Bersediakah anda menghadapi senario terburuk?

Hidup di dunia ini mempunyai berbagai kemungkinan. Berbagai ujian ditempuh oleh manusia setiap hari. Ada yang mengalami kemalangan jalanraya, kemalangan di tempat kerja dan kemalangan di rumah, kemalangan semasa melancung. Ada yang mengidap pelbagai penyakit kritikal di usia kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa. Barah darah, otak, tulang, paru-paru, payu dara, prostat dan pangkal rahim. Ada mengalami kegagalan buah pinggang, terkena serangan jantung malah pelbagai penyakit yang kadang-kadang kita tidak pernah mendengarnya seperti h1n1 dan ebola.

Realiti ini adalah ancaman terburuk yang tidak siapapun inginkan. Namun mengambil satu langkah kehadapan boleh meringankan beban akibat risiko tersebut. Sediakanlah payung sebelum hujan, beringat sebelum kena dan buatlah “back up plan” untuk menghadapi pelbagai kemungkinan yang datang tidak disangka-sangka.

Setiap orang daripada kita perlu menyumbang kepada pendapatan keluarga. Pendapatan kita yang tidak mendapat harta pusaka jutaan ringgit, ibarat kais pagi makan pagi. Keperluan wajib sebulan antara 2000 hingga 5000 sebulan tidak termasuk membayar balik pelbagai hutang; hutang belajar, hutang kereta, hutang belanja perkahwinan, hutang modal perniagaan dan sebagainya.

Bagaimana jika anda meninggal dunia sebelum sempat melangsaikan hutang-hutang anda? Apakah yang akan berlaku kepada ruh anda? Sedangkan ruh syuhada juga tidak akan dapat memasuki syurga jika masih berhutang. Bagaimanakah waris anda dapat membantu melangsaikan hutang-hutang anda?

Jika keperluan keluarga anda RM2000 sebulan, maka dalam setahun anda memerlukan RM24,000 dan untuk tempoh 20 tahun akan datang anda memerlukan keperluan sara hidup sebanyak RM480,000. Adakah simpanan dalam akuan anda berjumlah RM480,000.

Jika anda kemalangan dan hilang upaya kerja, siapakah yang akan menyumbang sebanyak RM RM24,000 setahun untuk sara hidup anda? Anda yang memilih dan membuat keputusan sama ada hendak mengambil peluang perlindungan takaful atau tidak mahu mengambil peluang yang ada ini!

Kelemahan anda adalah simpanan yang sedikit, kekuatan kewangan anda cukup-cukup makan dan sedikit lebihan sedangkan perbagai kemungkinan kemalangan dan ujian Allah berada disekitar anda kemudian anda mempunyai peluang untuk mengatasi masalah ini, kenapa anda menangguh-nagguhkan untuk mengetahui bagaimana takaful boleh membantu anda dengan sumbangan dan simpanan serendah RM500 sebulan?

Anda mampu membayar bil-bil internate, elektrik, air, astro, telefon, hutang kereta, hutang rumah, hutang pelajaran dan pelbagai kos lain. Namun jika anda menambah dalam bil anda hanya RM500 sebulan anda akan mendapat perlindungan sehingga RM500,000. (ikut T&S)

Kos pendidkan akan datang juga meningkat. Kemungkinan anak-anak kita mendapat pinjaman pendidikan semakin sukar pada usia mereka hendak memasuki alam universiti nanti memandangkan kadar kelahiran melebihi 600,000 setahun.

Anda yang memilih untuk menyimpan secara tetap demi masadepan anak-anak anda atau anda hanya menyerah kepada nasib mereka. Anda yang menjadi sebab kelahiran mereka dan adakan anda tidak mahu bertanggungjawab memastikan mereka mendapat tempat di universiti? Bagaimana jika anda memilih menabung di bank, tabung haji, saham apakah badan-badan ini akan meneruskan menabung untuk anak-anak anada sekiranya anda meninggal dunia atau hilang upaya kerja? Sekiranya anda menabung dalam polisi pendidikan tugas anda akan diambil oleh takaful untuk mendanai tabungan anak-anak anda.

Inflasi perubatan lebih 15% setahun sekarang. Jika pembedahan jantung bernilai RM20,000 hari ini selepas 20 tahun akan datang kosnya melebihi RM300,000.

Sekiranya wang simpanan anda mencecah RM500,000 semasa bersara adakah anda dengan rela hati menggunakan 300,000 untuk satu pembedahan jantung anda? Kenapa anda tidak menggunakan kad perubatan yang boleh menanggung kos perubatan anda minima hingga 200,000?

Ini adalah realti data dan fakta yang sebenar. Percaya atau tidak setiap kita akan menempuhinya kelak. Bezanya adakah kita telah bersedia atau tidak bersedia untuk menghadapinya?

Orang yang bijak, prihatin, bertanggungjawab, proaktif akan mengambil inisiatif melengkapkan diri dan keluarganya dengan plan perlindungan yang benar-benar memenuhi keperluannya ketika menghadapi senario terburuk dalam hidup.

Kematian, lumpuh dan ditimpa musibah penyakit kritikal adalah senaria terburuk yang menghilangkan pendapatan keluarga kerana ketidakmampuan anda bekerja. Majikan andapun tidak akan membiayai perubatan anda kerana anda sudah tidak lagi bekerja dengannya.

Ketika itu hanya satu harapan anda adalah perlundungan takaful! Itupun jika anda bertindak ahri ini menyertai plan takakul yang sesuai dengan keperluan anda pada masa akan datang.

Benarlah hadis nabi s.a.w. Rebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Sediakan payung sebelum hujan. Apakah yang menghalang anda untuk membuat keputusan?  Bertanyalah dahulu baru anda mendapat jawaban yang betul. Bebaskan diri anda daripada membuat keputusan penting ini dengan hanya menggunakan fakta “hearsay” dan persepsi.

Hubungi saya untuk khidmat nasihat professional 0193800543

“Kuasa Niat”

Objectif 2

Semua kitab hadis nabi s.a.w. akan dimulakan dengan hadis niat yang diriwayatkan oleh amirul mukminin Umar al-Khattab r.a. yang bermaksud:

” Setiap pekerjaan bergantung dengan niat dan setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapat keredaan Allah dan rasulnya maka hijrahnya akan mendapat keredaan Allah dan rasulnya. Sesiapa yang berniat hijrah kerana dunia yang diingininya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya maka hijrahnya akan mendapat apa yang diniatkannya”.

Berdasarkan hadis ini para ulama memahami beberapa hukum berkaitan perbuatan manusia.

Pertama : Kewajiban keikhlasan kepada Allah dalam melakukan amal ibadah.

Kedua : Kewajiban menentukan dengan jelas tujuan amal ibadah untuk memastikan sesuatu amalan itu menjadi sah disisi syarak dan mendapat ganjaran pahala disisi Allah.

Ketiga: Manusia pasti akan memperolehi apa yang diniatkannya.

Niat adalah kuasa dalaman yang menjadi asas kejayaan setiap orang dalam melaksanakan pekerjaannya. Niat adalah permulaan setiap usaha dan amal pekerjaan manusia. Kelemahan dan kegagalan semua usaha manusia disebabkan kesilapan dipermulaannya.

Membetulakan niat adalah asas dalam semua usaha, amal dan pekerjaan manusia. Manusia adalah khalifah Allah. Manusia adalah hamba Allah. Kedua-dua tugas ini memerlukan dua aspek penting dalam daya usaha manusia iaitu keikhlasan dan ketepatan tindakan dengan undang-undang yang telah ditentukan oleh Allah kepada alam ini.

Niat adalah Impian

Niat adalah Matlamat.

Niat adalah Cita-Cita.

Niat adalah Objektif.

Niat adalah Tujuan.

Gabungan niat antara kemahuan dunia dan akhirat akan menyempurnakan perjalanan insan di dunia ini dan menjadikan mereka bahagia dinegeri akhirat.

Kejelasan niat akan membuka ruang kepada minda untuk mencari jalan bagaimana untuk merealisasikannya. Apabila impian seseorang itu besar, semangatnya akan berkobar-kobar sebaliknya jika seseorang itu tidak mempunyai impian yang besar dan indah masanya akan terbuang sia-sia.

” Seseorang itu bukanlah malas, tetapi impiannya yang kecil menjadikannya tidak tahu melakukan apa-apa”.

 

 

 

Salah siapa?

Nabi Muhammad s.a.w. adalah teladan terbaik dalam mengharungi hidup di dunia ini. Baginda seorang yatim piatu, dibesarkan oleh datuknya Abdul Muttalib dan bapa saudaranya Abu Thalib. Baginda sudah belajar berdikari dengan menjadi penternak kambing pada usia remajanya dan menjadi pembantu bapa saudaranya Abu Thalib dalam perniagaan sejak usia 14 tahun.

Penduduk Mekah adalah peniaga. Negeri kering kontang tetapi menjadi tempat kunjungan manusia untuk menziarahi Kaabah dan menunaikan haji sejak zaman nabi Ibrahim dan Ismail. Kedudukan ini menjadikan penduduk Mekah mengambil kesempatan untuk berniaga.

Nabi Muhammad s.a.w. berniaga sehingga usia 40 tahun. Lebih 30 tahun baginda berniaga sebelum diangkat menjadi rasul. Selepas itu baginda membelanjakan semjua hartanya di jalan Allah sehingga wafat.

Itulah kehendaklah Allah kepada seorang rasul. Baginda diberi peluang berusaha memungut kekayaan dunia sebelum dibebankan dengan tanggungjawab dakwah dan berjuang menyebarkan ajaran Islam kepada seluruh manusia.

Harta kekayaan adalah satu alat yang diperlukan dalam perjuangan di semua zaman. Sekiranya umat Islam memahami memilki kekayaan bukan satu keutamaan maka itu adalah kefahaman yang salah.

Walaupan sudah  57 tahun merdeka kedudukan ekonomi umat Islam masih lemah. Puncanya umat Islam memilih makan gaji daripada berniaga. Bangsa lain yang masuk ke Malayisa bermula dengan menjadi pekerja tetapi mereka meningkatkan kemahiran diri dan setelah 10 tahun mereka menjadi peniaga.

Sudah tiba masanya generasi muda kita di dedahkan dengan alam perniagaan sejak usia remaja supaya wujud kemahuan untuk berniaga, hilang perasaan malu dan takut untuk menjadi usahawan dan mula menimba pengalaman dan kemahiran keusahawanan.

Bagi yang sudah dewasa ayuh gilap kemahiran mengawal jiwa. Angkat nilai diri anda !. Apakah nilai masa anda hanya RM25 sejam? Mahukah anda naikkan harga masa anda menjadi RM100 sejam?

Anda perlu naikkan standard anda ” Raise Your Standard”.

talk show

 

Bersediakah menghadapi inflasi?

Inflasi kepada pengguna adalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan di mana harga barang dan perkhidmatan lebih mahal daripada harga sekarang. Dalam merancang simpanan untuk masadepan seperti sara hidup masa persaraan, kos rawatan hospital, pendidikan anak-anak, keraian dan sebagainya kita perlu memasukkan kenaikan berkala kadar inflasi supaya simpanan kita mencukupi keperluan masahadapan.

Nilai masadepan adalah future value atau FV dan nilai semasa adalah prasent value PV. Jika kita tidak mengambil kira kenaikan inflasi kemungkinan simpanan kita tidak mencukupu untuk menanggung kos yang tinggi pada masahadapan berbanding kos semasa.

Contohnya : Nilai semasa kos sarahidup seorang yang telah bersara sekarang adalah 24,000 setahun. Berapa tambahan dana diperlukan 20 tahun akan datang jika kadar inflasi adalah 5% setahun ?

PV= 24,000

n = 20

i = 5%

FV = 63,679.14

63,679.14 adalah keperluan setahun bagi sesiapa yang ingin bersara 20 tahun akan datang dan kuasa belinya hanya bernilai 2000 masakini. Jika jangkahayatnya 15 tahun lagi maka beliau memerlukan simpanan tunai berjumlah 955,187.10 pada permulaannya bersara. Nilai ini hanyalah cukup untuk perbelanjaan kehidupan harian sahaja tidak termasuk kos-kos rawatan hospital, keraian, pendidikan tinggi anak-anak dan menunaikan haji.

Terdapat beberapa strategi yang boleh dilakukan untuk memastikan kos sarahidup dan lain-lain keperluan disediakan sejak seseorang mula mendapat pendapatan bulanan.

1. Membeli lot tanah perumahan untuk tujuan membina rumah semasa bersara.

2. Membeli rumahkedai yang boleh disewa dengan kadar RM 2000 ikut nilai semasa dan boleh dijadikan pendapatan masa persaraan.

3. Melabur secara tetap setiap bulan sebanyak RM2000 di unit amanah sehingga 20 tahun. Simpanan dan keuntungan boleh digunakan untuk mebina rumah persaraan.

4. Mengambil plan takaful perlindungan pendapatan dan perubatan sehingga umur 80 tahun.

5. Mengambil plan takaful pendidikan untuk setiap orang anak.

6. Mengambil plan takaful dan simpanan untuk perkahwinan anak-anak dan modal perniagaan untuk mereka sekiranya anak-anak tidak berpeluang makan gaji dan ingin menceburi perniagaan kecil-kecilan.

Dengan strategi ini anda telah bersedia untuk menghadapi usia persaraan dengan tenang dan boleh menggunakan sepenuhnya usia persaraan untuk tujuan dakwah dan ibadah.

Nabi Muhammad s.a.w. bersara pada usia 40 tahun dan berjihad menggunakan harta dan jiwaraganya selama 23 tahun. Usia berapa anda ingin bersara?

 

 

Gagal Merancang Adalah Merancang Untuk Gagal

Membuat perancangan sebelum melakukan sesuatu tindakan adalah sikap semua mereka yang berjaya. Allah Azza wa Jalla merancang dan menulis segala apa yang ingin dijadikan sebelum sesuatu itu dijadikan.Sebagai khalifah Allah di dunia ini, manusia perlu memulakan semua perkara yang ingin diwujudkan sesuai dengan perintah Allah dengan membuat perancangan.

Maka sesiapa yang tidak merancang apa yang ingin dilakukan akan menemui kegagalan di akhirnya. Setiap perancangan perlu dimulakan dengan gambaran akhir dan menyeluruh yang ingin dicapai. Kemudian barulah membuat analisa kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang dan menggariskan langkah strategik yang boleh mencapai objektif akhir.

Kewangan adalah aspek penting dalam kehidupan manusia. Belajar menguruskan kewangan adalah perkara yang tidak boleh diabaikan oleh manusia waras dizaman serba maju ini.

Dalam rencana ringkas ini saya ingin memandu pembaca untuk membuat perancangan kewangan secara ringkas.

Pertama : Kenali kedudukan kewangan anda dan Tentukan Matlamat Kewangan Anda.

Kedua : Kenalpasti kesihatan kewangan anda sekarang.

Ketiga : Ketahui ancaman kewangan

Keempat : Kenalpasti peluang .

Kelima : Susun tindakan praktikal untuk mencapai matlamat.

Pertama:

Apakah kedudukan dan kekuatan kewangan tunai yang ada? Contohnya simpanan di institusi kewangan, nilai perlindungan takaful yang ada dan pendapatan tetap bulanan anda. Katakan jumlah keseluruhan simpanan di institusi kewangan dan nilai perlindungan takaful semasa anda adalah RM200,000.

Kedua:

Berapakah jumlah keperluan sarahidup sebulan?

Katakan RM4000 dan untuk tempoh setahun anda perlukan RM48,000.

Sekiranya umur anda adalah 30 tahun sekarang dan anda merancang untuk bersara pada usia 50 tahun maka anda perlu memiliki dana tahunan RM48,000 sehingga 20 tahun atau RM760,000.

760,000 – 200,000 maka anda kekurangan dana sebanyak 560,000. Kenapa?

Ketiga :

Anda berhadapan dengan pelbagai ancaman seperti ditimpa penyakit kritikal, lumpuh atau meninggal dunia yang menyebabkan dana kewangan yang anda nafkahkan kepada keluarga anda akan terhenti. Siapakah yang boleh anda harapkan untuk menyara keluarga anda apabila risiko yang menjadikan pendapatan keluarga anda menimpa anda.

Keempat:

Peluang masa ini yang boleh menyelesaikan kemungkinan risiko yang anda hadapi ialah dengan menyertai takaful keluarga.

Kelima:

Tentukan baki wang anda yang ada sebulan. Tentukan bagaimana wang tersebut harus dimanfaatkan untuk menjana pendapatan semasa persaraan dan dalam masa yang sama anda mampu menjana pendapatan yang mencukupi andainya musibah kematian, keilatan kekal dan ditimpa penyakit kritikan menimpa anda.

Menyertai plan takaful yang sesuai adalah salah satu strategi kewangan yang bijak.

 

 

 

Pengurusan Risiko Kewangan

Apakah yang dimaksudkan risiko kewangan?

Terdapat pelbagai risiko kewangan seperti; hilang, kecurian, kerugian dalam perniagaan, ditipu, orang yang diberi amanah melakukan pecah amanah dan sebagainya. Risiko seperti ini tidak menghalang seseorang untuk meneruskan kehidupan kerana beliau masih mempunyai peluang untuk mendapatkan semula wangnya jika masih ada pekerjaan dan mampu bekerja.

Risiko kewangan adalah sekiranya seorang yang berurusan dengan institusi bank meninggal dunia, hilang uapaya kekal dan mengidap penyakit kritikal yang menjadikannya hilang pekerjaan sekaligus pendapatan tetapnya. Bagaimanakan sesebuah institusi kewangan boleh mendapat semula bayaran kos yang ditanggung untuk membiayai projek pelanggannya tersebut.?

Untuk mengelak risiko ini menimpa institusi kewangan maka sesiapa yang membuat urusan kewangan dengan mereka diwajibkan untuk mengambil polisi takaful untuk melindungi hutang-hutang mereka. Kos takaful ini dimasukkan dalam kos tersebut.

Jika seorang ketua keluarga ditimpa musibah?

Seorang suami atau bapa bertanggungjawab memberi nafkah sarahidup kepada keluarganya bermula hari pertama perkahwinan sehinggalah semua anaknya dewasa dan isterinya kembali kerahmatullah. Nafkah termasuklah kos makan minum, pakaian,tempat tinggal, kenderaan, kemudahan-kemudahan telekomunikasi, elektrik dan air termasuk, kos-kos kesihatan, keraian dan pendidikan.

Jika keperluan bulanan untuk semua perkara tersebut sebanyak RM4000.00 sebulan maka dana yang diperlukan setahun adalah RM48,000.00. Jika tempoh kehidupan 50 tahun maka kos sepanjang hayat adalah RM2.4 juta. Jika bapa yang membawa kos perbelanjaan hidup tersebut lumpuh, meninggal dunia atau ditimpa penyakit kritikal siapakah yang akan menggantikannya menyara kehidupan?

Bagaiamana jika beliau mempunyai polisi takaful keluarga yang melindunginya daripada musibah tersebut yang bernilai RM1 juta? Dengan keuntungan dividen 6% setahun keluarganya boleh mendapat RM60,000 setahun dan boleh berbelanja sebanyak RM5000 sebulan. Hari ini takaful keluarga boleh disertai dengan takaful perubatan sehingga 1.5 juta. yang menjadikannya menikmati kos rawatan perubatan secara percuma.

Memiliki polisi takaful keluarga bagi melindungi risiko kewangan keluarga adalah satu penyelesaian sertamerta bagi mereka yang tidak mempunyai simpanan tunai yang mencukupi.

 

 

 

Plan Persaraan

Setiap orang tahu beliau memerlukan dana yang mencukupi apabila bersara. Tetapi berapakah nilai dana yang mencukupi untuk mula bersara dan bagaimanakah untuk mendapatkannya?.

Pertama: Apakah gambaran kehidupan yang menjadi impian anda ketika bersara?

Kedua: Tentukan bilakah anda ingin bersara? Dan berapa lamakah tempoh daripada tarikh hari ini sehingga tarikh persaraan anda?

Ketiga: Apakah objektif specifik yang ingin ada capai semasa bersara?

Kempat: Apakah strategi terbaik untuk mencapai objektif anda?

Ahmad Albab berusia 25 tahun baru mendirikan rumahtangga dan mempunyai impian persaraan yang hebat. Beliau ingin bersara diusia 45 tahun dan ingin menghabiskan sisa umurnya menjadi pendakwah sepenuh masa sebagai penulis buku, penceramah dan penymbang dana kepada kerja-kerja kebajikan. Beliau ingin memiliki sebuah rumah agam disebidang tanah yang dikelilingi pohon-pohon buah-buahan dan kolam ikan air tawar. Sebagai sumber pendapatan alternatif beliau ingin memiliki sebuah rumah kedai 3 tingkat untuk dijadikan pendapatan bulanannya melalui sewaan. Beliau juga ingin memiliki dana yang mencukupi untuk menampung kos rawatan kesihatannya sekiranya beliau dan isteri ditimpa musibah penyakit kritikal diusia persaraan. Untuk memudahkan urusan hariannya beliau ingin menggaji seorang pemandu, seorang pembantu rumah dan seorang tukang kebun semasa persaraannya.

Ahmad juga ingin mempunyai sekurang-kurangnya 7 orang anak dan mendapat pendidikan diperingkat ijazah dengan biayaannya sendiri disamping wang permulaan untuk hidup bernilai RM100,000 setiap seorang.

Bagaimanakah untuk membantu Ahmad Albab merealisasikan impiannya?.

Berapakah aliran tunai sebulan diperlukan Ahmad apabila beliau bersara kelak?

1. Ahmad memerlukan kos sarahidup keluarganya daripada sekarang sehingga meninggal dunia.

2. Ahmad memerlukan dana untuk mebayar gaji 3 orang pembantunya semasa bersara.

3. Ahmad memerlukan dana perubatannya dan isteri.

4. Ahmad memerlukan dana untuk memiliki sebidang tanah, kos untuk membina sebuah rumah dan keperluan landskap rumah agamnya.

5. Ahamd memerlukan dana untuk memilki sebuah rumah kedai 3 tingkat dikawasan yang berpotensi menjana pendapatan pada masa akan datang.

6. Ahmad memerlukan simpanan tunai berjumlah RM700,000 untuk anak-anaknya.

7. Ahmad juga perlu menabung untuk pendidikan anak-anaknya.

Cadangan objektif kewangan untuk Ahmad,

1. Beliau perlu membeli sebidang tanah seluas seekar untuk tujuan penginapan semasa persaraan.

2. Beliau perlu membeli sebuah rumah kedai 3 tingkat dilokasi yang boleh menguntungkan 20 tahun akan datang seboleh-bolehnya bedekatan dengan rumah persaraannya.

3. Membuat perlu tabungan dan pelaburan yang boleh menjana RM700,000 dalam tempoh 20 tahun.

4. Memiliki plan takaful pendapatan dan kesihatan bernilai RM1.4 juta. untuk dirinya

5. Memiliki plan takaful perubatan untuk isterinya.

6. Dana sarahidup mencukupi andainya projek rumah kedainya menghadapi kegagalan.

7. Dana pendidikan anak-anaknya.

Kos-kos yang diperlukan:

1. Kos seekar tanah pertanian di daerah Mantin Negeri Sembilan RM300,000 seekar.

Dengan kadar keuntungan bank 7% bayaran balik selama 20 tahun adalah RM3000 sebulan.

2. Kos rumah kedai 3 tingkat di pekan Pantai, Mantin RM300,000 sebuah.

Dengan kadar keuntungan bank 4% bayaran balik selama 20 tahun adalah RM2250 sebulan.

3. Untuk memiliki wang tunai sebanyak RM700,000 selepas 20 tahun beliau perlu menabung sebanyak RM 1760 sebulan dalam institusi kewangan yang memberi keuntungan 5% setahun.

4. Andainya rumah kedai tidak mampu menjana pendapatan beliau memerlukan sebanyak RM 1,700,000 semasa bersara, untuk itu beliau perlu menabung sebanyak RM6800 sebulan diinstitusi yang memberi dividen 5% setahun. Dengan dana ini beliau mampu menggunakannya sebagai perbelanjaan hidup sebanyak RM7,000 sebulan.

5. Beliau juga memerlukan plan takaful sekurang2nya RM700,000 dengan fasiliti takaful perubatan sebanyak RM400k sehingga usia 75 tahun dengan sumbangan RM1400 sebulan untuk dua orang.

6. Beliau juga perlu manabung untuk dana pendidikan anak-anaknya dengan plan takaful pendidikan sebanyak minima RM300 setiap orang setiap bulan.

Maka Ahmad Albab memerlukan dana sebanyak RM15,000 – RM20,000 sebulan termasuk kos sarahiudup semasanya. Bolehkan beliau memiliki pendapatan sebanyak itu diusia 25 tahun?

Tidak Merancang Untuk Berjaya Adalah Merancang Untuk Gagal

Manusia adalah pemerintah diri sendiri. Manusia perlu bertanggungjawab terhadap setiap tindakannya. Orang terdahulu telah banyak membuat kesilapan dan mengalami pelbagai kegagalan. Kesilapan dan kegagalan generasi terdahulu bukan kerana kurang maklumat atau ilmu tetapi sudah menjadi sebahagian peraturan hidup bahwa manusia belajar daripada kesilapan dan kegagalan untuk mengetahui perkara yang betul.

Satu perkara yang manusia pelajari adalah kebaikan memaksimakan penggunaan minda atau akal fikiran anugerah Allah kepada manusia. Tujuan kita belajar sejak waktu pandai bercakap sehingga mendapat diploma dan ijazah adalah untuk menyediakan akal kita dengan maklumat. Namun ulmu tersebut hanyalah 20% perolehan ilmu dan kita memerlukan pengalaman sebanyak 80% untuk meyakinkan kita kebenaran sesuatu ilmu.

Satu kesilapan manusia yang tidak boleh dimaafkan adalah tidak menggunakan ilmu dalam melakukan tindakan. Maksud menggunakan ilmu adalah memulakan semua tindakan dengan satu gambaran yang jelas akibat sesuatu tindakan. Proses untuk memahami gambaran yang jelas terhadap sesuatu tindakan adalah menentukan objektif tindakan secara specifik dan membuat perancangan teliti untuk merealisasikan matlamat tersebut.

Membuat perancangan adalah satu aktiviti utama setiap tindakan. Setiap perkara ada objektif specifik dan setiap objektif perlukan plan yang jelas untuk merealisasikannya. Melukis plan, mencipta model, menganalisa pelbagai kebarangkalian dan menentukan langkah-langkah strategik dalam menghadapi kepelbagaian situasi adalah tindakan perlu sebelum sesuatu tindakan dilaksakan