Plan Persaraan

Setiap orang tahu beliau memerlukan dana yang mencukupi apabila bersara. Tetapi berapakah nilai dana yang mencukupi untuk mula bersara dan bagaimanakah untuk mendapatkannya?.

Pertama: Apakah gambaran kehidupan yang menjadi impian anda ketika bersara?

Kedua: Tentukan bilakah anda ingin bersara? Dan berapa lamakah tempoh daripada tarikh hari ini sehingga tarikh persaraan anda?

Ketiga: Apakah objektif specifik yang ingin ada capai semasa bersara?

Kempat: Apakah strategi terbaik untuk mencapai objektif anda?

Ahmad Albab berusia 25 tahun baru mendirikan rumahtangga dan mempunyai impian persaraan yang hebat. Beliau ingin bersara diusia 45 tahun dan ingin menghabiskan sisa umurnya menjadi pendakwah sepenuh masa sebagai penulis buku, penceramah dan penymbang dana kepada kerja-kerja kebajikan. Beliau ingin memiliki sebuah rumah agam disebidang tanah yang dikelilingi pohon-pohon buah-buahan dan kolam ikan air tawar. Sebagai sumber pendapatan alternatif beliau ingin memiliki sebuah rumah kedai 3 tingkat untuk dijadikan pendapatan bulanannya melalui sewaan. Beliau juga ingin memiliki dana yang mencukupi untuk menampung kos rawatan kesihatannya sekiranya beliau dan isteri ditimpa musibah penyakit kritikal diusia persaraan. Untuk memudahkan urusan hariannya beliau ingin menggaji seorang pemandu, seorang pembantu rumah dan seorang tukang kebun semasa persaraannya.

Ahmad juga ingin mempunyai sekurang-kurangnya 7 orang anak dan mendapat pendidikan diperingkat ijazah dengan biayaannya sendiri disamping wang permulaan untuk hidup bernilai RM100,000 setiap seorang.

Bagaimanakah untuk membantu Ahmad Albab merealisasikan impiannya?.

Berapakah aliran tunai sebulan diperlukan Ahmad apabila beliau bersara kelak?

1. Ahmad memerlukan kos sarahidup keluarganya daripada sekarang sehingga meninggal dunia.

2. Ahmad memerlukan dana untuk mebayar gaji 3 orang pembantunya semasa bersara.

3. Ahmad memerlukan dana perubatannya dan isteri.

4. Ahmad memerlukan dana untuk memiliki sebidang tanah, kos untuk membina sebuah rumah dan keperluan landskap rumah agamnya.

5. Ahamd memerlukan dana untuk memilki sebuah rumah kedai 3 tingkat dikawasan yang berpotensi menjana pendapatan pada masa akan datang.

6. Ahmad memerlukan simpanan tunai berjumlah RM700,000 untuk anak-anaknya.

7. Ahmad juga perlu menabung untuk pendidikan anak-anaknya.

Cadangan objektif kewangan untuk Ahmad,

1. Beliau perlu membeli sebidang tanah seluas seekar untuk tujuan penginapan semasa persaraan.

2. Beliau perlu membeli sebuah rumah kedai 3 tingkat dilokasi yang boleh menguntungkan 20 tahun akan datang seboleh-bolehnya bedekatan dengan rumah persaraannya.

3. Membuat perlu tabungan dan pelaburan yang boleh menjana RM700,000 dalam tempoh 20 tahun.

4. Memiliki plan takaful pendapatan dan kesihatan bernilai RM1.4 juta. untuk dirinya

5. Memiliki plan takaful perubatan untuk isterinya.

6. Dana sarahidup mencukupi andainya projek rumah kedainya menghadapi kegagalan.

7. Dana pendidikan anak-anaknya.

Kos-kos yang diperlukan:

1. Kos seekar tanah pertanian di daerah Mantin Negeri Sembilan RM300,000 seekar.

Dengan kadar keuntungan bank 7% bayaran balik selama 20 tahun adalah RM3000 sebulan.

2. Kos rumah kedai 3 tingkat di pekan Pantai, Mantin RM300,000 sebuah.

Dengan kadar keuntungan bank 4% bayaran balik selama 20 tahun adalah RM2250 sebulan.

3. Untuk memiliki wang tunai sebanyak RM700,000 selepas 20 tahun beliau perlu menabung sebanyak RM 1760 sebulan dalam institusi kewangan yang memberi keuntungan 5% setahun.

4. Andainya rumah kedai tidak mampu menjana pendapatan beliau memerlukan sebanyak RM 1,700,000 semasa bersara, untuk itu beliau perlu menabung sebanyak RM6800 sebulan diinstitusi yang memberi dividen 5% setahun. Dengan dana ini beliau mampu menggunakannya sebagai perbelanjaan hidup sebanyak RM7,000 sebulan.

5. Beliau juga memerlukan plan takaful sekurang2nya RM700,000 dengan fasiliti takaful perubatan sebanyak RM400k sehingga usia 75 tahun dengan sumbangan RM1400 sebulan untuk dua orang.

6. Beliau juga perlu manabung untuk dana pendidikan anak-anaknya dengan plan takaful pendidikan sebanyak minima RM300 setiap orang setiap bulan.

Maka Ahmad Albab memerlukan dana sebanyak RM15,000 – RM20,000 sebulan termasuk kos sarahiudup semasanya. Bolehkan beliau memiliki pendapatan sebanyak itu diusia 25 tahun?

Leave a Reply