Generasi hari ini tidak boleh lagi memfokuskan ilmu mereka untuk mengisi peluang pekerjaan yang ada, menunggu terlalu lama untuk mendapatkan peluang pekerjaan, tidak boleh lagi mencari-cari dan mengejar peluang kerjaya . Sepatutnya mereka mula mengubah paradigma dengan berfikir menggunakan strategi lautan biru dengan memfokuskan kerjaya mereka kepada mencipta peluang.
Sejak dibangku sekolah mereka perlu di dedahkan dengan sikap-sikap innovasi, berinisiatif dan mencipta sesuatu yang baru yang boleh dijadikan bahan kegunaan masyarakat. Merka perlu memiliki keyakinan diri, berfikiran positif, berdaya kreatif, bersemangat dan tidak mudah putus asa.
Mereka perlu di dedahkan dengan pemikiran strategik, kemampuan menentukan objektif yang betul, berfikir dengan pelbagai dimensi bagi mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu isu. Mereka juga perlu di dedahkan dengan sikap suka berdikari, membantu, berkongsi idea, membuat keputusan berasaskan sebab akibat dan pandangan kehadapan.
Mereka perlu sedar bahawa setiap tahun berlaku kelahiran lebih 600,000 kelahiran baru atau dengan kata lain penambahan penduduk berlaku sebanyak lebih 600,000 orang setahun. Kesemua mereka akan bersaing dalam merebut peluang kerjaya. Ketika itu kecemerlangan akademik bukan lagi ukuran dan jaminan mendapat pekerjaan yang baik tetapi kemungkinan mereka perlu bersaing dengan mencipta peluang kerjaya untuk diri sendiri.
Sesiapa yang mencipta peluang pendapatan dengan cara sendiri tidak akan menghadapi banyak persaingan kerana keunikan kerjayanya.

