencapai Visi)
Setiap visi perlu disokong oleh objektif strategik yang memungkinkan anda mencapai impian anda. Objektif strategik ini adalah penyetaan misi yang perlu ditulis dan diikrarkan untuk dicapai.
Bagi mencapai visi 2016 anda, maka anda perlu mencapai objektif strategik atau misi-misi berikut yang menjadi tunggak visi anda.
- Mempunyai FYCC persendirian sebanyak RM80,000 dalam satu tahun kewangan.
- Mempunyai FYCC kumpulan sebanyak RM120,000 dalam satu tahun kewangan.
- Mempunyai minima 10 orang wakil yang diperkenalkan dan 3 wakil yang yang aktif (fycc 8000 dan 12 kes)
- Menjadi Assistant Sales Manager dalam masa 6 bulan (50,000 FYCC) dan merekruit 3 Advisor
4 syarat diatas menjadi misi gerak kerja anda untuk mencapai wawasan atau visi 2017.
Maka dalam kenyataan Misi 2016-2017 anda anda perlu meletakkan keempat-empat syarat tersebut sebagai misi atau objektif tahunan anda bagi tahun kewangan 2016.
Seterusnya tuliskan objektif, target , goal atau sasaran jualan anda tahun 2016.
- Merekruit 3 orang advisor fulltime. ( mula Oktober 2015 hingga Disember 2015).
- Merekruit 10 Advisor Dis 2016.
- Membuat personal FYCC Disember 2016 ( 80,000)
- Memastikan Group FYCC Disember 2016 (120,000)
- Mendapat Komisyen bulanan (RM7000) pada Jan 2017
- Menjadi AD Jan 2017.
Langkah seterusnya anda perlu membuat swot analysis untuk menentukan objektif, sasaran, target, goal dan plan aktiviti atau inisiatif yang perlu anda lakukan pada tahun kewangan 2016 dan 2017.
Menganalisa kekuatan, kelemahan, cabaran dan peluang diri anda sendiri adalah asas untuk anda membuat perancangan yang betul bersesuaian dengan kemampuan diri anda sendiri. Anda perlu melakukannya dengan jujur supaya anda mampu menentukan inisiatif yang betul untuk menjayakan impian anda.
Contohnya analisa SWOT.
- Senaraikan 5 kekuatan anda yang berkaitan dengan industri takaful.
- Kekuatan akademik
- Pengalaman dalam hubungan awam.
- Jaringan kenalan
- Sikap positif anda
- Skill2 sedia ada yang boleh digunakan.
2. Senaraikan 5 kelemahan yang perlu diperbaiki
- Aktiviti tidak tersusun
- Masa terbuang dalam perkara tidak produktif
- Cepat ‘give up’ apabila ada objection
- Tidak menguasai ‘sales cycle’
- Malu, takut, berat hati hendak jumpa orang.
3. Senaraikan 5 cabaran industri anda.
- Banyak pesaing dalam industri.
- Mempunyai kerja tetap dan melakukan jualan takaful secara ‘part time’
- Kurang ilmu berkaitan industri, skill dan produk.
- Bersendirian dan tiada teman sepasukan.
- Tiada tempat kerja yang tetap
4. Senaraikan 5 Peluang yang boleh membantu anda.
- Kursus-kursus Akademi Etiqa.
- Gaya hidup masyarakat yang berhutang.
- Ramai masyarakat ditimpa penyakit kritikal diusia muda
- Produk-produk Etiqa yang kompetitif dan sesuai dengan keperluan.
- Kelahiran baru melebi 600,000 bayi setahun.
- Ramai pasangan baru berumah tangga.
- Ramai graduan-graduan baru yang berniaga.
- Banyak bantuan dan bimbingan keusahawanan yang memberi peluang perniagaan kepada masyarakat.
- Pembukaan hospital, sekolah, industri baru yang menyediakan peluang pekerjaan.
- Networking yang ramai dan mudah melalui media baru.
Setelah anda menyenaraikan analisa SWOT buatlah satu matrik strategik bagi menggunakan kekuatan dan peluang yang ada untuk mengatasi kelemahan dan cabaran yang anda hadapi.
Contohnya:
Jika anda kurang mempunyai keyakinan diri ‘cepat give up’ .
Ia adalah berpunca daripada kurang ilmu mengenai industri, skill2, produk, cara menghadapi ‘objection’ dan tiada inisiatif yang boleh membakar semangat anda.
Maka untuk mengatasinya anda perlu menggunakan kekuatan networking, hubungan baik dengan leader, kebijaksanaan anda menggunakan teknologi maklumat hujung jari dan peluang yang ditawarkan oleh akaedmi etiqa untuk mengatasi kelemahan anda.
Maka tuliskan objektif strategik anda pada 2016.
- Meningkatkan keyakinan diri melalui menguasai maklumat mengenai industri inisiatif berikut:
- Menghadiri kursus-kursus anjuran akademi.
- Mencari maklumat dalam internate
- Menghubungi leader setiap minggu.
- Mewujudkan teamwork dengan merekruit 3 orang advisor.
Jika kelemahan anda ialah kerana aktiviti anda tidak tersusun dan banyak masa terbuang terhadap aktiviti yang tidak produktif .
Maka objektif strategik ke 2 adalah.
Memastikan aktiviti dilakukan secara tersusun.
Untuk itu anda perlu melakukan inisiatif berikut.
- Melengkapkan penyataan visi, misi dan objektif tahunan dengan jelas.
- Menyusun jadual kerja yang terperinci berdasarkan sasaran 2016.
- Memperuntukkan 2 jam sehari untuk kerja-kerja pejavat dan 2 jam sehari kerja-kerja menemui bakal pelanggan.
- Susun jadual2 meeting dengan advisor anda, jadual training, jadual membuat prospecting, calling, appointment, kerja pejabat dan submission .
Jika anda tidak mempunyai pejabat untuk beroperasi.
Maka objektif ke 3. Memiliki pejabat operasi bermula 1 Jan 2016.
Inisiatifnya:
- Anda boleh menjadikan pejabat cawangan etiqa sebagai pejabat operasi.
- Menyediakan satu ruang dirumah anda sebagai ruang pejabat.
Jika kelemahan anda, anda melakukan aktiviti yang tidak produktif.
Maka objektif strategik ke 4. Memastikan setiap masa digunakan untuk aktiviti yang produktif.
Inisiatifnya:
- Anda memiliki buku log aktiviti
- Anda merekodkan objektif bulanan
- Anda merekodkan aktiviti mingguan dan harian.
- Buat jadual tugasan harian anda dan mulakan hari anda dengan menyenaraikan “what to do today”
- Membuat semakan aktiviti setiap hari.
Setelah anda jelas objektif strategik anda maka pecahkan objektif-objektif tersebut kepada plan tindakan.
Plan tindakan juga perlu ditulis sasaran tahunan, bulanan, mingguan dan harian.
Langkah seterusnya: Tentukan Objektif Tahunan dan target bulanan.
Contohnya:
- Mencapai sasaran peribadi 80,000 FYCC pada Disember 2016
- Target bulanan: 80,000/78 = RM1025. penambahan fycc bulanan selama 12 bulan.
- inisiatif : close 10 polisi bernilai RM103.
- inisiatif 2: presentation kepada 50 orang prospek berkualiti.
- inisiatif 3: membuat panggilan temujanji dengan 30 prospek setiap hari
- inisiatif 4: membuat 5 temujanji sehari
- inisiatif 5: membuat 3 presentation sehari
- inisiatif 6: membuat 1 cubaan closing setiap hari.
- Mencapai sasaran peribadi 50,000 FYCC 30 Jun 2016.
- Target bulanan selama 6 bulan : 50,000/21 = RM2381.
- inisiatif 6 bulan pertama :close 10 polisi bernilai 238.1 setiap bulan
- Mencapai sasaran 40,000 fycc melalui teamwork.
- Membentuk teamwork dengan merekruit 3 advisor fulltime.
- Inisiatif merekruit seorang sebulan sebelum bulan Jan 2016.
- Membantu setiap advisor mencapai 14,000 FYCC 2016.
Seterusnya buatlah jadual aktiviti mingguan bagi mencapai target bulanan anda.
Tentukan hari2 berkursus, waktu2 membuat prospecting, membuat panggilan telefon, waktu temu janji dan hari untuk kerja2 pejabat.
Guna planner dan tentukan secara specifik aktiviti yang menyokong anda mencapai sasran bulanan.
Bagaimana anda menghancurkan apa yang anda impikan?
Di bawah ini beberapa tip untuk mengelakkan anda menghancurkan impian anda.
- Kecelaruan aktiviti pada waktu melakukan perniagaan.
Untuk mengatasinya: Gunalah waktu kerja dengan maksima. Susunlah aktiviti yang boleh mencapai target harian anda.
2. Gagal mengurus pelanggan.
Oleh itu buat persediaan lengkap sebelum menemui pelanggan, cari fakta-fakta yang munasabah seperti umur, pekerjaan, pendapatan, tanggungan dan sediakan plan takaful yang sesuai sebagai cadangan permulaan untuk dibincangkan.
Buatlah ‘roalplay” sebelum anda bertemu prospek, bayangkan apa soalan-soalannya dan bagaimana anda menanganinya.
3. Penjelasan yang terlalu detail.
Penjelasan terlalu detail akan menjadikan pelanggan tidak fokus kepada sebab kenapa beliau perlu mengambil plan yang dicadangkan. Terlalu banyak maklumat menjadikannya terkeliru dan hilang selera untuk menyertai takaful.
Maka jangan terlalu banyak cakap dan banyak penerangan tetapi jelaskan polisi sekadar perlu untuk close.
4- Oleh itu jadilah seorang yang pakar
Serahkan kepada orang lain tugas-tugas yang tidak perlu, fokus tugas anda untuk bertemu prospek dan membuat ‘closing ‘ .
5.Sentiasa bertemu pelanggan secara bersemuka.
Anda akan gagal sekiranya anda malas bertemu bakal pelanggan anda.
Semua cadangan ini adalah perkara yang perlu anda lakukan bagi menyempurnakan maksud FOKUS dalam kerjaya anda dibidang perunding takaful.