Pengenalan Industri Penasihat Kewangan

4-aset-2

Gambar Hiasan.

Malaysia mempunyai lebih 30 juta penduduk, 60% adalah bumiputra. Daripada jumlah ini hanya 51% penduduk telah memiliki perancagan kewangan yang baik khususnya memiliki pelan perlindungan insurans atau takaful. Daripada jumlah keseluruhan pemilik polisi perlindungan insurance dan takaful hanya 11% adalah milik golongan bumiputra.

Dengan kelahiran baru melebihi 600,000 setahun menjadikan prospek pelanggan dalam industri kewangan takaful dan insurance masih terlalu luas. Industri ini masih memiliki pasaran pelanggan yang luas di Malaysia namun yang paling istimewa ialah industri perancangan kewangan khususnya takaful boleh di kembangkan sehingga keluar negara selagi syarikat yang di sertai memiliki cawangannya di luar negara.

Apakah industri penasihat kewangan?

Setiap orang memerlukan pendapatan berterusan untuk menyara kehidupan, memiliki dana mencukupi untuk menanggung kos perubatan, dana mencukupi untuk menyara kehidupan semasa bersara, dana mencukupi untuk membiayai kos pendidikan tinggi anak-anak dan lain-lain objektif seperti dana majlis perkahwinan anak2, menunaikan haji, melancung, melakukan sedekah jariah dan menyediakan modal perniagaan untuk anak-anak.

Industri penasihat kewangan adalah, menasihati bakal pelanggan untuk membuat perancangan kewangan yang betul dan menasihati bakal pelanggan untuk mengambil peluang  mememanfaatkan instrumen kewangan yang ada di pasaran bagi memenuhi keperluan dan objektif kewangan mereka.

Penasihat kewangan adalah seorang yang terlatih dalam mengenalpasti keperluan kewangan seseorang pelanggan, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kewangan sedia ada, menyusun strategi kewangan yang betul dan meletakkan keutamaan perbelanjaan berasaskan keperluan sebenar dan kemahuan.

Strategi kewangan.

Terdapat dua strategi kewangan yang penting iaitu; memiliki dana yang mencukupi untuk kehidupan sekarang hingga bersara dan bagi melangsaikan hutang-hutang jika ada. Jika dana tersebut tidak mencukupi, strategi yang tepat adalah memiliki plan takaful yang boleh mendanai segala keperluan tersebut jika ditimpa musibah kematian atau hilang upaya kekal.

Strategi kedua adalah mengembangkan aset yang ada dengan menyimpan atau melabur untuk menjana kewangan bagi mencukupi keperluan semasa persaraan.

Langkah-langkah membuat perancangan kewangan.

  1. Mengumpul data kewangan, seperti pendapatan, perbelanjaan, harta, simpananan yang ada dan beban hutang yang masih berbaki.
  2. Mengira jumlah kos sarahidup yang diperlukan dalam masa setahun dan jumlah keseluruhan yang diperlukan sehingga bersara.
  3. Mengira baki hutang yang masih ada.
  4. Mengira nilai harta tidak alih, harta alih, nilai polisi insurance atau takaful sedia ada.
  5. Menentukan objektif kewangan semasa bersara dan jumlah dana yang diperlukan.
  6. Kira kos perlindungan dana sara hidup dan hutang sekarang sehingga bersara (liabiliti)
  7. Kira kos harta dan di tolak dengan liabiliti, jika ada baki, maka baki tersebut perlu dilindungi dengan takaful.
  8. Guna wang baki perbelanjaan bulanan untuk membiayai polisi takaful secukupnya barulah dana yang lebih di peruntukkan untuk pelaburan bagi mencapai matlamat persaraan.
  9. Jika simpanan dalam akaun takaful dan pelaburan tidak mampu menjada kewangan yang mencukupi untuk keperluan persaraan, gunakan produk takaful yang boleh mencapai sebahagian matlamat kewangan samasa bersara seperti kos perubatan dengan menyertai plan perubatan takaful.
  10. Belajar kemahahiran-kemahiran baru yang boleh menjana pendapatan tambahan seperti berniaga, menjadi wakil-wakil takaful, unit amanah dan sebagainya.

Kerjaya Sebagai Perunding Takaful.

Tugas perunding takaful adalah menasihati bakal pelanggan seperti langkah-langkah di atas dan menawarkan produk takaful yang bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan bakal pelanggannya.

Apabila pelanggan bersetuju dengan plan takaful yang dicadangkan dan memilih mana-mana produk yang sesuai yang di tawarkan, perunding kewangan takaful akan di bayar upah oleh pihak takaful berasaskan jumlah yang dipersetujui.

Kerjaya Sebagai Perunding Amanah Saham.

Jika takaful bertujuan melindungi kewangan pelanggan supaya keluarga pelanggan akan sentiasa memiliki dana sarahidup daripada sekarang sehingga mereka dewasa dan mampu berdikari. Unit saham amanah adalah instrumen kewangan yang menjana pendapatan untuk tujuan persaraan.

Perunding Unit Amanah akan mengenalpasti keupayaan pelanggan terdedah dengan risiko pelaburan dan mencadangkan produk pelaburan yang sesuai dengannya.

Pendapatan Penasihat Kewangan.

Penasihat kewangan adalah berada dikedudukan yang mendapat pendapatan tertinggi di dunia. Rekod pendapatan tertinggi dalam industri insurance dan takaful adalah RM4 juta sebulan di Indonesia dan RM2 juta sebulan di Malaysia. Seseorang penasihat takaful yang bekerja secara sepenuh masa mampu menjana pendapatan RM10,000 sebulan selepas 10 bulan menjadi perunding kewangan takaful secara professional.

Leave a Reply