Wang dan harta adalah antara perkara yang akan diaudit oleh Allah pada padang mahsyar.

” Kaki anak Adam tidak akan berganjak sehingga diaudit tentang empat perkara; tentang umurnya dimana dihabiskan, tentang usia mudanya bagaimana digunakan, tentang ilmunya apakah yang diperbuat dengannya dan tentang hartanya daripada mana dia dapat dan ke manakah dibelanjakannya”.

Mengenai harta kita akan diaudit dalam dua aspek iaitu adakah sumbernya halal dan adakah perbelanjaannya bertepatan dengan asas-asas syarak?.

Sumber yang halal adalah berkait rapat dengan kepatuhan kita kepada hukum-hakam syarak dalam mendapatkan harta seperti perniagaan yang halal, barang perniagaan yang dibenarkan syarak dan proses pertukaran manfaat yang bertepatan dengan hukum syarak.

Perbelanjaan pula berasaskan keutamaan syarak iaitu didahului dengan perkara wajib sebelum sunat dan harus. Membelanjakan harta kepada perkara makruh dan harus akan menjadi haram jika keperluan wajib diabaikan.

Untuk memastikan perbelanjaan bertepatan dengan keperluan dan tuntutan syarak setiap orang perlu menulis pelan perancangan kewangannya.

Menemui seorang yang pakar dalam perancangan kewangan sejak muda adalah sikap terbaik yang menjamin perbelanjaan bertepatan dengan kehendak syarak.

Hubungi saya untuk bantuan perancangan kewangan. wasap.my/601159192611/auditkewangan

Leave a Reply