Gagal Merancang Adalah Merancang Untuk Gagal

Membuat perancangan sebelum melakukan sesuatu tindakan adalah sikap semua mereka yang berjaya. Allah Azza wa Jalla merancang dan menulis segala apa yang ingin dijadikan sebelum sesuatu itu dijadikan.Sebagai khalifah Allah di dunia ini, manusia perlu memulakan semua perkara yang ingin diwujudkan sesuai dengan perintah Allah dengan membuat perancangan.

Maka sesiapa yang tidak merancang apa yang ingin dilakukan akan menemui kegagalan di akhirnya. Setiap perancangan perlu dimulakan dengan gambaran akhir dan menyeluruh yang ingin dicapai. Kemudian barulah membuat analisa kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang dan menggariskan langkah strategik yang boleh mencapai objektif akhir.

Kewangan adalah aspek penting dalam kehidupan manusia. Belajar menguruskan kewangan adalah perkara yang tidak boleh diabaikan oleh manusia waras dizaman serba maju ini.

Dalam rencana ringkas ini saya ingin memandu pembaca untuk membuat perancangan kewangan secara ringkas.

Pertama : Kenali kedudukan kewangan anda dan Tentukan Matlamat Kewangan Anda.

Kedua : Kenalpasti kesihatan kewangan anda sekarang.

Ketiga : Ketahui ancaman kewangan

Keempat : Kenalpasti peluang .

Kelima : Susun tindakan praktikal untuk mencapai matlamat.

Pertama:

Apakah kedudukan dan kekuatan kewangan tunai yang ada? Contohnya simpanan di institusi kewangan, nilai perlindungan takaful yang ada dan pendapatan tetap bulanan anda. Katakan jumlah keseluruhan simpanan di institusi kewangan dan nilai perlindungan takaful semasa anda adalah RM200,000.

Kedua:

Berapakah jumlah keperluan sarahidup sebulan?

Katakan RM4000 dan untuk tempoh setahun anda perlukan RM48,000.

Sekiranya umur anda adalah 30 tahun sekarang dan anda merancang untuk bersara pada usia 50 tahun maka anda perlu memiliki dana tahunan RM48,000 sehingga 20 tahun atau RM760,000.

760,000 – 200,000 maka anda kekurangan dana sebanyak 560,000. Kenapa?

Ketiga :

Anda berhadapan dengan pelbagai ancaman seperti ditimpa penyakit kritikal, lumpuh atau meninggal dunia yang menyebabkan dana kewangan yang anda nafkahkan kepada keluarga anda akan terhenti. Siapakah yang boleh anda harapkan untuk menyara keluarga anda apabila risiko yang menjadikan pendapatan keluarga anda menimpa anda.

Keempat:

Peluang masa ini yang boleh menyelesaikan kemungkinan risiko yang anda hadapi ialah dengan menyertai takaful keluarga.

Kelima:

Tentukan baki wang anda yang ada sebulan. Tentukan bagaimana wang tersebut harus dimanfaatkan untuk menjana pendapatan semasa persaraan dan dalam masa yang sama anda mampu menjana pendapatan yang mencukupi andainya musibah kematian, keilatan kekal dan ditimpa penyakit kritikan menimpa anda.

Menyertai plan takaful yang sesuai adalah salah satu strategi kewangan yang bijak.

 

 

 

Leave a Reply