Memiliki Plan Takaful Adalah Wajib

 

Terdapat sekurang-kurangnya 10 alasan kenapa meiliki plan perlindungan takaful adalah wajib ketas setiap mukallaf yang mampu berusaha.

  1. Wajib merancang perbelanjaan.

Satu perkara yang kita imani bahawa ajal maut tidak mengira usia dan sebab. Allah rahsiakannya daripada kita supaya kita bertanggungjawab membuat persediaan. Masyarakat moden hari ini telah menyediakan satu plan tolong menolong sesama manusia melalui takaful untuk menyelamatkan anda daripada meninggal dunia atau lumpuh sebelum sempat melangsaikan hutang.

Anda mungkin berhujah bahawa anda tidak mengambil polisi takaful kerana anda tidak mempunyai wang yang cukup tetapi sudahkan anda menyenaraikan budget yang wajib dan berbelanja ikut kemampuan anda? Tahukah anda bahwa anda perlu mengagihkan minima RM50 sebulan untuk mendapat satu polisi takaful, sekurang-kurangnya untuk persediaan melangsaikan hutang pendidikan anda.

Jika anda tidak membuat perancangan perbelanjaan, budget, menentukan perkara-perkara wajib dalam perbelanjaan dan mendahului yang terlebih utama, maka anda telah melakukan satu kesalahan dalam perbelanjaaan kewangan anda, kerana perkara yang akan dihisab di akhirat ialah mengenai harta anda; daripada mana anda dapat dan kemana anda belanjakan.?

2. Kewajiban Memberi Nafkah.

Sebagai seorang mukallaf anda wajib menyara hidup anda sendiri dan tidak berfikir membebankan orang lain. Sekiranya keperluan hidup anda RM1000 sebulan maka setahun adalah 12,000 . Jika usia anda 24 tahun dan anda ditimpa kemalangan serta lumpuh kemudian anda hidup selama 20 tahun dalam keadaan tiada pekerjaan bermakna anda akan membebankan waris anda sebanyak RM 240,000.

Bagaimana sekiranya anda bekeluarga dan mempunyai anak? Kepada siapakah anda merancang untuk meninggalkan beban sarahidup ini? Apakah beban itu akan anda letakkan kepada bahu isteri anda? Bukankah tanggungjawab memberi nafkah di atas bahu anda dan kaum lelaki dalam keluarga anda, ayah dan abang anda?

Sekiranya anda tidak meiliki simpanan tunai, harta-harta lain maka kenapa anda tidak mengambil plan takaful yang melindungi anda sekurang-kurangnya RM240,000.

3. Wajib melunaskan hutang

Sejak dibangku Universiti anda sudah berhutang, kemudian apabila anda mula bekerja anda akan berhutang membeli kereta, kemudian mungkin anda berhutnag untuk belanja perkahwainan, kemudian anda membeli rumah dan berhutang lagi unutk kos menyediakan perabut rumah.

Tahukah anda bahwa setiap hutang ini wajib dibayar dan tidak akan terlangsai sehingga hari akhirat? Apakah kenikmatan hidup di dunia lebih utama daripada kenikamatan akhirat? Sanggupkah segala pahala anda tergadai kerana perlu melangsaikan hutang-hutang anda di akhirat nanti?

Apakah anda berniat untuk meninggalkan segala hutang-hutang anda kepada waris anda? Kenapa anda tidak mengambil plan takaful dan mewasiatkan kepada waris anda untuk melangsaikan hutang-hutang anda melalui plan takaful yang anda ambil.

Sekiranya anda memiliki wang dan anda membelanjakannya kepada perkara harus, seperti melanggan astro, unifi, membayar bil-bil telefon sedangkan semua kemudahan tersebut ada yang hanya harus, makruh digunankan tetapi anda tidak memiliki plan takaful untuk menjadi “backup” kepada hutang anda maka perbelanjaan tersebut tidaklah lebih utama daripada membayar plan takaful.

4. Haram menyusahkan orang lain.

Sebagai seorang yang beriman, mereka bersifat proaktif, bersedia sebelum menghadapi kemungkinan musibah. Nabi s.a.w. menyatakan serendah-rendah iman adalah membuang perkara yang boleh menyakiti orang ramai daripada jalan.

Tidak memiliki plan takaful yang mencukupi untuk saat-saat yang terburuk dalam hidup seperti lumpuh, kematian di usia  muda sedangkan diri tidak mempunyaoi harta simpanan yang mencukupi akan menjadikan anda menyusahkan orang lain terutama dalam perkara nafkah hidup, kos rawatan perubatan dan melangsaikan hutang-hutang anda.

Sikap anda tidak mengambil plan takaful, sedangkan anda mampu melakukannya merupakan satu kelalaian dan pengabaian terhadap tanggungjawab anda.

5. Haram Menyalahkan Takdir.

Masyarakat sering mengatakan ” apa boleh buat, sudah ditakdirkan berlaku kemalangan, lumpuh, meninggal dunia dan hutang”.

Sebenarnya jika perkara ini berlaku kepada anda bukan salah takdir, tetapi salah diri sendiri yang tidak membuat perancangan dan bertindak mengambil peluang yang ada di depan mata.

Memberi alasan takdir terhadap kelemahan diri adalah satu pembohongan kepada Allah. Kerana Allah memerintahkan umat Islam saling tolong menolong sesama mereka. Atas asas tolong menolong inilah di wujudkan sistem takaful.

Kegagalan anda mengambil tahu, kegagalan anda menyusun perbelanjaan secara berhemat dan kegagalan anda menyertai plan takaful adalah kesilapan anda sendiri. Meletakkan kesalahan kepada ketentuan Allah tanda kejahilan anda mengenai takdir.

6. Meninggalkan waris kaya-raya tuntutan agama.

Pada suatu hari seorang sahabat menemui rasulullah s.a.w. untuk mewasiatkan seluruh hartanya ke jalan Allah lalu nabi menasihatinya dan berkata hanya 1/3 dan sesungguhnya mewasiatkan 1/3 daripada hartanyapun sudah banyak dan nabi s.a.w. menambah bahawa beliau meninggalkan warisnya dengan kekayaan lebih baik meninggalkan mereka dalam keadaan kemiskinan dan meminta-minta.

Mengambil plan takaful adalah satu peluang untuk menjamin waris mendapat kekayaan yang boleh digunakan untuk kehidupan dunia dan akhirat mereka.

Ibu bapa yang prihatin seumpama ini akan lebih diingati dan dihargai oleh zuriatnya.

7. Tolong Menolong Sesama Insan Tuntutan Agama.

“Dan bertolong menolonglah kamu dalam melakukan kebajikan dan takwa..”

Kehidupan didunia ini akan diuji dengan pelbagai musibah seperti kemalangan, kematian dan ditimpa pelbagai penyakit kritikal. Kesannya kita akan meninggalkan balu yang tidak bekerja, meninggal anak-anak yatim atau menaggung kos rawatan hospital yang mahal.

Masyarakat yang bertamaddun tidak harus membiarkan ahli masyarakat menanggung bebanan ini bersendirian malah menjadi tanggungjawab sosial setiap musibah yang ditimpa perlukan pertolongan.

Sebagaimana nabi menyatakan “kebersihan sebahagian dariapda iman”, apakah mungkin sampah-sampah daripada rumah kita, najis-najis daripada tandas kita dibiarkan tanpa diwujudkan satu sistem yang kolektif untuk menguruskannya. Sudah pasti setiap sistem yang kolektif seumpama ini memerlukan kos yang ditanggung bersama.

Begitulah juga halnya mengenai musibah kematian, lumpuh dan ditimpa penyakit kritika.

Sistem takaful yang berlandaskan keadilan, berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing adalah sistem masyarakat yang terpuji.

Menyertainya dengan niat sedekah, meringankan beban anak-anak yatim, balu, pesakit dan sebagainya akan memberikan kegembiraan kepada mereka yang ditimpa musibah.

Selainb daripada zakat Islam juga menggalakkan umatnya bersedekah. Bersedekah dalam sistem yang tersusun dan dapat menjamin keadilan semua yang menyertai adalah lebih bermakna dan besar faedahnya.

8. Haram mengutamakan perbelanjaan yang tidak perlu.

Iblis akan menyesatkan anak-anak adam dan memalingkan mereka daripada jalan yang lurus. Nabi s.a.w. mengatakan Iblis akan menyesatkan anak-anak adam sehingga keperingkat keenam. 1. memurtadkan mereka atau mengekalkan kekufuran mereka. 2. Menjadikan mereka terjebak dengan ajaran bid`ah seperti Syiah. 3. Menjebakkan mereka melakukan dosa besar 4. Melalaikan mereka melakukan dosa-dosa kecil 5. Melekakan mereka melakukan dan berbelanja terhadap perkara harus yang berlebihan dan 6. Menjadikan mereka memilih keutamaan yang salah seperti mendahulukan perkara-perkara makruh, harus daripada sunat dan wajib.

Menyediakan plan takaful untuk menghadapi kemungkinan ditimpa musibah adalah satu kewajiban maka sekiranya anda tidak memiliki pan takaful tetapi anda tidak meiliki dana mencukupi untuk kewajiban-kewajiban melunaskan hutang, nafkah diri dan keluarga dan kos rawatan hospital anda maka perbelanjaan kepada perkara-perkara harus dan makruh bukanlah perbelanjaan yang lebih utama. Perbelanjaan itu akan jatuh menjadi haram.

9. Berfikir dan mengambil iktibar tuntutan Islam.

Setiap hari anda mendengar kes kemalangan, lumpuh, terlantar di hospital, menaggung hutang dan sebagainya. Anda tahu tanpa plan talaful hidup anda akan susah.

Kenapa anda tidak berfikir dan bertindak? Apakah yang menghalang anda untuk menjadi seorang yang pro aktif dan bertanggungjawab.?

Lihatlah bangsa-bangsa lain. Mereka akan merasa malu sekiranya diketahui membebankan keluarga dengan hutang dan kos hidup sedangkan dia tidak ada polisi takaful. Takaful adalah industri yang begitu lama, lambang ketamaddunan sebuah bangsa tetapi anda tidak berubah dan tidak mampu merasai kepentingannya.

Islam memerintahkan kita berfikir dan mengambil iktibar.

10. Sifat bakhil sifat tercela.Haram manyalahkan takdir.Tolong menolong sesama insan tuntutan agama.

Mungkin anda merasakan wang anda akan hangus sekiranya anda tidak membuat tuntutan apa-apa. Betul tetapi tahukah anda bahawa setiap hari ada yang meninggalkan anak-anak yatim, ada yang lumpuh, ada yang terpaksa dibedah jantungnya dan mereka mendapat pampasan daripada plan takaful yang anda sumbangkan.

Apakah ia tidak bernilai dalam hidup anda apabila anda membantu seseorang yang anda tidak kenali tetapi Allah mengetahuinya. Saya bimbang yang menghalang anda menyertai takaful adal;ah sifat bakhil anda.

Takaful boleh menghilangkan perasaan sedih dan duka-cita, rasa lemah dan malas, ketakutan dan bakhil, dibelengu hutang dan di kuasai oleh bangsa lain.

Leave a Reply