Pengurus Jualan Di Perlukan

PENGURUS DIPERLUKAN

30 sehingga 80 tahun yang lalu ketika insurance hayat diperkenalkan ia tidak menjadi pilihan umat Islam kerana insuran hayat adalah haram menurut fatwa ulama sama seperti riba bank yang lain. Kesannya hanya 10 % daripada manfaat kewangan insuranc dan takaful dituntut oleh bangsa Melayu mengikut data tuntutan tahun lalu. Dengan kata lain keluarga bangsa Cina dan India lebih mampu bersaing dengan bangsa Melayu akibat musibah yang menimpa penaggung kewangan keluarga mereka.

Sejak akta takaful diwujudkan pada 1984 hingga hari ini kesedaran masyarakat Islam khususnya bangsa Melayu mengenai perancangan kewangan Islam yang lengkap dan menyeluruh masih rendah.

Data juga menunjukkan hanya 7% daripada 30 juta rakyat Malaysia memiliki plan takaful atau insurance manakala bakinya berjumlah 93% lagi belum memiliki plan takaful dan insuran. Dengan kadar kelahiran tahunan melebihi 600,000 kelahiran setahun menjadikan industri ini cukup berdaya saing dan mampu menjana pendapatan tinggi kepada pengusahanya.

Walaupun Malaysia memiliki lebih 20 syarikat insuran dan takaful dengan jumlah penasihat kewangan melebihi 20,000 orang masih belum mampu menguasai pasaran masyarakat yang luas. Negara memerlukan nisbah 1:500 atau seorang penasihat kewangan sepenuh masa untuk 500 orang dewasa di Malaysia bagi menjadikan Malaysia mampu memastikan rakyat memiliki pemikiran kelas pertama dalam pengurusan kewangan dalam menghadapi cabaran negara maju berpendapatan tinggi.

Kerajaan mensasarkan menjadi negara maju berpendapatan tinggi tahun 2020 dan ini memerlukan anjakan paradigma dalam kepada cara masyarakat menguruskan kewangan mereka. 20 tahun akan datang kemungkinan untuk mendapat pinjaman pendidikan tinggi semakin mencabar dan kos rawatan perubatan semakin tinggi yang kemungkinan subsidi perubatan terpaksa ditarik balik.

Penubuhan hospital-hospital dan pusat pendidkan swasta sebagai sumber pendapatan dalam sektor perlancungan negara akan memberi kesan kepada masyarakat yang tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk kos pendidikan dan kesihatan mereka. Realiti ini menuntut masayarakat bersedia dengan plan pendidikan dan perubatan yang mencukupi.

Seorang penasihat kewangan adalah seorang usahawan yang mengurus sendiri perniagaan dan jualannya secara independent.

DAILY JOB SCOPE & KPI

Tugas harian seorang pegurus jualan dalam industri kewangan, 80% masanya adalah kerja-kerja pejabat dan 20% kerja bertemu bakal pelanggan.

Dalam bidang jualan anda perlu melakukan 5 perkara secara tertib untuk melayakkan anda mencapai “goal” yang anda sasarkan. “Close deal” adalah sasaran yang anda tentukan. Sekiranya anda memerlukan satu jualan sehari anda perlu memulakan hari anda dengan membuat 30 panggilan telefon daripada 300 nama prospek yang berkualiti yang telah anda senaraikan.

Daripada 30 panggilan telefon anda akan mendapat 5 temujanji sehari dalam kalendar harian anda. Tentukan masa dan tempat yang ingin anda lakukan temu janji dengan prospek anda. Cari prospek-prospek yang boleh anda temui di masa dan tempat yang anda telah tentukan.

Setelah siap temujanji buatlah persediaan untuk bertemu dengan prospek anda sama untuk membuat kajian keperluan pelanggan atau untuk membuat pembentangan cadangan yang telah anda sediakan untuk bakal prospek anda.

Sekiranya anda berja membuat pembentangan idea anda kepada 3 orang prospek setiap hari anda berkemungkinan besar mendapat antara 1 hingga 5 jualan sehari.

Ini bermakna anda mampu menjana pelanggan baru kepada syarikat seramai 20 orang sebulan dan 240 orang setahun.

Minima pendapatan bulanan anda akan mencecah RM6000 sebulan pada bulan ke 13 anda menyertai industri ini atau dengan kadar kenaikan pendapatan RM500 sebulan.

Jika anda seorang yang berwawasan tinggi, sanggup belajar, berdisiplin dan bekerja kuat sila hubungi kami. 0193800543.

Leave a Reply