Kenapa tunggu faraid jika boleh hibah

RM60-bilion-212x300Pengagihan harta antara perkara penting dalam pengurusan kewangan. Ramai yang tidak ambil tahu, tidak ambil kisah dan membiarkan kepada yang hidup untuk menguruskan hartanya apabila sudah meninggal dunia.

Apabila seseorang itu tidak memilih untuk menguruskan semua hartanya sebelum meninggal dunia maka untuk mengelakkan pertikaian Islam menentukan kadar-kadar tertentu dalam hukum faraid dalam pengagihan harta tersebut. Namun Islam mempunyai pelbagai kaedah untuk pengurusan harta sebelum meninggal dunia seperti hadiah, hibah, jual dan wakaf.

Menguruskan agihan harta sebelum meninggal dunia akan memudahkan urusan waris, mengelakkan berlaku pertikaian dan menjamin hak-hak dan tanggungjawab yang terpikul ke atas anda ditunaikan dengan sewajarnya setelah anda meninggal dunia.

Anda kemungkinan mempunyai hutang yang dibayar secara beransur-ansur, seperti hutang pembiayaan pemilikan hartanah, hutang kad kredit, hutang jual beli kenderaan, pinjaman pendidikan dan sebagainya. Ada hutang tersebut yang sudah dicagar dengan sijil takaful dan ada yang tidak ada.

Anda juga mungkin memiliki wang simpanan dalam bank, saham amanah dan sebagainya. Kesemua harta ini perlu di susun dan dilakukan perancangan tertentu supaya waris anda tahu hutang-hutang yang menjadi beban anda yang perlu dilunaskan dan anda memiliki wang yang cukup untuk ditinggalkan kepada waris anda bagi melangsaikan hutang-hutang tersebut.

Anda boleh memilih sama ada membiarkan waris anda menggunakan khidmat guaman untuk menguruskan harta anda  di mahkamah Tinggi atau khidmat Amanah Raya untuk mengeluarkan wang-wang anda daripada bank dan syarikat saham. Sudah pasti waris anda perlu terlebih dahulu berkumpul, mencari dokumen-dokumen, membuat afidavit, memohon surat faraid daripada mahkamah syariah,  menghantarnya kepihak Amanah Raya dan menunggu sekurang-kurangna 12 bulan.

Atau anda boleh meringkaskan proses pengagihan harta tersebut melalui skim hibah bersyarat semasa anda memohon sijil takaful anda. Kebijaksanaan anda menguruskan harta anda menjadikan ruh anda tenang kerana segala hutang anda dapat dilangsaikan sejurus kematian anda dan segala harta anda tidak beku begitu sahaja.

Untuk mengetahui lebih lanjut hubungi saya 0193800543, khidmat nasihat percuma.

Leave a Reply