Sebelum merdeka bangsa Cina dan India datang ke Malaysia sehelai sepinggang kini mereka menguasai lebih 60% kekayaan negara. 8/10 orang terkaya di Malaysia berbagsa Cina dan hanya seorang bangsa Melayu dan India.
Semuanya kerana mereka adalah golongan usahawan. Mereka mencari peluang, merebut peluang dan mencipta peluang. Inilah takdir Allah, undang-undang universal yang telah ditulis Allah sejak azali. Sesiapa berusaha bersungguh-sungguh akan mendapat apa yang diusahakannya. Inilah keadilan Allah kepada makhluknya di bumi ini.
20 tahun lalu masyarakat Aceh, Bangladesh datang juga merantau ke sini, kini ramai di kalangan mereka yang memiliki kekayaan melebihi bangsa Melayu. Sekarang masyarakat Myanmar, Nepal dan Pakistan juga mengikuti jejak langkah bangsa-bangsa lain berhijrah kebumi bertuah ini dan mereka mula menguasai pelbagai jenis perniagaan di sini.
Mereka dapat apa yang mereka niatkan, mereka dapat apa yang mereka usahakan dan itulah pilihan mereka.
20 tahun akan datang kita akan lihat anak-anak orang Melayu akan menjadi pekerja suruhan tuan-tuan berbagsa Bangladesh, Myanmar dan Nepal pula. Jika mereka tidak di biasakan berdikari, berinovasi, berani mencipta peluang dan merebut peluang.
Waswasah khannas dalam dada manusia sering membisikan rasa takut, malu, segan, tidak mahu mencuba, ego, sombong, cari jalan mudah, menangguh-nangguhkan tindakan, malas, buruk sangka, hasad dengki dan puluhan ribu prasa-prasa negatif setiap hari.
Semuanya menjadikan bangsa ini leka di mamah usia dan generasi demi generasi berlalu tetapi kedudukan ekonomi mereka tidak berubah. Mereka malas mengambil tahu, malas merebut peluang, bersikap tunggu dan lihat dan terpesona dengan dunia hiburan yang tidak langsung berfaedah.
Negara mengorak ke hadapan maju dan sentiasa berubah. Melayu perlu mengubah pandangan mereka terhadap takdir.
Suatu hari ketika amirul mukminin Umar al Khattab ingin memasuki sebuah kampung bersama sahabat-sahabatnya, lalu dikhabarkan kepadanya bahawa kampung tersebut sedang dilanda wabak taun. Maka belia memerintahkan sahabat-sahabatnya untuk menukar haluan ke kampung sebelah yang tidak dilanda wabak. Lantas sahabatnya bertanya: “Wahai amirul mukminin, apakah tuan ingin melarikan diri daripada takdir Allah”? Beliau menjawab : ” Aku lari daripada takdir Allah kepada takdir Allah”.
Kemiskinan, kelemahan, ketinggalan generasi demi generasi adalah takdir Allah kepada mereka yang memilih untuk tidak berusaha mengubahnya sesuai dengan takdir Allah yang lain.
Takut gagal adalah sifat ego yang sebenarnya satu kegagalan. Memilih untuk tidak berubah kerana malu dikatakan gagal berubah. Hidup ini semuanya adalah niat, pilihan dan usaha.
Kejayaan adalah kejayaan anda melawan perasaan takut, malas, malu, ragu-ragu, buruk sangka dan semua bisikan negatif dalam jiwa anda. Gantikan dengan perasaan positif. Hasil yang diinginkan akan diperolehi apabila anda melakukan perkara yang betul secara berterusan.
Semua jutawan, pemenang-pemenang rekod dunia dalam sukan dan sebagainya bermula kerjaya mereka daripada langkah pertama. Mereka ada impian yang jauh, sabar melakukan latihan demi latihan yang sukar sehingga amalan-amalan kejayaan menjadi habit kehidupan mereka.
Di dalam bidang kewangan ini anda boleh berjaya kerana mentor-mentor yang membimbing anda adalah mereka yang telah berjaya.

