Nabi Muhammad s.a.w. adalah teladan terbaik dalam mengharungi hidup di dunia ini. Baginda seorang yatim piatu, dibesarkan oleh datuknya Abdul Muttalib dan bapa saudaranya Abu Thalib. Baginda sudah belajar berdikari dengan menjadi penternak kambing pada usia remajanya dan menjadi pembantu bapa saudaranya Abu Thalib dalam perniagaan sejak usia 14 tahun.
Penduduk Mekah adalah peniaga. Negeri kering kontang tetapi menjadi tempat kunjungan manusia untuk menziarahi Kaabah dan menunaikan haji sejak zaman nabi Ibrahim dan Ismail. Kedudukan ini menjadikan penduduk Mekah mengambil kesempatan untuk berniaga.
Nabi Muhammad s.a.w. berniaga sehingga usia 40 tahun. Lebih 30 tahun baginda berniaga sebelum diangkat menjadi rasul. Selepas itu baginda membelanjakan semjua hartanya di jalan Allah sehingga wafat.
Itulah kehendaklah Allah kepada seorang rasul. Baginda diberi peluang berusaha memungut kekayaan dunia sebelum dibebankan dengan tanggungjawab dakwah dan berjuang menyebarkan ajaran Islam kepada seluruh manusia.
Harta kekayaan adalah satu alat yang diperlukan dalam perjuangan di semua zaman. Sekiranya umat Islam memahami memilki kekayaan bukan satu keutamaan maka itu adalah kefahaman yang salah.
Walaupan sudah 57 tahun merdeka kedudukan ekonomi umat Islam masih lemah. Puncanya umat Islam memilih makan gaji daripada berniaga. Bangsa lain yang masuk ke Malayisa bermula dengan menjadi pekerja tetapi mereka meningkatkan kemahiran diri dan setelah 10 tahun mereka menjadi peniaga.
Sudah tiba masanya generasi muda kita di dedahkan dengan alam perniagaan sejak usia remaja supaya wujud kemahuan untuk berniaga, hilang perasaan malu dan takut untuk menjadi usahawan dan mula menimba pengalaman dan kemahiran keusahawanan.
Bagi yang sudah dewasa ayuh gilap kemahiran mengawal jiwa. Angkat nilai diri anda !. Apakah nilai masa anda hanya RM25 sejam? Mahukah anda naikkan harga masa anda menjadi RM100 sejam?
Anda perlu naikkan standard anda ” Raise Your Standard”.

