Walaupun DEB berakhir tempoh matlamat untuk menjadikan masyarakat bumiputra memiliki 30% kekayaan negara gagal.!! 70% kekayaan negara dimiliki orang luar yang datang ke Malaysia sejak sebelum merdeka.
Sebagai seorang individu anda tidak boleh menyerahkan nasib dan masadepan anda kepada orang lain. Masa depan anak cucu anda juga berada ditangan anda. Jika anda tidak mengubah cara menambahkan pendapatan anda, pendapatan anda tetap akan sama seperti tahun-tahun lalu. Cara lama akan menghasilkan pendapatan lama. Jika anda mengubah cara baru kemungkinan pendapatan anda akan berubah.
Perubahan diri anda bermula dengan apa yang ada fikirkan, bagaimana anda fikirkan dan bagaimana anda melakukan usaha untuk merealisasikan apa yang anda fikirkan.
Jika anda tidak pernah terfikir untuk memiliki harta bernilai jutaan ringgit anda tidak akan berfikir bagaimana untuk memilikinya. Jika anda tidak berfikir bagaimana untuk mendapatkannya anda tidak akan melakukan sesuatu untuk mendapatkannya. Anggota badan anda hanyalah tentera kepada hati anda. Hati anda menunggu apa yang anda putuskan. Keputusan anda berasas apa yang anda fikirkan. Fikiran anda akan buntu jika anda tidak menemui mentor, penasihat dan pembimbing yang betul.
Dalam industri kewangan yang menjadikan poembangunan agensi sebagai pra syarat kejayaan, maka anda akan dilayan dengan terbaik kerana kejayaan anda adalah syarat kejayaan sebuah agensi.
Marilah bersama-sama kami untuk membina impian, anda akan belajar berfikir dengan betul, belajar membuat plan perniagaan yang betul, belajar konsep kewangan Islam dan perancangan kewangan yang betul, belajar memahami bagaimana industri ini tidak memerlukan modal tetapi boleh menjadikan anda seorang jutawan.

