Ramai yang bertanya saya apakah yang dimaksudkan dengan kempen `jom jadi bos’?
Maksudnya, saya mengajak anda menjadi seorang usahawan yang memiliki perniagaan sendiri, bebas menentukan halatuju perniagaan, pendapatan, masa dan tempat. Kerana anda menjadi `bos’ kepada perniagaan anda.
Industri kewangan adalah industri yang menjamin pendapatan lumayan malah ia adalah industri no 1 yang memberikan pendapatan tertinggi berbanding industri yang lain. Industri ini telah diterokai puluhan tahun yang lalu dan telah melahirkan ramai jutawan dan billionair. Namun masih kurang diceburi oleh umat Islam berbanding umat-umat lain.
Industri yang tidak memerlukan modal, tidak memerlukan penjualan barang malah tidak memerlukan anda mempunyai pejabat. Perniagaan yang tidak mempunyai risiko tetapi menjanjikan pendapatan lumayan.
Cuma mungkin ia bukan satu industri yang ‘glamor” kepada kebanyakan orang. Namun punca masyarakat Islam tidak menjadikan industri ini sebagai pilihan utama ialah kerana kekurangan maklumat, pengalaman dan kesilapan persepsi dan interpetasi mengenai industri ini.
Manusia biasanya memusuhi apa yang tidak diketahuinya. Tambahan pula terdapat pelbagai tanggapan buruk mengenai industri ini menjadikan masyarakat tidak menjadikannya sebagai satu pilihan.
Sebaliknya industri ini merupakan industri mulia yang terpenting dalam mempraktikkan perintah Allah supaya kita tidak membazir, berbelanja berasaskan keperluan dan matlamat yang betul. Pengurusan kewangan adalah satu amalan paling utama kepada mereka yang ada pendapatan supaya setiap sen yang dibelanjakan tidak termasuk dalam perkara lagha kurang utama dan membazir.
Bertanyalah orang yang tahu jika kamu tidak mengetahuinya. Hanya golongan yang pakar sahaja boleh membantu orang yang tidak tahu menguruskan kewangan secara specifik,
Industri ini adalah berkaitan; menentukan matlamat kewangan, mengenal pasti risiko-risiko kewangan atau ancaman, mengenalpasti kekuatan kewangan, kelemahan dan peluang, seterusnya menentukan strategi kewangan yang tepat berasaskan keperluan dan kemampuan kewangan yang ada.
Berasaskan senario kewangan semasa, kenaikan kadar inflasi, kecenderungan sikap terhadap tahap kesihatan diri dan sebagainya boleh mempengaruhi kesihatan kewangan seseorang. Seorang penasihat kewangan akan mengumpul semua maklumat berkaitan dan membuat analisa seterusnya mencadangkan strategi dan plan yang sesuai untuk seorang pelanggan.
Seseorang yang membuat perancangan kewangan yang betul dan melaksanakan strategi kewangan yang bijak mampu mencipta empayar kewangan yang hebat untuk generasi akan datang. Jika tidak beliau akan meninggalkan zuriatnya tanpa apa-apa perubahan dan anak cucunya akan memulakan asas-asas kewangan mereka daripada sifar sebagaimana beliau memulakan hidupnya 25 tahun yang lalu.
Kejayaan generasi akan datang bermula daripada perubahan sikap yang positif generasi hari ini.
Buatlah sesuatu dengan berperancangan dan bertanyalah orang yang pakar dalam bidang masing-masing.
