Mana Penting: Simpan Untuk Persaraan atau Bersedia waktu Kecemasan?

bedah

Ada orang langsung tidak berfikir  untuk menabung. Gaji setiap bulan dihabiskan sebelum hujung bulan. Ada pula yang melabur dalam pelbagai pelaburan untuk bekal hari persaraan. Membeli emas, melabur di ASB, melabur di unit saham amanah, melabur dengan kawan-kawan yang berniaga, melabur dalam koperasi, melabur di Bursa Malaysia sehinggalah menyimpan di tabung haji.

Data menunjukkan 50% rakyat Malaysi ada mengambil perlindungan insurance atau takaful. Daripada 50% tersebut hanya 7% adalah bumiputra. Hari ini semua syarikat-syarikat insurance memiliki lesen takaful kerana market umat Islam yang luas yang belum di sentuh.

Bersedia untuk hari persaraan penting namun menyediakan payung untuk waktu-waktu kecemasan lebih penting.

Bagi golongan muda, baru mula berkerja mereka memiliki bebanan yang berat. Beban untuk melunaskan hutang belajar, hutang kereta, hutang perkahwinan, hutang ubahsuai rumah, hutang perabut rumah juga keperluan sarahidup sebelum simpanan kewangan atau aset yang menjana wang menjadi matang.

Perancangan kewangan yang betul adalah bersedia ketika ditimpa keadaan yang terburuk. Fikirkan; jika diusia muda, ketika bebanan hutang masih berjumlah ratusan ribu, ketika simpanan hanya beberapa ribu anda diuji dengan kemalangan, diuji dengan penyakit kritikal, diuji dengan hilang upaya kekal; siapakan pada waktu itu yang ingin anda letakkan bebanan hutang-hutang dan kos sara hidup diri dan keluarga anda.

Sepatutnya anda mulakan perancangan kewangan dengan mengira seluruh beban hutang yang dibayar secara beransur-ansur dan keperluan kos sarahidup daripada sekarang sehingga bersara. Seluruh jumlah itu adalah tanggungjawab anda yang perlu disediakan. Hanya satu strategi yang perlu anda bertindak hari ini, iaitu mengambil plan takaful yang mampu melindungi semua keperluan tersebut.

Jika keseluruhan hutang anda adalah RM100,000 dan akan tamat 10 tahun akan datang. Kos hidup anda RM4000 sebulan, RM48,000 setahun maka untuk tempoh 40 tahun anda memerlukan lebihRM1.9 juta. Keperluan hidup anda akan semakin bertambah disebabkan inflasi dan pertambahan ahli keluarga. Bebanan keperluan anda selama 40 tahun sebelum bersara adalah RM2 juta. Jika anda memiliki perlindungan sebanyak RM2 juta adalah terbaik, tetapi jika kewangan anda tidak mengizinkan anda perlu memiliki perlindungan sekurang-kurangnya RM500,000.

Setelah anda melindungi keperluan tersebut barulah anda merancang keperluan persaraan. Jika perlindungan takaful anda sehingga umur 88 tahun dan anda menjangkakan anda mampu berkerja sehingga usia 65 tahun maka usia persaraan anda bermula diumur 65 hingga 88.

Semasa bersara anda mungkin telah memiliki sebuah rumah, kenderaan dan sudah tidak memiliki bebanan hutang. Anda hanya memerlukan kos sarahidup, keperluan untuk melancung dan dana kesihatan. Jika anda telah bersedia dengan kad perubatan yang menanggung pembiayaan perubatan anda sehingga umur 70 anda tidak perlu bimbang mengenai kos perubatan anda.

Apa yang anda perlu rancang adalah untuk memiliki pendapatan tetap semasa bersara. Mungkin melalui dividen pelaburan, komisyen aset intelektual anda, syer dalam perniagaan yang anda bina atau kutipan sewa daripada aset hartanah anda.

Jika anda perlukan nasihat kewangan percuma untuk merancang kewangan anda saya bersedia membantu. 0193800543.

Leave a Reply