Source: Join My Group

Source: Join My Group

Semasa aidil fitri saya sempat berjumpa dengan beberapa orang pemuda yang baru tamat pengajian di university. Mereka sudah sedar bahawa sudah ramai generasi muda menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan ada dalam kalangan mereka yang mempunyai teman sekolah yang sudah bergelar jutawan.
Ada yang ingin berniaga tetapi merasa was-was dengan sistem perbankan yang padanya masih tidak mampu terselamat daripada sistem riba. Ada yang ingin menjadi usahawan tetapi tidak tahu apakah perusahaan yang ingin dipilih dan tidak tahu bagaimana hendak bermula.?
Apabila mereka mengetahui saya terlibat dalam industri perunding kewangan ada yang bertanya apakah cabaran dalam bidang tersebut?. Apapun bidang yang anda pilih anda terlebih dahulu perlu mempersiapkan diri dengan memiliki identiti kelas pertama.
Saya telah huraikan faktur-faktur kejayaan dalam buku 5 Prinsip Kejayaan Identiti Kelas Pertama.

Untuk berjaya sebagai seorang usahawan anda perlu memiliki beberapa perkara, dan antaranya:
Pada saya melakukan usaha dalam bidang yang diminati memudahkan kita berjaya kerana perasaan minat menjadikan pekerjaaan itu satu hiburan. Bagi mereka yang belum memiliki kelayakan dan peluang untuk berjaya dalam bidang yang di minanti perlulah membentuk kelayakan tersebut dan mencipta peluang dalam bidang tersebut untuk diri sendiri.
P/s
Sesiapa yang ingin memiliki buku di atas atau ingin dibimbing menjadi usahawan yang berjaya hubungi saya di talian 0193800543 (khidmat nasihat saya adalah percuma.)
” dan apa jua yang menimpa kamu daripada kesusahan maka adalah disebabkan dosa-dosa yang kamu lakukan namun Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu” Surah Syura ayat 30
Kita umat Muhammad s.a.w. adalah pewaris perjuangan baginda. Kita umat istimewa, umat pertengahan yang diisytiharkan sebagai sebaik-baik ummah. Apakah kita tahu? apakah kita sedar? dan adakah kita telah menunaikan amanah ini dengan betul dan bersungguh-sungguh?
Allah Mahu kita mengharungi perjuangan membawa manusia hanya menjadi hamba kepada Allah dan menegakkan SyariahNya di dunia ini. Tugas kita di akhir zaman ini, sama seperti tugas-tugas yang pernah dilaksanakan oleh nabi dan rasul terdahulu; Nuh, Hud, Soleh, Ibrahim, Lut, Ishaq, Yaakub, Yusuf, Musa, Isa alaihimus salam dan sebagaimana jalan yang ditunjukkan oleh nabi kita Muhammad s.a.w.
Cuma perjuangan kita di akhir zaman ini lebih berat, kerana kita memikul tugas menyediakan tentera Imam al Mahdi untuk menundukkan rejim dajjal yang belum selesai. Tugas kita menjadi berat kerana manusia yang menerima taklimat Iblis lebih bijak, berperancangan dan licik. Strategi Iblis tidak pernah berubah, menghalang manusia daripada beriman kepada Allah dan RasulNya, mengkufurkan orang yang beriman, mendorong mereka terjebak kedalam perkara bidah yang sesat, mendorong mereka terjebak melakukan dosa besar, melalaikan mereka dalam dosa-dosa kecil, membiarkan mereka leka dalam perkara-perkara harus dengan berlebihan dan memastikan mereka hidup bersahaja tanpa perancangan dan tidak jelas agenda yang lebih utama dalam hidup.
Hari ini, Ramadhan datang lagi menjadi tetamu kita. Tetamu yang mengajak kita untuk memperbaiki kesihatan badan, kesihatan minda, kesihatan jiwa, kesihatan sikap dan akhlak melalui memperbaiki hubungan kita dengan Pencipta yang menghantar tetamu ini kepada kita.
Agenda Allah untuk mendidik kita telah di tetapkan; lima kali fardu solat untuk berikrar dan bermunajat dalam sehari semalam. Sekali pertemuan masyarakat bersilaturrahim dan mendengar nasihat dan motivasi perjuangan dalam seminggu dihari Jumaat.
Kini dibulan Ramadhan segala-galanya itu diraikan dengan mengosongkan perut disiang hari, direhatkan anggota penghadaman daripada berkerja sepanjang hari dibulan selain Ramadhan, di lemahkan nafsu syahwat dalam badan supaya kemenangan pertembungan dalam jiwa berpihak kepada dorongan keimanan. Allah juga menambat segala syaitan yang mendorong manusia melakukan kejahatan supaya tidak ada lagi bisikan kejahatan di dalam jiwa yang datang daripada makhluk jin ini. Allah juga memberi motivasi kepada kita untuk memperbanyakkan gerakan anggota zahir dan batin untuk melakukan amal-amal kebajikan supaya jiwa kita mencapai darjat ketakwaan.
Ada yang menerimanya sebagai adat kebiasaan menerima tetamu yang datang setiap tahun, lalu ditunaikan segala kewajibannya sebagai tuan rumah secara biasa. Ada yang meraikannya dengan pelbagai jamuan yang tidak pernah dirasainya sepanjang tahun. Ada yang sudah menyiapkan persiapan untuk meraikan kepulangan tetamu dengan menyediakan persalinan baru kepada seisi keluarga hingga kepada perabut, cat dan langsir rumah.
Makan untuk membolehkan tulang belakang tegak bagi melaksanakan ibadah itu adalah wajib, makan sehingga kenyang itu harus, makan melebihi keperluan badan adalah membazir. Setiap pembaziran sehingga seberat atompun akan dicatat dan ditulis sebagai satu pembaziran. Allah Taala sudahpun ingatkan kita bahawa pembazir adalah saudara syaitan.
Sesiapa yang menunaikan ibadah solat, tilawah al-Quran, bersedekah, saling menasihati dengan kebenaran dan sebagainya pada bulan ini akan merasai kebahagiaan rohani yang tidak dirasainya pada bulan-bulan yang lain. Bulan Ramadhan adalah bulan terbaik untuk kita bermuhasabah bagi mengenal pasti kekurangan diri supaya kita tahu sebab-sebab yang menjadikan kita gagal, lambat berjaya atau tidak berubah ke mana-mana dan memperbaikinya.
Mungkin kita tidak memiliki ilmu yang betul atau pengalaman yang tepat, mungkin kita tidak memiliki sikap dan tabiat yang cemerlang, mungkin juga proses kerja yang kita lakukan tidak konsisten dan tidak efisyen mungkin juga kita tidak tahu langsung ke mana halatuju hidup dan kerja-kerja seharian kita kerana selama ini kita tidak pernah berfikir disebabkan semua jadual hidup dirancang dan disusun oleh orang lain untuk kita atau anda memang tidak pernah berfikir untuk merancang agenda kehidupan di dunia ini. Atau mungkin hidup anda hanya merancang dan berfikir sebuah agenda yang hendak diberikan kepada orang lain, sedangkan anda duduk diawang-awangan jarang mencemarkan duli hidup bersama mereka yang celaru antara menjayakan impian anda dengan kemampuan ilmu, rohani, sikap, tabiat yang mereka ada dan kejelasan peta perjalanan yang mereka miliki.
Kita masih memiliki tanahair dan kuasa politik tetapi kita tidak memilki kekuatan ekonomi, tidak memiliki kekutan sosial dan pendidikan. Generasi belia dan keluarga baru amat lemah hingga umat Islam sudah tidak punya masa lebih untuk berfikir mengenai perjuangan nabi s.a.w. yang belum selesai kerana masih mundar mandir mengejar impian hidup dunia yang belum tercapai. Lebih malang lagi masih ada yang hidup menjadi hamba gaji majikan sedar kais pagi makan pagi.
Dulu penjajah datang menguasai tanahair kita, menggali dan memunggah segala bijih besi, bijih timah, bijih emas bagi membangunkan industri dan mengkayakan dunia mereka. Dulu penjajah membawa masuk pelbagai bangsa untuk menjadi pekerja dalam agenda mereka merampas segala hasil bumi yang tertimbus dan menggondolkan tanah-tanah kita untuk ditanam dengan getah.
Anak bangsa kita dipilih diajar, dilatih dan diberi upah untuk menjadi kerani, pengutip cukai dan penjawat awam bagi memudahkan agenda mereka melakukan rampasan hasilbumi. Apabila kita dibebaskan untuk memerintah sendiri tanahair kita apakah kejayaan yang kita boleh banggakan?
94% bangunan-bangunan yang ada di bandar-bandar kita semuanya milik bangsa-bangsa lain? 60% kekuatan ekonomi bukan milik kita? 40% lebih penguasaan ekonomi bangsa kita adalah milik syarikat-syarikat kerajaan? Daripada puluhan jutawan rakyat negara ini hanya dua tiga orang individu muslim? Kita umat Islam golongan majoriti tetapi siapakah yang menyediakan bekalan makanan, minuman, pakaian, kenderaan kita?
Ramadhan datang lagi, dan kita sambutnya bagai pesta yang diciptakan kepada kita. Apa kita mahu? Ke mana hala tuju kita? Apakah ertinya lailatul qadar kepada kita jika perjuangan kita bukan pada landasan sebenar yang sepatutnya kita gerakkan? Zionis yang menjadi topeng Iblis masih menguasai dunia dan ketawa melihat warisan umat Muhammad yang keliru.

Perunding kewangan takaful bukan seorang jurujual yang menjual ‘airliur’ tetapi kerjaya seorang professional yang memberikan ‘solution’ kepada masalah kewangan pelanggan. Rakyat negara maju akan membuka akaun insurans seperti membuka akaun bank tetapi rakyat negara sedang membangun melihat takaful dan insurans sesuatu yang eksesori bukan keperluan.
Tugas perunding kewangan takaful di negara sedang membangun masih diperlukan kerana ahli masyarakat tidak akan datang ke syarikat takaful untuk mengambil perlindungan takaful kecuali takaful kenderaan.
Maka tugas perunding kewangan takaful adalah:
Berasaskan peranan ini, wakil takaful dibayar upah yang lumayan berbanding professional lain.
Geraduan diploma akan berpeluang mendapat gaji bulanan tidak melebihi RM1500 sebulan. Anda akan mula berkerja pada jam 8 pagi hingga 5 petang 20 hari sebulan. Jika waktu rehat 2 jam bermakna anda berkerja 6 jam dengan bayaran RM12.50 sejam.
Pilihlah untuk mengubah masahadapan dengan mencipta pendapatan tinggi untuk diri anda dan keluarga tersayang. Anda mampu mengubahnya jika anda benar-benar inginkannya.
Dalam industri kewangan ramai yang telah berjaya memiliki pendapatan melebihi 5000 sebulan selepas 10 bulan berusaha secara sistematik.
Anda takut, malau, malas untuk memilih kerjaya ini kerana anda masih mengharapkan pilihan pekerjaan yang lain. Jika orang lain memilih untuk menjadi jutawan diusia 30an kenapa anda tidak bersama-sama mereka?
Semua orang yang berjaya memulakan kerjaya dibidang ini dengan 0% pengalaman, ilmu dan kemahiran. Jika anda mahukan perubahan yang hebat anta perlu berfikir secara berbeza. Orang lain mencari dan menunggu peluang tetapi anda mengambil sikap proaktif dengan mencipta peluang kerjaya untuk anda.
Perunding kewangan adalah peluang untuk anda mencipta kerjaya anda sendiri, anda menjadi usahawan kepada perniagaan anda, anda meletakkan wawasan, misi dan objektif anda sendiri. Anda yang menentukan strategi untuk menjayakan perniagaan anda dan anda bebas menentukan dimana dan siapa yang anda ingin berurusan.
Anda tidak perlu risau kerana bidang ini adalah bidnag yang dipantau dibawah Bank Negara Malaysia. Etiqa Takaful yang saya wakili adalah syarikat terbesar di Malaysia, dan terawal memasarkan produk-produk takaful kepada masyarakat.
Hubungilah saya. Saya akan ‘taklimatkan kepada anda bagaimana anda boleh mendapatakannya’. 0193800543. Annuar
Generasi hari ini tidak boleh lagi memfokuskan ilmu mereka untuk mengisi peluang pekerjaan yang ada, menunggu terlalu lama untuk mendapatkan peluang pekerjaan, tidak boleh lagi mencari-cari dan mengejar peluang kerjaya . Sepatutnya mereka mula mengubah paradigma dengan berfikir menggunakan strategi lautan biru dengan memfokuskan kerjaya mereka kepada mencipta peluang.
Sejak dibangku sekolah mereka perlu di dedahkan dengan sikap-sikap innovasi, berinisiatif dan mencipta sesuatu yang baru yang boleh dijadikan bahan kegunaan masyarakat. Merka perlu memiliki keyakinan diri, berfikiran positif, berdaya kreatif, bersemangat dan tidak mudah putus asa.
Mereka perlu di dedahkan dengan pemikiran strategik, kemampuan menentukan objektif yang betul, berfikir dengan pelbagai dimensi bagi mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu isu. Mereka juga perlu di dedahkan dengan sikap suka berdikari, membantu, berkongsi idea, membuat keputusan berasaskan sebab akibat dan pandangan kehadapan.
Mereka perlu sedar bahawa setiap tahun berlaku kelahiran lebih 600,000 kelahiran baru atau dengan kata lain penambahan penduduk berlaku sebanyak lebih 600,000 orang setahun. Kesemua mereka akan bersaing dalam merebut peluang kerjaya. Ketika itu kecemerlangan akademik bukan lagi ukuran dan jaminan mendapat pekerjaan yang baik tetapi kemungkinan mereka perlu bersaing dengan mencipta peluang kerjaya untuk diri sendiri.
Sesiapa yang mencipta peluang pendapatan dengan cara sendiri tidak akan menghadapi banyak persaingan kerana keunikan kerjayanya.
Wakil takaful diperlukan, anda boleh bekerja sepenuh masa atau separuh masa. Bacalah maklumat mengenai kerjaya perunding kewangan Islam dalam blog ini.
Tabiat menabung untuk keperluan kecemasan, dan hari-hari persaraan amant;lah baik. Ada dikalangan masyarakat menabung di ASB, saham unit amanah, tabung haji dan bank. Namun ramai dalam kalangan ahli masyarakat yang telah berkerja lebih 10 tahun tetapi apabila menyemak baki tabungan di ASB, Unit Amanah dan Tabung Haji akan merasa sedih kerana jumlah tabungan tidak sebagaimana diharapkan.
Bukan kerana tidak mendapat dividen tahunan tetapi kebanyakan tabung-tabung tersebut dikeluarkan untuk keperluan-keperluan tertentu sama ada keperluan terdesak, keperluan eksesori dan sebagainya. Cuba anda sendiri menyemak baki tabungan anda di Tabung haji, bank dan ASB setelah 10 tahun menabung, berapakah jumlah baki yang ada?
Sekiranya sejak sepuluh tahun lalu anda menabung sebanyak RM500 sebulan dan keuntungan dividen tahunan sebanyak 5% maka kini anda akan memperolehi simpanan sebanyak RM75,467. Cuba semak baki simpanan anda, adakah menyamai jumlah ini?.
Anda mungkin terkejut kerana baki tabungan anda tidak seperti angka di atas kerana anda selalu membuat pengeluaran disebabkan keperluan yang tidak disangka-sangka. Sekiranya anda selalu membuat pengeluaran simpanan anda sudah pasti 10 tahun akan datang anda tidak akan mempunyai simpanan yang mencukupi untuk keperluan anda.
Satu langkah yang perlu untuk menyekat anda membuat pengeluaran dengan mudah ialah dengan mencarum di syarikat takaful. Di takaful anda hanya mendapat penyata tahunan dan memerlukan prosedur yang berlainan berbanding simpanan anda di Tabung Haji, Bank dan ASB yang amat mudah untuk membuat pengeluaran.
Sebaliknya di takaful anda perlu pergi kecawangan takaful yang tidaklah sebanyak cawangan tabung haji, bank dan asb untuk proses pengeluaran. Keadaan ini menjadikan anda tidak memilih untuk membuat pengeluaran dan sekiranya simpanan takaful adalah untuk pendidikan anak-anak anda maka hanya anak-anak anda yang berhak dengan wang tersebut.
Dengan membuat tabung pendidikan di takaful anda telah menyediakan kos pendidikan tinggi untuk anak-anak anda pada masa hadapan. Sekiranya anak anda tidak memerlukan wang tunai untuk pedidikan tingginya maka wang itu boleh di simpan untuk tujuan modal perniagaannya atau kos-kos lain yang diperlukan semasa mereka dewasa.
Anda bijak dengan memilih tabung di takaful dengan meletakkan tempoh matang selepas 20 tahun akan datang sebagai contoh, maka anda akan memiliki dana yang mencukupi apabila anda memerlukannya pada masa akan datang.
Sekiranya tidak selepas 20 tahun bekerja dan menabung, mungkin angka yang anda lihat di slip simpanan anda mungkit tidaklah seperti anda harapkan seperti di awal waktu anda mula menabung.
Terdapat sekurang-kurangnya 10 alasan kenapa meiliki plan perlindungan takaful adalah wajib ketas setiap mukallaf yang mampu berusaha.
Satu perkara yang kita imani bahawa ajal maut tidak mengira usia dan sebab. Allah rahsiakannya daripada kita supaya kita bertanggungjawab membuat persediaan. Masyarakat moden hari ini telah menyediakan satu plan tolong menolong sesama manusia melalui takaful untuk menyelamatkan anda daripada meninggal dunia atau lumpuh sebelum sempat melangsaikan hutang.
Anda mungkin berhujah bahawa anda tidak mengambil polisi takaful kerana anda tidak mempunyai wang yang cukup tetapi sudahkan anda menyenaraikan budget yang wajib dan berbelanja ikut kemampuan anda? Tahukah anda bahwa anda perlu mengagihkan minima RM50 sebulan untuk mendapat satu polisi takaful, sekurang-kurangnya untuk persediaan melangsaikan hutang pendidikan anda.
Jika anda tidak membuat perancangan perbelanjaan, budget, menentukan perkara-perkara wajib dalam perbelanjaan dan mendahului yang terlebih utama, maka anda telah melakukan satu kesalahan dalam perbelanjaaan kewangan anda, kerana perkara yang akan dihisab di akhirat ialah mengenai harta anda; daripada mana anda dapat dan kemana anda belanjakan.?
2. Kewajiban Memberi Nafkah.
Sebagai seorang mukallaf anda wajib menyara hidup anda sendiri dan tidak berfikir membebankan orang lain. Sekiranya keperluan hidup anda RM1000 sebulan maka setahun adalah 12,000 . Jika usia anda 24 tahun dan anda ditimpa kemalangan serta lumpuh kemudian anda hidup selama 20 tahun dalam keadaan tiada pekerjaan bermakna anda akan membebankan waris anda sebanyak RM 240,000.
Bagaimana sekiranya anda bekeluarga dan mempunyai anak? Kepada siapakah anda merancang untuk meninggalkan beban sarahidup ini? Apakah beban itu akan anda letakkan kepada bahu isteri anda? Bukankah tanggungjawab memberi nafkah di atas bahu anda dan kaum lelaki dalam keluarga anda, ayah dan abang anda?
Sekiranya anda tidak meiliki simpanan tunai, harta-harta lain maka kenapa anda tidak mengambil plan takaful yang melindungi anda sekurang-kurangnya RM240,000.
3. Wajib melunaskan hutang
Sejak dibangku Universiti anda sudah berhutang, kemudian apabila anda mula bekerja anda akan berhutang membeli kereta, kemudian mungkin anda berhutnag untuk belanja perkahwainan, kemudian anda membeli rumah dan berhutang lagi unutk kos menyediakan perabut rumah.
Tahukah anda bahwa setiap hutang ini wajib dibayar dan tidak akan terlangsai sehingga hari akhirat? Apakah kenikmatan hidup di dunia lebih utama daripada kenikamatan akhirat? Sanggupkah segala pahala anda tergadai kerana perlu melangsaikan hutang-hutang anda di akhirat nanti?
Apakah anda berniat untuk meninggalkan segala hutang-hutang anda kepada waris anda? Kenapa anda tidak mengambil plan takaful dan mewasiatkan kepada waris anda untuk melangsaikan hutang-hutang anda melalui plan takaful yang anda ambil.
Sekiranya anda memiliki wang dan anda membelanjakannya kepada perkara harus, seperti melanggan astro, unifi, membayar bil-bil telefon sedangkan semua kemudahan tersebut ada yang hanya harus, makruh digunankan tetapi anda tidak memiliki plan takaful untuk menjadi “backup” kepada hutang anda maka perbelanjaan tersebut tidaklah lebih utama daripada membayar plan takaful.
4. Haram menyusahkan orang lain.
Sebagai seorang yang beriman, mereka bersifat proaktif, bersedia sebelum menghadapi kemungkinan musibah. Nabi s.a.w. menyatakan serendah-rendah iman adalah membuang perkara yang boleh menyakiti orang ramai daripada jalan.
Tidak memiliki plan takaful yang mencukupi untuk saat-saat yang terburuk dalam hidup seperti lumpuh, kematian di usia muda sedangkan diri tidak mempunyaoi harta simpanan yang mencukupi akan menjadikan anda menyusahkan orang lain terutama dalam perkara nafkah hidup, kos rawatan perubatan dan melangsaikan hutang-hutang anda.
Sikap anda tidak mengambil plan takaful, sedangkan anda mampu melakukannya merupakan satu kelalaian dan pengabaian terhadap tanggungjawab anda.
5. Haram Menyalahkan Takdir.
Masyarakat sering mengatakan ” apa boleh buat, sudah ditakdirkan berlaku kemalangan, lumpuh, meninggal dunia dan hutang”.
Sebenarnya jika perkara ini berlaku kepada anda bukan salah takdir, tetapi salah diri sendiri yang tidak membuat perancangan dan bertindak mengambil peluang yang ada di depan mata.
Memberi alasan takdir terhadap kelemahan diri adalah satu pembohongan kepada Allah. Kerana Allah memerintahkan umat Islam saling tolong menolong sesama mereka. Atas asas tolong menolong inilah di wujudkan sistem takaful.
Kegagalan anda mengambil tahu, kegagalan anda menyusun perbelanjaan secara berhemat dan kegagalan anda menyertai plan takaful adalah kesilapan anda sendiri. Meletakkan kesalahan kepada ketentuan Allah tanda kejahilan anda mengenai takdir.
6. Meninggalkan waris kaya-raya tuntutan agama.
Pada suatu hari seorang sahabat menemui rasulullah s.a.w. untuk mewasiatkan seluruh hartanya ke jalan Allah lalu nabi menasihatinya dan berkata hanya 1/3 dan sesungguhnya mewasiatkan 1/3 daripada hartanyapun sudah banyak dan nabi s.a.w. menambah bahawa beliau meninggalkan warisnya dengan kekayaan lebih baik meninggalkan mereka dalam keadaan kemiskinan dan meminta-minta.
Mengambil plan takaful adalah satu peluang untuk menjamin waris mendapat kekayaan yang boleh digunakan untuk kehidupan dunia dan akhirat mereka.
Ibu bapa yang prihatin seumpama ini akan lebih diingati dan dihargai oleh zuriatnya.
7. Tolong Menolong Sesama Insan Tuntutan Agama.
“Dan bertolong menolonglah kamu dalam melakukan kebajikan dan takwa..”
Kehidupan didunia ini akan diuji dengan pelbagai musibah seperti kemalangan, kematian dan ditimpa pelbagai penyakit kritikal. Kesannya kita akan meninggalkan balu yang tidak bekerja, meninggal anak-anak yatim atau menaggung kos rawatan hospital yang mahal.
Masyarakat yang bertamaddun tidak harus membiarkan ahli masyarakat menanggung bebanan ini bersendirian malah menjadi tanggungjawab sosial setiap musibah yang ditimpa perlukan pertolongan.
Sebagaimana nabi menyatakan “kebersihan sebahagian dariapda iman”, apakah mungkin sampah-sampah daripada rumah kita, najis-najis daripada tandas kita dibiarkan tanpa diwujudkan satu sistem yang kolektif untuk menguruskannya. Sudah pasti setiap sistem yang kolektif seumpama ini memerlukan kos yang ditanggung bersama.
Begitulah juga halnya mengenai musibah kematian, lumpuh dan ditimpa penyakit kritika.
Sistem takaful yang berlandaskan keadilan, berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing adalah sistem masyarakat yang terpuji.
Menyertainya dengan niat sedekah, meringankan beban anak-anak yatim, balu, pesakit dan sebagainya akan memberikan kegembiraan kepada mereka yang ditimpa musibah.
Selainb daripada zakat Islam juga menggalakkan umatnya bersedekah. Bersedekah dalam sistem yang tersusun dan dapat menjamin keadilan semua yang menyertai adalah lebih bermakna dan besar faedahnya.
8. Haram mengutamakan perbelanjaan yang tidak perlu.
Iblis akan menyesatkan anak-anak adam dan memalingkan mereka daripada jalan yang lurus. Nabi s.a.w. mengatakan Iblis akan menyesatkan anak-anak adam sehingga keperingkat keenam. 1. memurtadkan mereka atau mengekalkan kekufuran mereka. 2. Menjadikan mereka terjebak dengan ajaran bid`ah seperti Syiah. 3. Menjebakkan mereka melakukan dosa besar 4. Melalaikan mereka melakukan dosa-dosa kecil 5. Melekakan mereka melakukan dan berbelanja terhadap perkara harus yang berlebihan dan 6. Menjadikan mereka memilih keutamaan yang salah seperti mendahulukan perkara-perkara makruh, harus daripada sunat dan wajib.
Menyediakan plan takaful untuk menghadapi kemungkinan ditimpa musibah adalah satu kewajiban maka sekiranya anda tidak memiliki pan takaful tetapi anda tidak meiliki dana mencukupi untuk kewajiban-kewajiban melunaskan hutang, nafkah diri dan keluarga dan kos rawatan hospital anda maka perbelanjaan kepada perkara-perkara harus dan makruh bukanlah perbelanjaan yang lebih utama. Perbelanjaan itu akan jatuh menjadi haram.
9. Berfikir dan mengambil iktibar tuntutan Islam.
Setiap hari anda mendengar kes kemalangan, lumpuh, terlantar di hospital, menaggung hutang dan sebagainya. Anda tahu tanpa plan talaful hidup anda akan susah.
Kenapa anda tidak berfikir dan bertindak? Apakah yang menghalang anda untuk menjadi seorang yang pro aktif dan bertanggungjawab.?
Lihatlah bangsa-bangsa lain. Mereka akan merasa malu sekiranya diketahui membebankan keluarga dengan hutang dan kos hidup sedangkan dia tidak ada polisi takaful. Takaful adalah industri yang begitu lama, lambang ketamaddunan sebuah bangsa tetapi anda tidak berubah dan tidak mampu merasai kepentingannya.
Islam memerintahkan kita berfikir dan mengambil iktibar.
10. Sifat bakhil sifat tercela.Haram manyalahkan takdir.Tolong menolong sesama insan tuntutan agama.
Mungkin anda merasakan wang anda akan hangus sekiranya anda tidak membuat tuntutan apa-apa. Betul tetapi tahukah anda bahawa setiap hari ada yang meninggalkan anak-anak yatim, ada yang lumpuh, ada yang terpaksa dibedah jantungnya dan mereka mendapat pampasan daripada plan takaful yang anda sumbangkan.
Apakah ia tidak bernilai dalam hidup anda apabila anda membantu seseorang yang anda tidak kenali tetapi Allah mengetahuinya. Saya bimbang yang menghalang anda menyertai takaful adal;ah sifat bakhil anda.
Takaful boleh menghilangkan perasaan sedih dan duka-cita, rasa lemah dan malas, ketakutan dan bakhil, dibelengu hutang dan di kuasai oleh bangsa lain.