Financial Freedom

IMG-20141015-WA0010

Kebabasan kewangan tercapai apabila anda bebas untuk berbelanja tanpa terikat dengan bebanan hutang. Fenomena hidup dibelengu hutang bukanlah carahidup terbaik. Malah rasulullah s.a.w. menganjurkan umatnya agar bebas daripada hutang dan bebas daripada dikuasai oleh pemberi hutang. Namun zaman ini amat sukar kepada setiap kita untuk bebas daripada hutang kecuali setelah mencapai status ” financial freedom”, bebas daripada hutang dan memiliki harta yang menjana pendapatan dengan sendirinya.

Bermula daripada hutang pendidikan tinggi, hutang kenderaan, hutang kos perkahwinan, hutang rumah, hutang pembiayaan perniagaan hinggalah hutang peribadi bagi membuat ubahsuai rumah, kos rawatan penaykit kritikal dan sebagainya.

Sebagai seorang Islam kita diajar bahawa seorang yang mati syahid juga tidak akan terlepas dengan bebanan hutang pada hari kiamat kelak.

Bermula berumur 25 tahun kebanyakan graduan akan mula melunaskan hutang-hutang mereka secara berjadual, kemudian akan berhutang bagi membeli kenderaan, rumah dan sebagainya. Apabila berkahwin kaum lelaki perlu menyediakan nafkah sarahidup, rumah, kenderaan, bil-bil, anak-anak dan juga membayar hutang.

Sekiranya kos sarahidup berjumlah RM2000 sebulan maka beliau perlu menyediakan sebanyak RM24,000 setahun. Jika tempoh pembangunan harta memerlukan 20 tahun untuk memiliki status ” Financial freedom” maka beliau memerlukan RM480,000 untuk kos sarahidup dalam tempoh tersebut.

Bagaimana sekiranya beliau ditimpa kemalangan, membawa kepada maut, hilang upaya kekal atau ditimpa penyakit kritikal, siapakah yang akan diharapkan menyumbang RM2000 sebulan kepada anak dan isterinya. Siapa pula yang akan melunaskan kesemua hutang-hutangnya?

Antara harta yang boleh menjana pendapatan ialah harta yang berupa rumah atau kedai yang sudah 100% dibayar dan menjadi punca pendapatan melalui sewa, perniagaan yang boleh diwariskan kepada waris dan saham jutaan ringgit yang menjana dividen tinggi yang dapat menanggung  segala kos yang diperlukan. Namun setiap kita mungkin memerlukan antara 10 hingga 30 tahun bagi memiliki kebebasan kewangan.

Sebab itulah sistem perlindungan takaful diwujudkan supaya menjadi peluang kepada masyarakat bertolong menolong sesama mereka bagi membantu kewangan peserta yang ditimpa musibah.

Sekiranya seseorang peserta mengambil perlindungan berjumlah RM1,000,000 dan dengan sebab beliau ditimpa musibah membawa kepada lumpuh seluruh anggota maka keluarganya akan mendapat pampasan sebanyak RM1,000,000 dan mencapai kedudukan Financial Freedom.

Masa ini masyarakat jarang menawarkan diri untuk menyertai takaful tetapi menunggu-nunggu wakil takaful menemui mereka. Namun ajal maut tidak menunggu mereka.

 

 

 

 

Leave a Reply