Proses Mengeluarkan Wang Orang Yang Meninggal Dunia.

Jika anda tidak menyediakan hibah takaful yang mencukupi, kemungkinan waris anda tidak boleh menuntut harta yang ditinggalkan kerana kegagalan membayar kos probit dan premium pertukaran nama hartanah. Dengan mengambil hibah takaful anda menyediakan pendapatan untuk isteri dan anak-anak anda; untuk melangsaikan hutang-hutang anda, membayar kos-kos urusan pindahmilik dan pendapatan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Jika anda suka membuat pelaburan saham, menyimpan wang di bank atau menggunakan wang simpanan untuk menjadi modal perniagaan anda perlu memiliki plan takaful perlindungan pendapatan anda dan menandatangati pengakuan perlantikan wasi atau hibah.

Apa beza wasi dan hibah?

Wasi ertinya anda menamakan seorang waris; sama ada isteri, bapa atau anak anda sebagai pemegang amanah wang takaful anda. Dengan kata lain pemegang amanah ini wajib mengagihkan wang takaful anda secara faraid.

Jika anda menamakan penerima hibah mengikut peratus agihan tertentu, wang takaful anda akan di agihkan oleh takaful kepada mereka yang dinamakan mengikut bahagaian-bahagian yang telah ditentukan.

Maka prosesnya; penama hanya perlu membawa dokumen takaful dan yang berkenaan ke pejabat cawangan Etiqa Takaful berhampiran sahaja kemudian wang tersebut akan dipindahka keakaun mereka.

Tanpa surat wasi dan hibah takaful ini; wang-wang anda di bank, tabung haji dan amanah saham akan diuruskan oleh Amanah Raya Berhad jika jumlah wang kurang daripada RM2 juta. Jika jumlah wang melebihi RM2 juta, waris anda perlu menuntut di Mahkamah Tinggi.

Sudah pasti ARB dan MT memerlukan dokumen-dokumen yang lengkap seperti, penyata-penyata bank dan saham dan sijil Faraid. Maka bermulalah episod yang menyusahkan sekiranya tidak mendapat persetujuan waris-waris disebabkan kurang faham dan tinggal berjauhan.

Wang anda akan dibekukan; isteri dan anak-anak anda tidak dapat mengeluarkannya.

Siapakah yang menanggung kos sarahidup isteri dan anak-anak anda? Siapakah akan melangsaikan kos hutang kenderaan, perniagaan dan sebagainya yang anda telah tinggalkan?

Adalah bijak sekiranya anda menyediakan jaminan kewangan kepada isteri dan anak-anak anda bersama skim hibah takaful. Mereka tidak perlu menungggu proses pengeluaran wang anda sehingga lebih 18 bulan. Urusan pengeluaran wang akan menjadi sukar apabila mereka tidak menyimpan dokumen-dokumen yang diperlukan.

Proses-Proses Pengeluaran Wang.

  1. Memohon sijil faraid di pejabat agama. ( bawa semua dokumen yang diperlukan beserta surat afidavit yang disediakan oleh pejabat guaman)
  2. Mendaftarkan tarikh perbicaraan.
  3. Mendapatkan sijil faraid.
  4. Mengumpul dokumen-dokumen kewangan
  5. Mendaftarkan permohonan pengeluaran di pejabat ARB. (prose 12 bulan)

Jika anda mempunyai sijil takaful pendapatan dan hibah. Keluarga anda akan mendapat wang keperluan hidup mereka dengan mudah.

Hanya bawa sijil ke cawangan Etiqa Takaful terdekat.

Hubungilah saya untuk buat temujanji bagi menyediakan hibah takaful untuk yang tersayang.

0193800543 Annuar

Leave a Reply