Joint us‘Konsep Selling” bermaksud penasihat kewangan membuat pemasaran takaful melalui pendekatan mendidik masyarat, menjelaskan konsep pengurusan risiko kewangan, strategi-strategi bagi menghadapi kehilangan punca pendapatan atau keperluan perbelanjaan diluar jangka dan mencadangkan instrumen kewangan yang sesuai dengan pelanggan.

Prosesnya ialah dengan membuat soalselidik mengenai realiti kewangan pelanggan; kekuatan dam kelemahannya, bertanya tentang objektif kewangannya dan membuat analisa kedudukan risiko kewangan sebelum mencadangkan plan-plan yang sesuai untuknya.

Perkara pertama ialah mengetahui kekuatan kewangan yang dimiliki.

Berapakah pendapatan tahunan keluarga?

Berapakah jumlah simpanan kewangan yang ada?

Berapakah nilai perlindungan yang diambil dalam polisi insurance atau takaful?

Apakah aset-aset tidak alih yang telah habis dibayar?

Kedua mengetahui keperluan-keperluan yang mesti disediakan.

Berapakah keperluan sarahidup setahun?

Berapa tahunkah keperluan tersebut diperlukan?

Berapakah nilai jumlah keseluruhan yang diperlukan untuk menyara hidup dari tempoh sekarang hingga usia persaraan.?

Ketiga sekiranya berlaku musibah kepada pelanggan seperti lumpuh, ditimpa penyakit kritikal atau meninggal dunia apakah nilai aset yang ada mampu menanggung keperluan sarahidup, kos-kos rawatan perubatan, kos-kos pendidikan anak-anak dan melangsaikan hutang-hutang yang ada,

Nilai keperluan takaful adalah = (Jumlah simpanan tunai + perlindungan takaful) tolak ( Jumlah nilai keperluan saraahidup sepanjang tempah sekarang hingga matang)

Perunding takaful menganalisa semua maklumat ini sebelum mencadangkan plan takaful yang bersesuaian dengan keperluan dan kekuatan kewangan pelanggan.

Tugas perunding kewangan takaful adalah memberi maklumat yang boleh menyedarkan pelanggan kepentingan membuat perancangan kewangan dan keperluan mereka mengambil polisi takaful. Apabila pelanggan menyedari bahawa memiliki polisi takaful adalah satu tindakan strategik dalam perancangan kewangan perunding akan mengumpul maklumat kewangan pelanggan dan membuat analisa kekuatan dan kelemahan kewangan pelanggannya. Kemudian barulah beliau mencadangkan polisi takaful yang sesuai dan lebih utama dimiliki oleh pelanggan. Pelanggan biasanya mempunyai kemahuan dan keperluan yang berbeza disamping kemampuan yang terhad. Maka prunding kewangan takaful perlu memberi khidmat nasihat yang wajar dengan keperluan pelanggan berasaskan konsep perancangan kewangan sebenar.

Contohnya pelanggan yang masih muda memerlukan perlindungan yang tinggi kerana simpanannya yang kurang, beban kewangannya yang tinggi, tempoh perlindungan yang lama serta kos perlindungan yang rendah.

Seorang yang berumur antara 25 hingga 45 tahun belum mempunyai simpanan yang tinggi, masih menanggung pelbagai hutang dan anak-anak yang masih kecil dan memerlukannya untuk hidup, sihat, tidak ditimpa penyakit kritikal bagi bekerja membawa perbelanjaan hidup untuk keluarganya.

Jika kos sarahidup sekeluarga sebanyak RM4000 sebulan atau RM48,000 setahun maka simpanan dana tunai yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya RM480,000 jika dijangkakan kadar inflasi dan keuntungan sama. Dana sebanyak ini mampu bertahan selama 10 tahun sahaja tanpa mengira kos perubatan dan lain-lain perbelanjaan.

Adalah dinasihatkan seorang ketua keluarga baru mempunyai polisi takaful bernilai sekurang-kurangnya RM500,000 sehingga umurnya bersara. Jika anda tidak memiliki polisi tersebut cuba cari 3 orang yang boleh membantu keluarga anda sebenyak RM4000 sebulan seumur hidup mereka.!!

Leave a Reply