Menabung bertahun2 tetapi wang tidak bertambah?

Tabiat menabung untuk keperluan kecemasan, dan hari-hari persaraan amant;lah baik. Ada dikalangan masyarakat menabung di ASB, saham unit amanah, tabung haji dan bank. Namun ramai dalam kalangan ahli masyarakat yang telah berkerja lebih 10 tahun tetapi apabila menyemak baki tabungan di ASB, Unit Amanah dan Tabung Haji akan merasa sedih kerana jumlah tabungan tidak sebagaimana diharapkan.

Bukan kerana tidak mendapat dividen tahunan tetapi kebanyakan tabung-tabung tersebut  dikeluarkan untuk keperluan-keperluan tertentu sama ada keperluan terdesak, keperluan eksesori dan sebagainya. Cuba anda sendiri menyemak baki tabungan anda di Tabung haji, bank dan ASB setelah 10 tahun menabung, berapakah jumlah baki yang ada?

Sekiranya sejak sepuluh tahun lalu anda menabung sebanyak RM500 sebulan dan keuntungan dividen tahunan sebanyak 5% maka kini anda akan memperolehi simpanan sebanyak RM75,467.  Cuba semak baki simpanan anda, adakah menyamai jumlah ini?.

Anda mungkin terkejut kerana baki tabungan anda tidak seperti angka di atas kerana anda selalu membuat pengeluaran disebabkan keperluan yang tidak disangka-sangka. Sekiranya anda selalu membuat pengeluaran simpanan anda sudah pasti 10 tahun akan datang anda tidak akan mempunyai simpanan yang mencukupi untuk keperluan anda.

Satu langkah yang perlu untuk menyekat anda membuat pengeluaran dengan mudah ialah dengan mencarum di syarikat takaful. Di takaful anda hanya mendapat penyata tahunan dan memerlukan prosedur yang berlainan berbanding simpanan anda di Tabung Haji, Bank dan ASB yang amat mudah untuk membuat pengeluaran.

Sebaliknya di takaful anda perlu pergi kecawangan takaful yang tidaklah sebanyak cawangan tabung haji, bank dan asb untuk proses pengeluaran. Keadaan ini menjadikan anda tidak memilih untuk membuat pengeluaran dan sekiranya simpanan takaful adalah untuk pendidikan anak-anak anda maka hanya anak-anak anda yang berhak dengan wang tersebut.

Dengan membuat tabung pendidikan di takaful anda telah menyediakan kos pendidikan tinggi untuk anak-anak anda pada masa hadapan. Sekiranya anak anda tidak memerlukan wang tunai untuk pedidikan tingginya maka wang itu boleh di simpan untuk tujuan modal perniagaannya atau kos-kos lain yang diperlukan semasa mereka dewasa.

Anda bijak dengan memilih tabung di takaful dengan meletakkan tempoh matang selepas 20 tahun akan datang sebagai contoh, maka anda akan memiliki dana yang mencukupi apabila anda memerlukannya pada masa akan datang.

Sekiranya tidak selepas 20 tahun bekerja dan menabung, mungkin angka yang anda lihat di slip simpanan anda mungkit tidaklah seperti anda harapkan seperti di awal waktu anda mula menabung.

Leave a Reply