Jika untung runcit jualan sebuah telefon bimbit adalah 10% anda perlu membuat jualan sebanyak RM200,000 sebulan. Jika purata sebuah telefon bimbit adalah berharga RM500 maka anda perlu menjual sebanyak 400 buah telefon bimbit sebulan atau 14 buah telefon bimbit sehari. Jualan ini cukup untuk kos sewa tapak kedai adalah RM3000 sebulan dan gaji pekerja sebanyak RM3000 sebulan.
Anda hanya memerlukan modal untuk sewa tapak kedai telefon bimbit dimana-mana pusat membeli belah dan sedikit modal untuk mempamirkan telefon bimbit dan memohon menjadi pengedar jenama-jenama telefon terkenal.
Jual komputer riba
Jika purata keuntungan bersih sebuah komputer riba adalah RM500 sebuah anda perlu menjual sebanyak 40 buah komputer riba sebulan atau purata 1.3 buah sehari. Modal sewa tapak pameran adalah RM3000 sebulan dan 5 buah komputer terpakai untuk pameran yang berharga RM2500. Anda hanya perlu menjadi pengedar mana-mana pembekal komputer.
Jual kek Harijadi
Jika keuntungan bersih kek adalah 30% dan 70% adalah kos pembuatan dan pengedaran maka anda perlu membuat jualan dalam RM70,000 sebulan atau RM2333 sehari. Jika purata harga kek untuk pengedar sebanyak RM30 sebiji anda perlu menjual 77 buah kek sehari. Jika purata seorang pengedar anda mampu menjual 7 biji kek sehari anda perlu mempunyai 11 orang pengedar.
Anda memerlukan modal pusingan dalam RM1000 sehari, sebuah van penghantar dan seorang pemandu.
Jual Cadar Online.
Jika keuntungan jualan cadar secara dalam talian adalah 50% anda memerlukan jualan RM40,000 sebulan. Jika purata kos jualan RM180 sepasan cadar maka anda perlu membuat jualan sebanyak 222 pasang sebulan atau 7 pasang sehari.
Anda memerlukan modal permulaan dalam RM18,000 untuk membuka pusat pameran cadar anda selama 6 bulan dienam bandar besar dan modal pusingan sebanyak RM20,000 bagi menympan stok cadar untuk sebulan.
Jualan Burger Pasar Malam
Jika keuntungan bersih jualan burger adalah 100% anda perlu membuat jualan burger sebanyak RM40,000 sebulan atau RM1333 sehari. Jika purata harga jualan burger adalah RM3.00 sebiji anda perlu menjual sebanyak 444 biji burger sehari. Jika sebuah ‘stal’ burger mampu menjual 222 biji burger sehari anda perlu memiliki dua bual ‘stal’. Jika modal sebuah stal adalah RM5000 maka anda memerlukan modal RM10,000 untuk modal sebuah stal dan modal pusingan RM1000 sehari.
Jurujual Kereta
Juka purata komisyen jualan sebuah kereta RM1000 maka anda hanya perlu menjual sebanyak 20 buah kereta sebulan atau sebuah kereta sehari. Anda hanya perlu memohon untuk menjadi jurujual kereta atau menjadi jurujual kereta secara “freelance”. Cetak kad perniagaan dan buka laman FB untuk mempromosi khidmat anda. Mulakan membuat rangkaian jualan dengan semua pengedar kereta yang menjual dan membeli kereta terpakai dan baru.
Wakil Takaful
Wakil takaful dibayar upah atau komisyen sehingga 25% untuk satu polisi selama 12 bulan pertama.
Untuk memperolehi pendapatan RM20,000 anda perlu mengumpul sumbangan bulanan pelanggan sebanyak RM80,000 sebulan.
Bagaimana? 80,000 / 12 bulan = 6666.66
Maksudnya anda perlu membawa kutipan baru setiap bulan sebanyak 6666.66. Maksudnya dalam tempoh bekerja selama 30 hari anda perlu mendapat penambahan penyertaan sebanyak 6666.66 / 30 = 222.22 setiap hari.
Bermaksud bermula jam 8 pagi anda keluar bekerja sehingga 8 malam anda perlu memperolehi seorang pelanggan yang menyumbang 222.22 sebulan.
Berasaskan undang-undang `average’ kejayaan 1:10 atau satu jualan setelah bertemu 10 bakal pelanggan maka anda perlu cuba meyakinkan 10 orang bakal pelanggan kepentingan memiliki takaful. Mungkin anda boleh pergi kesebuah pejabat dan memberi taklimat kepada 10 orang setiap hari, atau ke sekolah, hospital, bank dan sebagainya. Yang penting anda perlu sampaikan maklumat kepentingan takaful kepada 10 setiap hari. 6666.66 sebulan.
Bermakna sebulan anda sudah memberi penerangan kepada 300 orang ahli masyarakat. Dengan nisbah 10:1 maka anda dijangkakan akan mendapat minima 30 orang pelanggan dan jika setiap orang hanya membayar 222.22.
Maka kutipan bulanan anda Di hujung bulan ke 12 kutipan bulanan anda adalah 80,000 setiap bulan dan dengan komisyen 25% anda akan memperolehi pendapatan RM20,000 sebulan selepas kerja 12 bulan.
Modal untuk menjadi seorang usahawan takaful hanyalah RM105.00 sahaja.
Ketahui 20 Faedah menjadi perunding takaful Etiqa yang tidak akan diperolehi dengan kerjaya yang lain. KLIK!
Join je / terus call saya 01159192611

