Manusia di dunia ini ada empat kategori berhadapan dengan peluang. Mereka yang sentiasa terlepas peluang, mereka yang menunggu peluang, mereka yang mencari peluang dan mereka yang mencipta peluang.
Kebanyakkan graduan akan menggunakan aset ijazah yang mereka miliki untuk mencari peluang pekerjaan. Resume dihantar ke mana-mana sahaja dan kemudian menunggu peluang panggilan untuk temuduga. Walaupun berkali-kali telah menghadiri temuduga tetapi gagal mendapat pekerjaan.
Seolah-olah segulung ijazah yang diperolehi setelah lebih 16 tahun belajar bermula daripada tahun satu belum bermadai. Ternyata ilmu tidak mencukupi untuk menempa peluang pekerjaan dan mencari pendapatan.
Majikan hari ini adalah peniaga. Mengambil seorang pekerja adalah satu pelaburan. Pekerja yang tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi akan menambahkan beban majikan untuk melatih pekerja-pekerja barunya. Menapis permohonan yang tidak menepati kehendak syarikat adalah pilihan majikan yang utamakan keuntungan.
Terdapat 4 perkara utama yang di nilai oleh majikan sebelum merekruit seseorang menyertai organisasinya. Keempat-empat perkara ini adalah syarat-syarat asas kejayaan seseorang dalam kerjaya.
1. Keilmuan dalam pelbagai bidang.
2. Kemahiran-kemahiran asas
3. Sikap yang positif
4. Kesungguhan.
Rata-rata graduan hanya memiliki ilmu dalam bidang yang dipelajarinya sahaja tetapi tidak memiliki kemahiran-kemahiran lain yang diperlukan dalam sektor swasta yang mengutamakan produktiviti. Seorang lulusan jurutera akan memfokuskan kerjaya sebagai jurutera begitulah bidang-bidang lain dan mereka akan termasuk di dalam golongan yang mencari peluang.
Apabila peluang pekerjaan sudah semakin berkurangan disebabkan lambakan graduan setiap tahun graduan yang tidak memiliki 4 syarat kejayaan akan menganggur. Ilmu dan kemahiran adalah syarat kelayakan untuk bekerja. Sikap yang positif dan kemahuan yang bersungguh-sungguh adalah prasyarat seseorang itu memiliki komitmen yang tinggi untuk melaksanakan tugas.
Masalah yang dihadapi oleh majikan adalah pekerja-pekerja yang tidak kommited dengan tugas yang diberikan, tidak berdisiplin, tidak proaktif, tidak kreatif dan kurang innovatif.
Mencipta peluang pekerjaan.
Maksud mencipta peluang pekerjaan kepada diri sendiri adalah dengan melengkapkan diri dengan 4 syarat kejayaan yang diperlukan dalam hidup.
Anda perlu mempelbagaikan ilmu kemahiran, melatih diri dengan pelbagai kemahiran, membentuk minda dan sikap positif dalam diri dan sentiasa memiliki daya juang yang berkobar-kobar untuk melaksanakan amanah tugas yang diterima .
Menjadi wakil takaful bersama-sama agensi kami adalah pilihan yang tepat untuk mencipta peluang kejayaan dalam diri anda. Mentor-mentor anda adalah mereka yang telah berjaya dalam bidang ini. Anda akan ditunjukajar pelbagai kemahiran; kemahiran komunikasi, kemahiran pengucapan awam, kemahiran membuat perancagnan strategik, kemahiran merangka plan perniagaan, kemahiran roda jualan, kemahiran membuat kajian isu dan kemahiran membuat kertas cadangan untuk menyelesaikan pelbagai isu berkaitan.
Anda akan dilatih dengan 7 tabiat orang berjaya seperti proaktif, membuat perancangan strategik kewangan dan seluruh kehidupan anda, menyusun prioriti matlamat dan tindakan, sikap yang betul dalam berkomunikasi, kerja berpasukan dan kemampuan membangunkan kualiti diri secara berterusan.
Setelah berdisiplin bersama kami selama dua tahun anda dijamin memiliki pendatan bulanan minima RM10,000 sebulan. Ciptalah peluang untuk diri anda ayuh sertai kami. Adakah impian hebat anda pada masa depan? Realisikannya, biar kami menjadi mentor anda. Telefon 0193800543.

