Falsafah iTQan.
ITQAN bermaksud cemerlang.
Kejayaan adalah hasil daripada mengamalkan tabiat hidup yang cemerlang.
Tabiat hidup cemerlang akan terhasil melalui latihan mengamalkan sikap hidup yang cemerlang secara berulang-ulang dan berterusan sehingga kecemerlangan menjadi habit.
Kemahiran perlu di asah dengan ilmu, maklumat, cara fikir yang betul dan aktiviti yang dipantau oleh mentor yang berjaya mengubah hidupnya.
Jika ada mempunyai wawasan dan impian hidup yang hebat, sanggup belajar dan berlatih, sanggup bersabar menghadapi kelemahan diri dan cabaran dalam industri ini anda akan berjaya dalam kumpulan ini.
Alitqan Wealth Resources (UA0015125-T), adalah agensi yang dimiliki oleh Annuar bin Salleh, Pengarah Agensi yang mewakili Etiqa General Takaful dan Etiqa Family Takaful. Tugas agensi adalah melakukan pengambilan wakil-wakil baru untuk mewakili Etiqa Famili Takaful. Annuar Agency adalah dibawah Danial Group Agensi.
Kami juga menyediakan modul program latihan industri untuk pelajar-pelajar kolej dan IPT Awam juga Swasta. Modul-modul yang ditawarkan adalah membina tabiat keusahawan; melalui membina visi, misi, plan strategik kewangan diri dan perniagaan, kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam perniagaan dan keusahawan.
Kejayaan kami apabila berjaya membimbing para wakil megubah cara fikir, cara bertindak dan mula melakukan proses kejayaan dengan yakin. Tanpa keyakinan terhadap masa depan yang gemilang setiap usahawan akan gagal. Kami tahu kejayaan bukan belaku sekelip mata tetapi setelah berusaha dengan betul, tepat dan berterusan. Kami akan menyedarkan potensi diri yang ada dalam setiap mereka yang bersama kami, mengenalpasti kekurangan yang perlu diperbaiki, menanamkan impian yang mereka boleh lakarkan, menggilap segala potensi dan menunjukkan masa depan yang cerah yang mereka boleh capai.
Selepas lebih 20 tahun dalam industri penasihat kewangan takaful ini, kami tahu bagaimana membimbing anda mencapai impian anda.
Visi
Membantu Malaysia Menjadi Negara Unggul Yang Berteraskan Ekonomi Islam Tahun 2040.
Melalui penubuhan satu cawangan di setiap negeri.
MISI
Mencapai misi satu keluarga satu profile kewangan yang komprehensif
Agensi Pengurusan Kewangan Komprehensif; pelaburan, pengurusan risiko kewangan dan real estate management.
Melahirkan 1000 penasihat kewangan professional menjelang 2040
BUDAYA
Professional
Lebihan nilai
Kekeluargaan
Efisyen
Tegar
Kata-kata motivasi.
Setiap pekerjaan bergantung dengan niat dan setiap orang akan memperolehi apa yang diniatkan
Maksud Hadis, riwayat Amirul Mukmini Umar alKhattab.
Kemiskinan bukan kemiskinan harta tetapi kemiskinan impian.
Syaikh Ekrima Sa’id Sabri, mantan Mufti al-Quds.

Aku sentiasa bersama sangkaan hambaKu terhadapKu. Jika baik maka baiklah jika buruk maka buruklah..
Maksud Hadis al Qudsi.
PENGARAH AGENSI
ANNUAR BIN SALLEH
B.A Syariah Universiti al-Azhar, Mesir.
Menjadi perunding kewangan takaful sejak tahun 2000
Menjadi Pengarah Agensi Takaful Nasional tahun 2009.
Pengarah Agensi Etiqa Family Takaful hingga sekarang
Alitqan Wealth Resources (UA0015125-T)





