Semasa aidil fitri saya sempat berjumpa dengan beberapa orang pemuda yang baru tamat pengajian di university. Mereka sudah sedar bahawa sudah ramai generasi muda menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan ada dalam kalangan mereka yang mempunyai teman sekolah yang sudah bergelar jutawan.
Ada yang ingin berniaga tetapi merasa was-was dengan sistem perbankan yang padanya masih tidak mampu terselamat daripada sistem riba. Ada yang ingin menjadi usahawan tetapi tidak tahu apakah perusahaan yang ingin dipilih dan tidak tahu bagaimana hendak bermula.?
Apabila mereka mengetahui saya terlibat dalam industri perunding kewangan ada yang bertanya apakah cabaran dalam bidang tersebut?. Apapun bidang yang anda pilih anda terlebih dahulu perlu mempersiapkan diri dengan memiliki identiti kelas pertama.
Saya telah huraikan faktur-faktur kejayaan dalam buku 5 Prinsip Kejayaan Identiti Kelas Pertama.

Untuk berjaya sebagai seorang usahawan anda perlu memiliki beberapa perkara, dan antaranya:
- Tukarkan diri anda menjadi seorang pemimpin.
- Lakarkan impian hidup anda sepanjang hayat.
- Senaraikan kepakaran yang anda perlukan untuk menjayakan impian anda
- Senaraikan sikap-sikap positif yang anda perlu miliki untuk berjaya.
- Senaraikan aktiviti dan inisiatif yang anda perlu lakukan untuk menyediakan diri anda kearah kejayaan.
- Senaraikan kelemahan dalaman anda dan cabaran luaran yang anda perlu hadapi dalam bidang keusahawanan yang anda pilih.
- Buat plan strategik untuk menggunakan kekuatan dan peluang bagi mengatasi kelemahan dan menhadapai cabaran.
- Lakarkan plan keusahawanan anda untuk jangkamasa 5 tahun sehingga jadual harian yang anda perlu lakukan.
- Tentukan “key performance index”.
- Tentukan sistem operasi standard untuk setiap langkah dan aktiviti keusahawanan anda.
Pada saya melakukan usaha dalam bidang yang diminati memudahkan kita berjaya kerana perasaan minat menjadikan pekerjaaan itu satu hiburan. Bagi mereka yang belum memiliki kelayakan dan peluang untuk berjaya dalam bidang yang di minanti perlulah membentuk kelayakan tersebut dan mencipta peluang dalam bidang tersebut untuk diri sendiri.
P/s
Sesiapa yang ingin memiliki buku di atas atau ingin dibimbing menjadi usahawan yang berjaya hubungi saya di talian 0193800543 (khidmat nasihat saya adalah percuma.)
