Ramai orang impikan kebebasan kewangan atau financial freedom . Apakah itu? Kenapa anda perlu memiliki kebebasan kewangan? Bolehkah setiap orang memiliki kebebasan kewangan? Bilakah sepatutnya anda perlu memiliki kebebasan kewangan? Berapakah jumlah harta yang diperlukan untuk mencapai kebebasan kewangan? Apakah aset yang boleh menjana kebebasan kewangan? Tahukah anda bahawa anda boleh memiliki kebebasan kewangan tanpa modal? Bagaimanakah caranya?
Kebebasan kewangan adalah satu pencapaian yang diimpikan dalam hidup, apakah syarat-syaratnya? Bolehkah orang biasa memenuhi syarat-syarat tersebut? Adakah syarat tersebut perkara yang mustahil?
Jika ada yang sudah memiliki kebebasan kewangan di usia 30an adakah anda mampu memilikinya? Apakah perbezaan anda dengan mereka yang telah berjaya merealisasikan impian memiliki kebebasan kewangan di usia muda?
Semua jawaban kepada soalan-soalan ini, sudah tidak menjadi rahsia lagi. Tunggu kelahiran buku 4 Aset Jana Kebebasan Kewangan Pada Usia Muda untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

