Kejayaan bererti berjaya merealisasikan impian hidup.

Syarat kejayaan adalah anda memiliki : Kelayakan dan komitmen

Kelayakan adalah ilmu dan kemahiran

Komitmen adalah kemahuan dan sikap yang positif.

Kesemua ini membentut tabiat hidup yang membawa kepada kejayaan.

Pertama lukiskan gambaran impian kehidupan anda pada 20 tahun akan datang.Sebuah gambaran yang mempunyai warna, suara dan perasaan.

Contohnya anda menjadi pemilik sebuah empayar perniagaan yang mempunyai 100,000 orang pekerja di sepuluh buah negara. Anda memilih impian ini kerana ia sebahagian daripada kekuatan seorang khalifah yang ada dalam diri anda sebagai manusia ciptaan Allah. Anta tahu bagaimana untuk merealisasikan erti syukur kepada Allah dengan kekuatan itu.

Apakah kelayakan yang perlu anda sediakan?

Apakah ilmu yang anda perlukan?

Apakah kemahiran yang anda perlu miliki?

Apakah halangan yang anda perlu atasi?

Apakah kekuatan yang perlu dibentuk?

Apakah sikap yang mampu merealisasikan impian anda?

Apakah tabiat hidup yang seharusnya menjadi rutin harian anda?

Apakah aktiviti yang perlu anda buat?

Apakah objektif-objektif fasa yang perlu anda capai?

Anda memiliki impian, anda adalah pelukis plan, anda adalah jurutera dan anda adalah leader dan pengurus yang akan menjayakan Impian anda.

JOm saya bantu..

Leave a Reply