Perubahan Keyakinan

Allah mengkhabarkan bahawa untuk mengubah kelemahan manusia adalah dengan mengubah “dalaman” mereka. Manusia ada unsur luaran dan ada unsur dalaman. Unsur luaran yang boleh disentuh adalah unsur bumi. Unsur bumi hanyalah kerangka yang menjadi tempat tumpangan diri manusia. Diri manusia bersifat spritual, kerohanian tidak akan mati sejak ia diciptakan sehinggalah kiamat.

Sejak Allah menciptakan jasad Adam dan ditiupkan ke dalan jasad Adam ruhnya, semua identiti kerohanian manusia telah di ciptakan Allah dan telah melakukan aku janji di sisi Allah dan mengiktiraf Allah sebagai tuhan.

Diri rohani adalah identiti sebenar seorang manusia. Rohanilah yang merasa nikmat, seronok, gembira, bahagia, sakit, demam, sedih, tertekan, celaru, ragu-ragu dan sebagainya. Anggota badan hanya bergerak mengikut kehendak kerohanian manusia.

Sebab itu Allah tegaskan bahawa perubahan luaran manusia bermula dengan mengubah dalaman mereka. Allah mengubah masyarakt Quraisy dengan mengubah kepercayaan mereka, mengubah cara fikir mereka, mengubah neraca timbangan mereka, mengubah nilaian mereka, mengubah akhlak mereka, mengubah sikap mereka dan mengubah tabiat hidup mereka.

Perubahan manusia kepada kebaikan bermula dengan perubahan kefahaman dan keyakinan, perubahan kemahuan dan kehendak, perubahan sikap dan tabiat hidup barulah berubah keadaan luaran manusia dan tamaddunnya.

Cuma hidup ini satu ujian, akan ada pertembungan antara kehendak Allah dan kehendak Iblis. Masing-masing mempunyai tenteranya di kalangan manusia.

 

 

Leave a Reply