Manusia adalah pemerintah diri sendiri. Manusia perlu bertanggungjawab terhadap setiap tindakannya. Orang terdahulu telah banyak membuat kesilapan dan mengalami pelbagai kegagalan. Kesilapan dan kegagalan generasi terdahulu bukan kerana kurang maklumat atau ilmu tetapi sudah menjadi sebahagian peraturan hidup bahwa manusia belajar daripada kesilapan dan kegagalan untuk mengetahui perkara yang betul.
Satu perkara yang manusia pelajari adalah kebaikan memaksimakan penggunaan minda atau akal fikiran anugerah Allah kepada manusia. Tujuan kita belajar sejak waktu pandai bercakap sehingga mendapat diploma dan ijazah adalah untuk menyediakan akal kita dengan maklumat. Namun ulmu tersebut hanyalah 20% perolehan ilmu dan kita memerlukan pengalaman sebanyak 80% untuk meyakinkan kita kebenaran sesuatu ilmu.
Satu kesilapan manusia yang tidak boleh dimaafkan adalah tidak menggunakan ilmu dalam melakukan tindakan. Maksud menggunakan ilmu adalah memulakan semua tindakan dengan satu gambaran yang jelas akibat sesuatu tindakan. Proses untuk memahami gambaran yang jelas terhadap sesuatu tindakan adalah menentukan objektif tindakan secara specifik dan membuat perancangan teliti untuk merealisasikan matlamat tersebut.
Membuat perancangan adalah satu aktiviti utama setiap tindakan. Setiap perkara ada objektif specifik dan setiap objektif perlukan plan yang jelas untuk merealisasikannya. Melukis plan, mencipta model, menganalisa pelbagai kebarangkalian dan menentukan langkah-langkah strategik dalam menghadapi kepelbagaian situasi adalah tindakan perlu sebelum sesuatu tindakan dilaksakan
