Ketenangan hidup dalam keselesaan atau keributan hidup dalam mengejar impian kadang-kadang menjadikan kita lupa satu perkara; iaitu bahawa kita pasti akan disoal oleh Allah tentang segala nikmat yang telah kita kecapi di dunia ini.
ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ (102:8)
102:8 (Malay) kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).
Nikmat yang kita kecapi adalah amanah Allah. Setiap nikmat perlu digunakan secara terbaik, pada tempat yang terbaik dan untuk mencapai matlamat terbaik.
Kita dianugerahkan nikmat kehidupan, usia muda, kesihatan, pancaindera, makanan, udara, ilmu harta dan sebagainya yang tidak akan mampu ditulis dalam lembaran yang kecil ini.
Malah sekiranya lautan menjadi tinta dan digunakan untuk menulis segala kalimah-kalimah Allah yang semuanya memberi kebaikan kepada manusia nescaya akan keringlah semua lautan.
Untuk memastikan segala nikmat ini digunakan dengan cara yang terbaik, kita perlu membuat perancangan yang teliti dalam menguruskan penggunaan semua nikmat ini agar ia boleh memberi manfaat yang hebat kepada kehidupan dunia dan akhirat.
وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (99:8)
99:8 (Malay) Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.
Termasuk dalam pengurusan nikmat adalah pengurusan kewangan.
Apakah perbelanjaan wajib, sunat, makruh, haram dan harus? Dimanakah anda membelanjakan kewangan anda? Bagaimana jika setiap hari anda berbelanja terhadap perkara harus sedangkan masih ada perbelanjaan wajib yang belum anda tunaikan?
Bagaimana dengan risiko kewangan? Apakah yang dimaksudkan dengan risiko kewangan? Apakah strategi terbaik untuk anda menghadapinya atau mengatasinya? Apakah peluang terbaik yang ada dipasaran hari ini yang anda mampu ambil tindakan wajar?
Jika anda berhajat untuk mendapat khidmat nasihat mengurus kewangan anda secara percuma, kami sedia membantu.

