Rata-rata syarikat perunding kewangan hari ini menjadi pilihan kaum wanita. Terdapat beberapa faktur yang menggalakkan fenomena ini.
 
1. Kebanyakan kewangan keluarga diuruskan oleh kaum wanita.
 
Faktur ini menjadikan kaum wanita lebih sedar mengenai risiko jika suami tidak memiliki perlindungan takaful yang cukup. Mereka sentiasa fikir bagaimana dengan kos sara hidup mereka, pendidikan anak-anak dan hutang-hutang yang belum lunas. Apakah mereka yang perlu memikul beban itu? Memiliki perlindungan takaful yang besar menjamin kebebasan kewangan adalah pilihan terbaik
Mereka sedar adalah tidak sukar untuk meyakinkan pelanggan mengenai keperluan membuat perancangan kewangan yang komprehensif.
 
2. Budaya kerja yang professional.
 
Wanita hari ini mementingkan penampilan yang meyakinkan, penyelesaian masalah berasaskan menganalisa punca masalah dan membuat pilihan yang sesuai dan tepat.
Dalam banyak aspek kaum wanita lebih teliti disamping faktur emosi, sentimen dan naluri yang lebih kuat.
 
Pengurusan kewangan bukan semata-mata aspek minda tetapi juga didorong oleh perasaan cemas, bimbang dan sikap mempertahankan diri. Berkait dengan perancangan kewangan, seseorang itu tidak dianggap memiliki plan kewangan yang membahagiakan sehingga mereka memiliki penyelesaian kewangan ketika keadaan terburuk berlaku: iaitu suami hilang upaya menjana pendapatan ketika anak masih bayi dan muda.
 
3. Masa dan Tempat Kerja Yang Fleksible.
 
Perunding kewangan adalah seorang usahawan, pemilik firma. Dirinya adalah seorang professional yang tidak memerlukan pejabat yang besar, tidak memerlukan pembantu dan tidak perlu menyimpan apa-apa stok barang.
Beliau hanya perlu memahami apakah itu industri duit ini? Apakah institusi dan instrument kewangan? Bagaimana semua ini boleh dimanfaatkan oleh masyarakat untuk mencipta objektif kewangan mereka.
 
Apabila beliau faham industri kewangan, memahami keperluan masyarakat dan memahami bagaimana untuk mencadangkan solusi yang tepat daripada produk-produk kewangan yang ada keyakinan untuk berjaya akan wujud.
Sebagai seorang wanita, yang perlu menguruskan rumah dan anak-anak kerjaya ini adalah pilihan paling sesuai. Kerana mereka sendiri yang menyusun aktiviti sendiri mengikut kesesuaian masa dan keadaan.
 
4. Kebebasan Membuat Pilihan.
Sebagai wanita, cukuplah suami atau bapa mereka yang menjadi boss, ketua mereka. Biarlah 100% ketaatan dicurahkan kepada Allah, ibubapa dan suami. Mereka tidak sanggup minda, jiwa dan diri mereka terpaksa diagihkan kepada majikan walaupun di rumah.
 
Kerjaya sendiri bererti dialah bos kepada dirinya sendiri. Suami yang mendapat 100% tumpuan isteri akan lebih berjaya dalam hidup mereka dalam semua bidang.
5. Pendapatan Tiada Limit.
 
Di Malaysia telah terbukti perunding kewangan ada yang mendapat pendapatan 1.5juta sebulan. Ini adalah kerana kerjaya ini berasaskan usaha sendiri. Siapa kuat usahanya, betul strateginya tepat pada masanya akan dapat menjana pendapatan lumayan. Tiada siapa yang menghalang mereka untuk dinaikkan pangkat menjadi pengarah agensi dan pengarah kumpulan agensi. Model perniagaan berasaskan pembangunan agensi terbukti menjanjikan pendapatan berganda, terutama apabila khidmat atau service dipantau undang-undang dan diperlukan.
 
6. Kejayaan Dunia dan Akhirat.
Di dunia mereka mendapat ganjaran tanpa had. Di akhirat mereka mengumpul pahala, ilmu yang bermanfaat, amal soleh berterusan dan sedekah jariah kepada semua golongan.
 
Ada orang dapat pampasan sarahidup akibat lumpuh dan ditimpa penyakit kritikal.
Ada anak-anak yatim yang boleh meneruskan hidup daripada perlindungan takaful ibu-bapa mereka dan mempunyai dana yang cukup untuk meneruskan pengajian ke universiti.
 
Ada yang mendapat rawatan dengan segera dan mampu pulih atau terselamat daripada sakit yang berpanjangan melalui sumbangan kos rawatan.
 
Ada yang bebas rohnya daripada belengu hutang kerana pampasan kematian yang digunakan waris untuk melangsaikan segala hutangnya.
 
Ada yang berjaya mencapai kebebasan kewangan melalui agihan perbelanjaan dengan betul.
 
Ini semua terjadi hasil khidmat nasihat pengurusan kewangan oleh seorang perunding kewangan.

wasap.my/601159192611/perundingrisiko

Hubungi kami untuk maklumat pendaftaran wakil.

Leave a Reply