Bolehkah kita mencipta masa depan kita sendiri? Bukankah segala-galanya telah ditakdirkan? Bukankah telah ada pepatah mengatakan ; rezki secupak tidak akan jadi segantang?. Bukankah segala baik buruk, rezki, jodoh dan segala-galanya telah siapsejak azali?
Mari kita rungkai kekusutan ini.
Pertama : Kita tidak pernah diberitahu oleh Allah apakah yang telah tertulis itu. Maka kita tidak boleh salahkan Allah jika kita jahil, miskin, lemah, kalah, ditindas, terkebelakang dan sebagainya.
Semua yang berlaku pada diri kita sama saja dengan semua bayi yang dilahirkan. Cuma peluang berbeza mengikut sikap ibu bapa, persekitaran dan pendidikan yang diberikan kepada mereka ketika mereka belum mampu membuat pilihan. Setelah kita mampu membuat pilihan kita wajib memilih sesuatu yang terbaik untuk kita dan kita bertanggungjawab terhadap apa sahaja yang kita pilih.
Kedua: Dalam aqidah ahli sunnah wal jamaah terdapat dua takdir iaitu takdir mubram dan takdir muallaq.
Umar al-Khattab pernah tidak mahu memasuki kampung yang dilanda taun dan menuju ke kampung lain yang tidak dilanda wabak, lalu beliau ditanya : Apakah amirulmukminin ingin lari daripada takdir Allah.” Beliau menjawab : “Aku lari daripada takdir Allah kepada takdir Allah”
Takdir mubram sesuatu yang tetap dan tidak akan diubahkan oleh Allah selama-lamanya seperti manusia akan mati, dunia akan kiamat juga akhirnya, wujudnya syurga dan neraka dan segala takdir-takdir Allah pada alam maya ini seperti manusia perlukan udara, air, cahaya, makanan dan sebagainya untuk hidup. Allah telah menentukan sebab-sebab kepada sesuatu perkara.
Takdir muallaq adalah sesuatu yang bergantung dengan sesuatu takdir mubram. Takdir mubram adalah satu sunnah Allah yang telah ditentukan yang berupa sistem dan “universal law”. Takdir muallaq adalah sesuatu yang ditentukan Allah terhadap sesuatu berasaskan takdir mubram.
Contohnya: Allah menentukan api boleh membakar sesuatu jisim yang ditentukan secara mubram boleh terbakar dengan api. Ini adalah takdir mubram. Sesutu jisim itu akan terbakar apabila wujud proses yang membawa sesuatu terbakar.
Contohnya dua ketul batu diketuk menyebabkan tercetusnya api dan api itu terkena jisim yang boleh terbakar lalu jisim tersebut terbakar. Kebakaran adalah takdir Allah yang bergantung kepada takdir Allah yang lain. Namun Allah mampu dengan kuasanya untuk menjadikan api tidak membakar dia ia berlaku secara luarbiasa mengikut mukjiazat atau karamah kurnian Allah kepada hamba-hamabnya yang terpilih.
Ketiga : Allah berkuasa mutlak terhadap segala takdir ini dan Allah mempunyai kekuatan, kemampuan untuk mengubah segala-galanya jika dia mahu.
Keempat : Allah menguji manusia di dunia ini untuk menyusun takdir-takdir mubram bagi mencapai sesuatu perintah Allah kepada manusia yang bergantung dengan takdir mubram tersebut.
Contohnya kejahilan adalah disebabkan tidak belajar. Belajar dan menuntut ilmu adalah sebab kepada mengetahui. Allah mewajibkan manusia sesuatu yang mampu manusia lakukan. Apabila manusia menuntut ilmu dia mampu memilih yang terbaik untuknya dan menjadi sebab kejayaan hidupnya dunia dan akhirat.
Kelima: Allah mengajar kita melalui ayat-ayat yang boleh dibaca melalui al-Quran dan ayat-ayat yang boleh dilihat dan dikaji melalui sistem-sistem ciptan Allah terhadap alam semesta ini.
Keenam: Melalui mengkaji sistem alam ini kita dapat memahami sebab kepada sesuatu perkara maka lahirlah pelbagai ilmu sains dan teknologi yang melibatkan pelbagai aspek kehidupan manusia sejak meletusnya budaya ilmu di zaman kegemilangan Islam dahulu.
Ketujuh: Sebelum Islam manusia hanya berserah kepada nasib dan percaya kepada tenunan nasib dalam menentukan masadepan mereka. Islam telah mengubah keyakinan ini dan menetapkan manusia yang wajib berusaha memilih apa yang terbaik untuk mereka.
Kelapan: Kini ilmu-ilmu pengurusan, perancangan, plan strategik dan sebagainya menjadi sistem yang telah lama digunakan oleh perancang pemabangunan masa kini.
Kesembilan: Antara pencapaian ilmu hari ini adalah manusia mampu merancang dan mencipta apa yang ingin berlaku dalam hidup mereka.Lihatlah pembangunan bandar-bandar besar, kejayaan syarikat koperat dan sebainya semuanya bermula daripada satu noktah iaitu idea dan kemahuan satu orang.
Semua perkara hari ini perlu dimulakan dengan perancangan strategik, menentukan visi dan misi, memilih prinsip-prinsip perjuangan, memilih nilai-nilai yang ingin diterapkan dan menggariskan plan aktiviti yang sesuai yang boleh memandu aktiviti bagi mencapai objektif dan sebagai kayu ukur pemantauan dan penanda aras kejayaan. Segala kegagalan dan kelewatan yang berlaku boleh dirujuk kepada aspek-aspek implimentasi yang tidak dilaksanakan atau pelaksanaan yang tidak mengikut piawai standard dalam sesebuah industri.
Kesepuluh: Berasaskan semua perkara tadi anda mampu mencipta masadepan anda sendiri. Namun anda memerlukan seorang penasihat, pendorong, pemantau segala aktiviti anda sehingga anda mencapai impian anda. Dalam industri kewangan takaful ini segalanya disediakan untuk anda dengan percuma.
JOM sertai kami di Etiqa Takaful Berhad.
Kami akan bangunkan anda menjadi JUTAWAN.
Hantar Permohonan kepada: alitqanwealth11@gmail.com.

