Sekarang terlalu ramai jumlah penganggur. Ramai graduan institusi pendidikan gagal mendapat pekerjaan walaupun puas menghantar permohonan dan resume. Tidak kurang juga yang telah menghadiri pelbagai temuduga tetapi belum ditawarkan apa-apa jawatan. Sebaliknya rakyat warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Pakistan dan sebagainya apabila berjaya memasuki Malaysia mereka tidak akan pulang lagi ke negara mereka. Malaysia adalah ibarat lubuk emas kepada mereka.
Ada yang bermula sebagai buruh ditapak pembianaan, diladang dan sebagainya tetapi kini ada yang memiliki pelbagai perniagaan dan memperolehi pendapatan ribuan ringgit sehari. Mereka tidak memilih pekerjaan, rajin dan berjimat cermat.
Benarlah firman Allah : ” Bukankan bumi Allah ini luas, maka berhijrahlah”.
Rakyat Malaysia tidak perlu berhijrah ke mana-mana kerana pelaung pekerjaan masih lumayan sekiranya mereka sanggup melakukannya. Bidang pemakanan, pakaian, kecantikan, kesihatan, perkhidmatan, pengangkutan dan sebagainya adalah bidang yang sentiasa diperlukan orang ramai dalam keadaan gawat mahaupun sebaliknya.
Ada orang hanya membekalkan kuah karipap sahaja telah berjaya mengaut pendapatan seribu ringgit sebulan. Ada yang membekalkan kuih lapis, ada yang membekalkan pulut panggang, ada yang membekalkan nasi lemak malah ada yang membekalkan pengat pisang. Belum lagi yang menjual mee goreng, burger dipasar-pasar malam. Ikan, daging dan ayam.
Perniagaan tidak akan menghampakan sesiapa yang menceburkan dirinya di dalam bidang ini. Apabila rakyat Malaysia meninggalkan bidang-bidang ini, golongan yang mendatang mengisi kekosongannya.
Punca sebenarnya bangsa Melayu menjauhi perniagaan adalah kerana tidak pernah mencuba, tidak berpengalaman, tidak tahu dimana hendak bermula, tiada modal ditambah dengan perasaan malu yang tidak bertempat.
Mungkin sejak menduduki pusat pengajian telah terpahat di dalam minda niat dan hasrat untuk makan gaji apabila tamat pengajian. Mungkin juga itulah yang di dondangkan oleh ibu bapa sejak kecil.
Apapun sebabnya kita perlu berubah. Kita perlu memilih kerjaya perniagaan sebagai pilihan utama dan mula menjinak-jinakkan diri dengan alam perniagaan sejak kecil.
Perancangan kewangan, wakil takaful dan pelaburan adalah sebuah perniagaan. Keusahawan yang memerlukan perubahan minda, perubahan sikap, perubahan tabiat hidup dan kemahuan yang membakar. Kejayaan akan diperolehi apabila anda memiliki ilmu dan maklumat yang betul, membina kemahiran-kemahiran jualan tertentu dan bertindak dengan efisyen.
Tidak semua kejayaan datang bergolek tetapi sudah menjadi lumrah hidup setiap kejayaan memerlukan usaha gigih, pengorbanan dan mengambil masa untuk berjaya. Bezanya di dalam industri takaful anta tidak perlu bimbang kerugian modal kerana tiada modal yang diperlukan.
