Saya berminat untuk menambah pendapatan saya sebagai wakil takaful tapi:
1. Saya tidak pandai bercakap.
Anda bukan tidak pandai berkomunikasi tetapi anda tidak mempunyai maklumat mengenai industri takaful, kebaikannya, kepentingannya, kelebihannya, keperluannya dan keuntungannya berbanding instrumen kewangan lain seperti unit amanah, simpanan di tabung haji dan bank.
Anda akan dilatih bercakap dengan menggunakan ‘skrip’ sehingga anda menjadi mahir. Latihan adalah percuma dan anda akan mampu bercakap selepas sebulan berlatih.
2. Saya malu nak jumpa orang.
Setiap hari anda berjumpa orang dan dikedai kopi anda akan dengar mereka bercakap macam-macam isu dengan yakin hanya dengan membaca maklumat dari `wassap’ semua perbualan itu kosong dan tidak memberi apa-apa makna kecuali untuk menjaga hubungan kawan. Jika anda membuat temujanji di kedai kopi dengan kawan-kawan lama anda dan mula bercakap topik kewangan mereka tidak akan marah kepada anda dan akan berterima kasih terhadap maklumat berguna yang anda kongsikan dengan mereka.
Jika anda ada tujuan yang baik untuk berkongsi maklumat yang baik dan mencadangkan nasihat yang baik kepada rakan anda dan anda yakin ianya berfaedah kepada mereka anda akan sanggup mencari mereka dan bertemu dengan mereka dimana sahaja mereka berada. Tugas anda hanya membuat temujanji dan berkongsi maklumat yang baik mengenai plan takaful. Kemudian bertanya mereka apakah mereka berminat untuk menyertainya.
3. Saya rasa macam minta sedekah.
Sebenarnya anda menjadi wakil takaful sebagaimana seorang yang dilantik menjadi amil zakat atau pegawai di lembaga hasil dalam negeri. Anda pemudahcara untuk menjaga kebajikan peserta-peserta takaful dengan menasihati mereka mengenai perancangan kewangan, keperluan menyertai plan khairat kebajikan tabung takaful. Anda dibayar upah sebagaimana seorang professional dibayar upahnya seperti seorang doktor, akauntant, jururunding, peguam dan sebagainya.
4. Saya tidak tahu nak jumpa sapa-sapa.
Cuba lihat dalam telefon bimbit anda, berapa ramaikah nama dan no telefon yang ada. Cuba bayangkan setipa mereka yang anda kenal mencadangkan kepada anda 3 orang nama. Anda akan mendapat stok nama lebih 300 nama melalui rangkaian anda sahaja.Jika 20% daripada mereka sanggup mengambil 1 polisi daripada anda anda sudah mendapat 60 polisi daripada rangkaian anda sahaja. Jika setiap mereka yang mengambil polisi dengan anda mencadangkan 3 nama yang mereka anggap memerlukan plan takaful seperti mereka anda dapat lagi 180 nama dan jika 30% daripada mereka mengambil 1 polisi daripada anda maka anda mendapat 60 polisi tambahan.
Jika anda berjaya bertemu mereka dalam masa 6 bulan dan setip pelanggan membuat sumbangan minima RM300 maka selepas 6 bulan kutipan sumbangan yang anda lakukan adalah sebanyak RM36,000 sebulan dan komisyen anda pada bulan ke 7 adalah sebanyak RM12600 sebulan.
5. Saya tidak yakin boleh buat
Keyakinan memerlukan kelayakan dan komitment. Kelayakan memerlukan ilmu dan kemahiran dan komitment memerlukan kemahuan yang kuat untuk mengubah nasib dan sikap yang positif.
Ilmu dan kemahiran akan diperlolehi melalui latihan dan pembelajaran yang berterusan yang disediakan oleh pihak agensi. Kemahuan yang kuat bergantung kepada impian anda sendiri dan kemahuan anda untuk mengubah dan mencipta masa depan anda sendiri. Sikap yang positif adalah pilihan dan niat anda.
Segala-gala imu berkaitan syarat2 membina keyakinan diri ini akan diberikan kepada anda secara percuma.
